Advertorial
Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)

Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)

Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera.

Mereka risau kerana ‘percubaan’ mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula dan menggagalkan percubaan isteri untuk hamil.

Salam, doktor saya sudah berkahwin selama 6 bulan. Kami berdua berumur 30thn. Setiap kali selepas bersama dengan suami, saya mendapati air mani suami terkeluar semula dalam kuantiti yg byk. Apakah yang menyebabkan kejadian tersebut dan apakah yang harus saya lakukan…wassalam

Saya pasti pertanyaan ini juga bermain di fikiran ramai para isteri yang rasa tertekan untuk hamil dengan segera. Tentu saja ianya akan menambah rasa stress yang boleh menyebabkan hormon mereka terganggu dan sukar untuk hamil. Sepertimana yang kita tahu, ketidakseimbangan hormon akan mengganggu kitaran haids seseorang wanita.

“Doktor, kalau air mani telah keluar semula, bagaimana mahu hamil?”

Ramai yang menyangka air mani yang menyebabkan seseorang wanita hamil. Sebenarnya air mani atau dalam bahasa Inggerisnya disebut semen dan istilah perubatannya ialah seminal fluid tidak menyebabkan kehamilan. Kehamilan disebabkan oleh benih lelaki, iaitu sperma yang disenyawakan dengan benih perempuan, ovum.

Air mani hanya sebagai medium yang membawa sperma yang halus ke dalam saluran faraj. Ia ibarat pembalut hadiah, yang penting ialah hadiah (sperma), bukan pembalutnya (air mani).

Menghalang air mani yang keluar dari faraj selepas jima’ bukan jalan penyelesaian bagi masalah ketidaksuburan lelaki dan ketidakhamilan seorang wanita.

Banyak laman-laman blog yang bukan dibuat oleh doktor atau ahli perubatan yang pakar memberikan nasihat yang pelbagai untuk menghalang fenomena ini. Tidak salah untuk mengamalkan, tetapi itu bukan isunya.

Masalah ketidaksuburan lelaki berpunca pada sperma itu sendiri. Bukannya air mani yang keluar semula selepas jima’.

“Apa beza air mani dengan sperma?”

Air mani adalah cecair yang keluar dari zakar yang dihasilkan oleh organ seminal vesicle dan prostate. Ia mengandungi sperma yang dihasilkan oleh testis di kerandut zakar (scrotum).

Jumlah kuantiti sperma hanyalah 5% dari keseluruhan air mani. Air mani juga mengandungi enzyme proteolytic yang berfungsi sebagai ‘penebuk’ dinding ovum semasa sperma cuba memasukinya dan fructose iaitu gula yang memberikan sperma tenaga untuk berenang dan hidup selama 3 hari jika tidak disenyawakan.

Selain itu air mani bersifat alkali sementara lendiran vagina bersifat asid. Para saintis memberitahu bahawa sifat alkali-asid inilah yang membentuk jantina bayi.

Rujuk http://drzubaidi.com/blog/?p=478

”Apakah yang menyebabkan air mani keluar? Adakah faraj dan rahem saya tidak kuat?”

Saya rasa rakan FB saya ini masih keliru kerana beliau masih runsing tentang air mani, bukannya sperma.

Oleh itu tidak perlu risau. Setelah lima minit ejaculation (pancutan) berlaku, air mani tidak lagi berfungsi. Fungsinya sebagai medium yang menghantar sperma ke vagina telah tamat di situ.

Sperma terus berenang ke dalam faraj dan menuju ke dalam rahem. Campuran cairan air mani dan vagina akan keluar selepas jima’. Ini disebabkan oleh pengaruh graviti. Apa yang masuk, akan keluar, apa yang naik akan turun..

Walau bagaimanapun jika terlau risau tentang perkara itu, saya boleh berikan tips membantu cairan itu berada lama dalam saluran vagina.

Lakukan posisi jima’ di mana lelaki berada di atas dan wanita berada di bawah. Selepas ejakulasi, lipatkan lutut dan alaskan punggung dengan bantal.

”Jadi apa yang perlu saya lakuan doktor kerana saya mahu hamil cepat memandangkan umur saya semakin bertambah..”

Segera lakukan pemeriksaan air mani untuk menentukan sperma suami sihat atau tidak. Pemeriksaan ini boleh dilakukan di makmal swasta seperti di Pathlab atau yang lain.

Caranya dengan menelefon makmal itu untuk membuat temujanji. Ini kerana air mani yang dikeluarkan haruslah diperiksa dengan kadar segera (tidak boleh disimpan melebihi 2 jam). Selain itu suami haruslah ’berpuasa jima’ iaitu tidak mengeluarkan air mani selama 3 hari.

