Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » PERKARA YANG KITA MESTI TAHU TENTANG MEFENAMIC ACID 250 MG

PERKARA YANG KITA MESTI TAHU TENTANG MEFENAMIC ACID 250 MG

PERKARA YANG KITA MESTI TAHU TENTANG MEFENAMIC ACID 250 MG

Mefenamic Acid 250 mg dijual dengan beberapa jenama, antaranya Dyfenamic dan Ponstan. Ada juga Mefenamic Acid 500 mg. Jadi tanyakan dos sebelum mengambilnya untuk mengelakkan berlebihan dos.

Ia digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan.

Ia diambil 1-2 biji 3 kali sehari selepas makan. Diambil bila perlu sahaja.

Antara kesan sampingan yang biasa:


✅ Rasa loya dan muntah
✅ Sakit perut
✅ Cirit-birit (5%)
✅ Bengkak kaki atau tangan

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:


✅ Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
✅ Serangan jantung
✅ Pendarahan perut akibat luka perut
✅ Peningkatan enzim hati
✅ Warna kuning pada kulit atau putih mata (jaundice)
✅ Kegagalan buah pinggang

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan. Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.

Untuk wanita hamil, ia tergolong dalam kategori C iaitu boleh digunakan jika manfaat melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita mengandung/haiwan.

Untuk wanita yang menyusukan anak, ubat sintetik ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu. Jadi penyusuan tidak digalakkan ketika mengambil ubat ini.

Ia tidak boleh diambil jika ada:


✅Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini
✅Kegagalan buah pinggang

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: