Advertorial
Home » EKF » perlukah pembedahan ovarian drilling pada pesakit PCOS

perlukah pembedahan ovarian drilling pada pesakit PCOS

PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT  PCOS
 
“Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut?  Terima kasih”
 
 
WA ALAIKUM MUS SALAM.
 
Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan.
 
 
Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. Doktor akan membuat 5-10 lubang-lubang kecil pada setiap ovari.
 
 
Dengan menebuk ovari sebegini diharapkan mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan hormon androgen. Dengan ini, penghasilan hormon androgen dapat dikurangkan dan penghasilan hormon FSH akan meningkat. Ini akan menyebabkan keseimbangan hormon di dalam badan, dan berlakukan ovulasi dan seterusnya berlakulah kehamilan.
 
 
Tidak semua pesakit dinasihatkan melakukan rawatan ini. Ia dilakukan untuk pesakit yang telah mencuba rawatan dengan pengambilan pil clomid tetapi tidak berajaya.
 
 
Pesakit yang mengalami masalah berikut, juga mungkin tidak layak diberikan  rawatan ini.
 
 
1. Pesakit telah mengalami masalah kesuburan lebih dari 3 tahun.
 
2. Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI melebihi ≥35)
 
3. Pesakit yang mempunyai paras darah hormon testosteron yang melebihi 4.5nmol/L
 
4. Pesakit yang mempunyai masalah kesuburan lain seperti saluran fallopian tersumbat atau masalah kesuburan disebabkan pasangan lelakinya.
 
.
Pesakit sebegini mungkin lebih baik menjalani rawatan kesuburan seperti penggunaan gonadotrophin dan rawatan IVF.
 
 
 
Banyak kajian yang dijalankan di kalangan pesakit PCOS selepas menjalani ‘ovarian drilling’, sebanyak 80% yang berjaya ovulasi. Seramai 60% dari mereka yang berjaya hamil.
 
 
Namun begitu, pesakit boleh memilih rawatan lain yang sama berkesan. Sebagai contoh, rawatan metformin bersama clomid adalah sama berkesan seperti pembedahan ‘ovarian drilling’.
 
 
 
Oleh itu, sekiranya pesakit PCOS itu tidak berjaya dengan rawatan cloimid, mereka perlu menurunkan berat badan yang berlebihan, dan penggunaan ubat metformin bersama clomid diberikan, sebelum meneruskan rawatan untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’.
 
 
Oleh itu pesakit PCOS yang tidak mempunyai masalah kesburan lain (seperti tiub fallopian yang tersumbat atau masalah kesuburan pada pasangan mereka), saya mencadangkan agar menurunkan berat badan yang berlebihan dengan diet pemakanan yang betul, sbelum mencuba rawatan pembedahan ini, atau rawatan menggunakan ubat metformin, clomid atau gonadotrophin atau pembedahan ‘ovarian drilling’.
 
 
Rujukan:
 
Ovulation Induction using laparoscopic ovarian drilling in women with polycytic ovarian syndrome: predictors of success. Amer SAK, LI TC, Ledger WL. Human Reproduction (2004);19(18):1719-1724.
 
Saya mencadangkan pemakanan diet seimbang dan sihat, bersama suplemen seperti EKSTRAK KACIP FATIMAH (untuk wanita) dan EKSTRAK TONGKAT ALI dan PROXEEDPLUS (untuk lelaki) diambil  bersama Vitamin C dan E jika mengalami maslah ketidaksuburan.
 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip Fatimah dengan klik di EKSTRAK KACIP FATIMAH FRIMCO

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti yang rendah, boleh mendapatkan EKSTRAK TONGKAT ALI atau PROXEEDPLUS dengan klik di EKSTRAK TONGKAT ALI atau PROXEEDPLUS.

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!