Air mani yang sihat dan normal boleh dirujukkan pada penulisan saya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1239

Antara masalah kesuburan lelaki ialah:

Oligospermia atau Oligozoospermia - Bilangan sperma yang dikeluarkan sangat sedikit.

Asthenozoospermia – Tiada pergerakan renangan sperma, atau sperma bergerak secara berpusing dan tidak menegak (motility).

Teratozoospermia – Bilangan sperma yang mempunyai sifat fizikal normal terlalu sedikit.

Necrozoospermia – Sperma ada di dalam air mani tetapi semuanya mati.

Azoospermia, asospermia, atau aspermia – Tiada sperma yang dijumpai dalam air mani, selalunya disebabkan sumbatan pada saluran air mani.

Semua ini hanya dapat didiagnosa dengan melakukan ujian Seminal Fluid Assesment (SFA). Cara terbaik untuk merawat masalah kesuburan lelaki ialah dengan cara beberapa teknik iaitu TESA, MESA dan melakukan bantuan persenyawaan (assisted fertilization) ICSI.

Prosedur TESE dan MESA harus dilakukan dengan teknik pembedahan kecil pada scrotum (kerandur zakar). Testis dan saluran  epididymis didedahkan dan sperma dikeluarkan dengan cara disedut menggunakan picagari dari situ.

Jika sperma dikeluarkan dari testis, ia dinamakan Testicular Sperm Extraction – TESE sementara jika dikeluarkan dari epidydimis dinamakan MESA – Microsurgical Epidydmal Sperm Aspiration.

Proses ini akan mengeluarkan sperma yang sihat bagi lelaki yang mengalami masalah saluran air mani yang tersumbat. Untuk memastikan kebarangkalian kehamilan itu tinggi, prosedur ICSIIntracytoplasmic Sperm Injection, dilakukan di mana satu sperma disuntik terus ke dalam ovum untuk persenyawaan.

Ia dilakukan sebagai sebahagian dari proses bantuan kehamilan IVF – in vitro fertilization. Dengan cara ini peluang untuk hamil adalah tinggi walaupun bilangan sperma hanya sedikit.

Bagi pasangan yang tidak mempunyai masalah kesuburan, kehamilan boleh dirancang dengan memilih hari yang subur bagi seseorang wanita. Saya telah mengupasnya dalam penulisan saya di http://drzubaidi.com/blog/?p=447

Wallahu a’lam.

 

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (190111)

31 comments

  1. Sekadar berkongsi, saya pn belajar dari kawan..bagi saya posisi lepas jima itu penting klu sedang berusaha nk dapatkan baby..mmg btul kte dktr kt atas td, kaki dan punggung kna dinaikkan tinggi supaya sperm bleh msuk ke dalam dan memudahkan persenyawaan..buat dalam 3 ke 5 minit gtu..saya pernah cuba dulu dan mmg berhasil..rezeki dtg dari Allah, kita cuma perlu berusaha n tawakal…

  2. Salam Doktor,

    Bagaimana pula dgn air mazi. Sefaham saya air mazilah yang keluar drp kalenjar prostate?

  3. saya memiliki seorang cahaya mata dan merancang anak kedua.sudah 4 tahun Saya sukar hamil anak kedua.air mani suami saya cepat keluar.saya juga pernah buat posisi lutut lipat dan punggung dinaikkan tinggi atas bantal supaya sperma boleh masuk dalam selama 1 jam lebih,,tapi hasilnya mengecewakan,,air mani keluar juga..sudah 4 tahun berusaha tetapi gagal juga.perkara ini merungsingkan saya.apa perlu saya buat doktor.

    • Isu Ejakulasi pramatang pernah saya tuliskan. Puan boleh merujuk di sana. memang ianya akan menjejaskan kesuburan namun ada ubat untuk mengurangkan rasa cepat klimax bersama suami. Puan boleh rujukkan pada doktor yang berdekatan. Atau puan boleh berhubung dengan saya melalui ruangan tanya doktor di blog ini.

  4. Salam..Dr,saya memerlukan nasihat Dr. Saya sudah berkahwin selama 2tahun setengah..kami pernah mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta pd awl 2010 dan mendapati kedua2 kami bermasalah. Saya menghadapi endometriosis dan telah menjalani rawatan laparotomi bg membuang endo dan membetulkan retroverted uterus pd Julai 2010 yg lalu. Suami pula menghadapi mslh sperma tidak normal iaitu (kdr motiliti sperm yg tinggi,pergerakan sperm hnya berpusing2 dan bentuk sperm tidak normal). Dr mencadangkan suami mengambil suplemen Tribestan dan Sperman. Setelah mengambilnya dlm ms setahun, sya msih tidak mengandung..jadi,saya ingin meminta pendapat Dr cara terbaik utk kami mendapat zuriat dgn segera memandangkn umur kami akn mencecah 30thun pd 2011 ini..terima kasih

