Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat

Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat

 

suplement 2

 

“As salamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara ubat dengan suplemen? Adakah produk suplemen yang dijual di pasaran boleh merawat penyakit? Adakah suplemen selamat digunakan? Mohon pencerahan”

 

Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary supplement) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, sama ada dalam bentuk vitamin, mineral , herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini.

 

Ia dipasarkan dalam bentuk pil , kapsul , tablet, atau bentuk cecair. Perlu diingat ia hanya menambah keperluan pemakanan dan dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk makanan.

 

 

Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat terbuka, sama ada boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan, kedai runcit , farmasi, di Internet, dan melalui pos.

 

Masyarakat telah menggunakan bahan-bahan aktif dalam produk suplemen atau makanan tambahan untuk beribu-ribu tahun untuk membantu kesihatan dan untuk merawat penyakit.

 

Malah bahan-bahan ini menjadi asas kepada beberapa ubat-ubatan yang biasa hari ini.

 

Sebagai contoh, orang-orang di Eropah telah menggunakan kulit kayu pokok teh willow selama berabad-abad untuk mengawal demam. Syarikat-syarikat farmaseutikal akhirnya mengenalpasti bahan kimia dalam kulit pokok ini yang mengurangkan demam dan menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan aspirin dan dijual di pasaran.

 

Begitu juga dengan orang Asia yang telah menggunakan rebusan Kacip Fatimah selama berabad-abad untuk memberikan kesejahteraan pada ibu-ibu yang telah melahirkan anak dan berada dalam tempuh pantang.

 

Baru-baru ini saya mendapat khabar angin ada syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa yang mempunyai banyak modal telah mengenal pasti bahan kimia dalam rebusan Kacip Fatimah dan ingin menggunakan teknologi untuk untuk menghasilkan ekstrak dan memasarkannya untuk jualan.

 

Mereka mahu mem’paten’kan produk mereka walaupun ekstrak Kacip Fatimah hanya banyak terdapat di nusantara Melayu, bukan di Eropah dan di Amerika Syarikat.

 

Oleh kerana banyak kajian klinikal tidak dilakukan bagi membuktikan keberkesanan suatu produk suplemen, pembuat, pengeluar atau pengedar suplemen ini tidak boleh di sisi undang-undang mengatakan bahawa suplemen atau makanan tambahan boleh mendiagnosis, merawat, atau mencegah penyakit.

 

Tetapi mereka boleh mengatakan bahawa produk mereka menyumbang kepada proses penyembuhan dan menggalakkan kesejahteraan diri.

 

Jadi saya tidak menafikan terdapat suplemen yang baik dan bermanfaat diri dan harus digunakan jika mendapati ia sangat sesuai dan berguna, ada juga produk suplemen yang menipu.

 

Jadi berhati-hatilah memilih produk suplemen yang dijual.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!