Perjalanan kehidupan bukan hanya untuk pencapaian tetapi menikmati kehidupan

Seorang ayah yang amat sibuk dengan kerjanya, akhirnya memenuhi janji untuk membawa anaknya pergi memancing.

Dengan hati yang agak berat, dia terpaksa membatalkan beberapa temujanji penting dan akhirnya dapat bercuti untuk bersama anaknya.

Mereka menghabiskan masa seharian dengan memancing namun tidak mendapatkan seekor ikan pun.

Dengan perasaan marah, si ayah pulang ke rumah kerana ia menganggap cuti yang diambil adalah suatu yang sia-sia. Banyak hal yang dapat dilakukan di pejabat jika dia bekerja pada hari itu. Sedangkan pada hari dia terpaksa membatalkan temujanji yang bakal memetrikan perniagaan yang jutaan ringgit, dia gagal mendapatkan seseekor ikan pun.

Namun ia tidak meluahkan kemarahannya.

Sampai di rumah selepas membersihkan diri, dia membaringkan diri dan membuka fail untuk mengatur semula semua temujanjinya. Dia bersumpah tidak akan mensia-siakan lagi masa cutinya hanya untuk sebuah percutian yang sia-sia.

Keesokkan pagi ketika bersiap untuk ke pejabat, dia melihat satu buku di atas meja tulis anaknya. Rupanya ia adalah sebuah diari.

Ketika membuka lembaran yang baru ditulis anaknya, dia berasa sebak.

“Alhamdulillah. Hari ini adalah hari yang luar biasa. Biasanya ayah sangat sibuk tetapi hari ini dia telah bermurah hati memberikan masa untuk saya pergi memancing bersama ayah. Meskipun tidak mendapatkan seekor ikan pun, tetapi saya sangat gembira kerana saya dapat meluangkan bersama insan yang saya sayangi. Ayah, terima kasih sekali lain. Tidak sabar untuk menunggu tahun depan untuk kita memancing lagi”

Betapa berbezanya sudut pandang si ayah dengan si anak. Bagi si ayah, percutian harus menghasilkan sesuatu, sementara bagi si anak, percutian harus menghasilkan kenangan.

Akhirnya si ayah tidak jadi hendak ke tempat kerja. Dia segera menelefon setiausahanya agar menjadualkan semula temujanji yang telah dibuat.

Si ayah terus membuka pakaian dan terus berbaring di katil anaknya. Dia memeluk anaknya yang masih tidur dan merasakan itulah kenikmatan bersama anaknya yang telah lama dia tinggalkan.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Leave a Reply

error: Content is protected !!