Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE

 

 

1. Ubat sintetik ini digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi.

2. Ia berada dalam kumpulan diuretics iaitu ubat sintetik yang menyebabkan kencing. Dengan itu ia mengeluarkan lebih banyak air dan mineral dari tubuh.

3. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam tubuh, yang menyebabkan kaki menjadi bengkak (edema) dan rasa susah bernafas. Oleh itu ia bagus untuk pesakit kegagalan fungsi jantung, hati dan ginjal bagi mengeluarkan air yang berlebihan. Jadi dapat mengurangkan susah bernafas dan bengkakan air pada pergelangan kaki (edema).

4. Ambil ubat ini secara oral (masuk ke dalam mulut) seperti mana yang diarahkan oleh doktor. Selalunya dos yang diarahkan ambil sekali atau dua kali sehari, bersama atau tanpa makanan. Selalunya 12.5mg, atau 25mg atau 50mg sehari. Bincang dengan doktor yg memeriksa.

5. Jika ia diambil sebelum tidur, ia menyebabkan pesakit akan bangun malam untuk kencing. Cara terbaik, ambil 4-6 jam sebelum tidur.

6. Ambil ubat ini pada waktu yang sama setiap hari bagi mengurangkan lupa untuk diambil. Pengambilan secara konsisten akan memberikan kesan terbaik dalam mengawal tekanan darah.

7. Jika ada mengambil ubat untuk merendahkan kolesterol seperti cholestyramine atau colestinol, ambil dalam jarak 4-6jam.

8. Jika pesakit mengambil ubat steroid corticosteroids juga harus berhati-hati. Pengambilan ubat sintetik hydrochlorothiazide akan merendahkan tahap mineral dalam tubuh. Pengambilan ubat sintetik corticosteroid bersama hydrochlorothiazide akan menyebabkan tahap mineral akan turun dengan lebih banyak terutama potassium.

9. Pesakit diabetes juga berhati-hati mengambil hydrochlorothiazide kerana ia meningkatkan bacaan gula.

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: