Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Perlukah luka episiotomy di faraj dijahit?

Perlukah luka episiotomy di faraj dijahit?

PERLUKAH LUKA EPISIOTOMY DI FARAJ  DIJAHIT ?

woman deperession

 

“Salam doctor, saya telah melahirkan anak secara normal pada minggu lepas. Saya telah memberitahu pada doctor agar tidak melakukan guntingan episiotomy. Namun apa yang saya hairan, doctor memberitahu bahawa luka saya agak besar dan perlu dijahit. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Proses kelahiran yang biasa secara normal adalah proses kelahiran bayi melalui faraj. Pembedahan Cesarean bukanlah proses kelahiran yang normal.

 

Ketika proses kelahiran melalui faraj, lubang bukaan faraj mungkin tidak cukup besar bagi membenarkan laluan bagi saiz kepala bayi yang lebih besar. Ini boleh menyebabkan koyakan pada bahagian di antara lubang faraj dan lubang dubur. (Bahagian ini disebut sebagai perineum).

 

perineal tear1

 

Bagi mengelakkan koyakan besar sehingga melibatkan lubang dubur, selalunya doctor akan melakukan guntingan pada dinding faraj, yang dinamakan episiotomy.

 

Koyakan yang berlaku (sama ada tanpa episiotomy atau koyakan yang disebabkan oleh episiotomy), boleh menjadi lebih besar dan tidak terkawal apabila saiz kepala bayi terlalu besar.

 

Jadi tujuan episiotomy dilakukan ialah untuk mengurangkan kecederaan koyakan faraj agar tidak terlalu besar dan tidak terkawal. Dengan melakukan guntingan episiotomy ini diharapkan, agar koyakan akibat laluan kepala bayi ini berlaku pada kadar yang minima.

 

Bagi wanita yang tidak digunting episiotomy, selalunya lukanya menjadi lebih besar berbanding dengan wanita yang digunting episiotomy.

 

Walau bagaimana pun, guntingan episiotomy bukanlah suatu yang mesti dilakukan.  Bagi bidan dan doctor terlatih, guntingan episiotomy dapat dielakkan dengan memberikan arahan kepada wanita yang sedang melahirkan anak dengan baik.

 

Namun begitu sukar untuk mengelakkan ianya berlaku. Di anggarkan seramai satu daripada 100 orang ibu yang melahirkan secara normal melalui vagina akan mengalami yang teruk.

 

Antara wanita yang berisiko ialah:

  1. Melahirkan anak pertama.
  2. Melahirkan anak dalam posisi yang tidak normal (muka menghadap ke hadapan)
  3. Bayi yang mempunyai berat badan yang melebihi 4kg.
  4. Bayi terpaksa dilahirkan dengan bantuan forseps.

 

Oleh itu doktor akan memeriksa koyakan faraj dan koyakan itu boleh dikelaskan kepada empat.

 

perineal tear 3

 

perineal tear 2

 

 

  1. Darjah pertama: satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan.
  2. Darjah kedua: koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit, dan biasanya memerlukan jahitan.
  3. Darjah ketiga: koyakan mendalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus dan selalu memerlukan jahitan.
  4. Darjah keempat: koyakan parah yang melebihi paras otot-otot anus anda. Koyakan mungkin sejauh bahagian usus yang terletak selepas anus, dan selalu memerlukan jahitan.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bersama vitamin C dan E, selian dari ubat yang diberikan doktor.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E.

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.

Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.

Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: