Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » Hal-hal Mengenai Perubatan yang Tidak Membatalkan Puasa
Hal-hal Mengenai Perubatan yang Tidak Membatalkan Puasa

Hal-hal Mengenai Perubatan yang Tidak Membatalkan Puasa

(Diterjemahkan dari buku Puasa, Hikmah dan Hukum oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani)

Sesungguhnya Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, sepanjang jangka masa dari 23 sehingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M);

Setelah ia meninjau kajian-kajian yang dikemukakan di dalam tajuk benda-benda yang membatalkan Puasa di dalam skop perubatan, dan [meninjau] penyelidikan, kajian dan saranan yang datang daripada Forum Fiqh Perubatan Ke-9 yang diadakan oleh Badan Islam bagi Sains Perubatan, dengan kerjasama Perhimpunan ini dan pihak-pihak lain, di Dar Baidho’ di Kerajaan Maghribi, di dalam tempoh bermula 9 hingga 12 Safar 1418H (bersamaan 14 – 17 Jun 1997M), serta mendengar kepada perbahasan yang berlaku sekitar tajuk dengan penyertaan para Fuqaha dan para Doktor, dan melihat kepada dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah, serta kepada kata-kata para Fuqaha;

Ia telah memutuskan apa yang berikut:

Pertama: Perkara-perkara berikut tidak dianggap termasuk dari pembuka-pembuka Puasa:

1. Titis mata, atau titis telinga, atau pencuci telinga, atau titis hidung, atau semburan hidung, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

2. Pil-pil ubat yang diletakkan di bawah lidah untuk menangani sesak nafas dan selainnya, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke tekak.

3. Apa yang memasuki faraj daripada supositori(*), atau cucian, atau teropong faraj, atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

4. Memasukkan teropong atau spring(**) dan selainnya ke dalam rahim.

5. Apa yang memasuki kemaluan, iaitu saluran kencing yang zahir pada lelaki dan wanita, dari titis (saluran halus), atau teropong, atau bahan yang dikenakan sinaran, atau ubat, atau larutan untuk mencuci pundi [kencing].

6. Menebuk gigi, atau mencabut geraham, atau membersihkan gigi, atau bersugi dan memberus gigi, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

7. Membilas mulut, berkumur, dan semburan ubat yang diletakkan pada mulut, sekiranya dielak menelan apa yang sampai ke halkum.

8. Suntikan ubat pada kulit atau otot atau urat, kecuali cecair-cecair dan suntikan berzat nutrien.

9. Gas oksigen.

10. Gas-gas anestetik (bius) selama mana tidak diberikan pesakit tersebut cecair-cecair (larutan-larutan) nutrien.

11. Apa yang memasuki tubuh secara diserap melalui kulit; seperti minyak, salap, pelekat-pelekat berubat pada kulit yang membawa bahan-bahan berubat atau kimia.

12. Memasukkan tiub (saluran halus) ke dalam saluran darah untuk mengambil gambar atau merawat saluran jantung atau anggota-anggota lain.

13. Masukkan teropong melalui dinding perut untuk memeriksa usus atau menjalankan operasi pembedahan terhadapnya.

14. Mengambil sampel (cebisan) hati atau anggota-anggota lain, selama mana tidak diiringi dengan pemberian larutan.

15. Teropong perut, sekiranya tidak mengiringinya pemasukan cecair-cecair (larutan-larutan) atau bahan-bahan lain.

16. Masuk apa-apa alat atau bahan rawatan ke dalam otak atau saraf tunjang.

17. Muntah tidak sengaja, berlainan dengan yang sengaja (memuntahkan).

Kedua: Seseorang doktor Muslim harus menasihatkan pesakit untuk menanggungkan apa yang tidak memudharatkan penangguhannya, sehingga sesudah berbuka, bentuk-bentuk rawatan yang disebut sebentar tadi.

Ketiga: Penangguhan menerbitkan keputusan di dalam bentuk-bentuk yang berikut, kerana keperluan untuk tambahan kajian dan penyelidikan berkenaan kesannya terhadap Puasa, beserta penumpuan terhadap apa yang datang di dalam hikmah-hikmatnya daripada hadith-hadith Nabi dan athar-athar daripada para Sahabat:

a- Pembekaman dan bekam.

b- Mengambil sampel darah makmal untuk pemeriksaan, atau memindahkan dari daripada orang yang menderma, atau menerima darah yang dipindahkan.

c- Suntikan yang digunakan di dalam merawat kegagalan buah pinggang dengan menyuntik pada membran yang melapik dinding rongga abdomen (peritoneum) atau pada buah pinggang buatan.

d- Apa yang memasuki dubur daripada suntikan dubur, atau supositori, atau teropong, atau jari untuk pemeriksaan perubatan.

e- Operasi-operasi pembedahan dengan anestetik am, sekiranya pesakit telah berniat puasa sejak malam, dan dia tidak diberikan sedikit pun cecair-cecair (larutan-larutan) bernutrien.

____________________
(*) Ubat pejal berbentuk silinder atau kon yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya.
(**) IUD : Alat daripada logam atau plastik, berbentuk lingkaran, gelung, segi tiga atau T, yang dimasukkan ke dalam rongga uterus untuk mencegah penghamilan.

 

2 comments

  1. Doktor, penggunaan inhaler bagaimana pula? majoriti ulama mengharuskannya dan tidak batal puasa.. kerana tidak sampai ke perut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!