  5. salam..Dr,sy perlukan nasihat Dr,sy dh bkahwin 2thn setengah dan masih blm mengandung lg..umur sy 26 thn dan suami sy 36 tahun .sy pnh dptkan rawatan doktor pakar sakit puan sjk sblm sy bkahwin lg sbb period sy xteratur sejak umur 16thn lg.masa rwtan tu Dr.bgtau sy ada PCOS kalu xsilap sy la..suami sy pula,bil. sperma bnyk, tp yg cukup sifat peratusnya sedikit ,ada kepala tp xde ekor,yg ada bdn tp kepala xde..sy bingung la Dr,utk pngetahuan Dr,sy dh buat ujian papsmear,HSG pun sy dh buat ,katanya xde saluran yg tersumbat,rahim sy pn ok..posisi masa bersama suami yg Dr sarankan di atas,dh sy praktik kn..tp masih xde tanda2 lg..skrg ni sy dh 3bln lebih x dtg period…dh check tp xmengandung..adakah peluang sy utk hamil tipis Dr??sy teringin sgt nk punyai anak sendiri…perlu kah buat ujian IVF sebagai ikhtiar terakhir sy??sy harap Dr,dpt bantu sy selesaikan masalah sy ni..tq Dr…sy menunggu jwpan dr doktor..

  6. askum dr.
    sy sudah menjalani pemeriksaan hormon&hsg,,result nye ok.tapi suami sya bermasalah iaitu azoospermia..dr gov sarankan makan ubat subeczine & tribestan…adakah penyakit azoospermia ada harapan untuk menghasilkan sperma ?dan apakah cara rawatan lain yang boleh membantu?adakah dengan urutan pada zakar boleh memulihkan?

  7. sekiranya seorang lelaki itu telah berkahwin dan menghadapi masalah azoospermia adakah lelaki itu dan pasangannya berpeluang untuk mendapatkan zuriat?

  8. salam doc, mintak maaf sekiranya mengganggu…

    saya nak tanya pasal sperma tiada lansung … saya dan suami dah buat pemeriksaan dan masih dalam proses rawatan … sekarang suami saya di arahkan scan satu badan … doc bagi tahu hormon suami saya ok cuma tidak tahu lagi punca tiada sperma … adakah kemungkinan kecil untuk kami mendapatkan zuriat … saya tahu semua nya datang dari Allah … terima kasih doktor kerana sudah memberi masa membaca coretan saya …

  9. Rosmardianar mustafa

    Salam doc..
    saya seperti wanita di atas iaitu suzi dan yani..
    suami saya juga mempunyai masalah dengan sperm yg mana bil sperm yg dikeluarkan dan kualitinya adalah agak teruk. saya xtau apa puncanya tetapi adik beradik suami saya seramai 2 orang pun masih belum hamil wpun telah berkahwin selama 12 tahun.adakah keturunan memainkan faktor saya tidak berjaya hamil.untuk pengetahuan doc saya disahkan tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil..

  10. Salam doc..
    Saya dan suami juga mengalami masalah.. Kami telah berkahwin hampir 3 tahun dan masih belum ade rezeki dikurniakan cahaya mata. Umur saya 29 tahun manakala suami berumur 28 tahun. Saya telah menjalankan rawatan dan doc hanya memberikan ubat subur utk saya kerana menurut doc telur saya kecil. Hampir 5 bulan saya makan ubat tersebut sehinggalah doc menyarankan suami utk menjalankan ujian SFA. Hasil ujian tersebut mendapati suami mempunyai masalah ketiadaan sperma dan doc tersebut telah memeriksa kerandut zakarnya dan merasakan saiznya adalah normal.. apakah rawatan yang boleh kami lakukan utk berusaha mendapatkan zuriat dan berapakah anggaran kos utk mendapatkan rawatan ICSI atau IVF?
    Terima kasih doc… JazakAllah…

  11. salam doc,

    Boleh tak saya menguji kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan selepas 6 hari melakukan hubungan dengan suami . Saya sangat berharap untuk mengandung.Adakah perbuatan tersebut sia-sia ?

  12. salam dr.sy ani dr temerloh.sy ingin bertanya bagaimana untuk menyelesaikan masalah adik lelaki sy yg mengadu sakit di bahagian zakar,bila di bawa ke kelinik dr mengesahkan salurannya tersumbat dan menyebabkan air mani tidak dapat keluar,dan seandainya berterusN BLEY mendatangkan keburukan kepadanya.ap nasihat dr kpd adik sy untuk menghilangkan rasa sakit.

  13. Asalamualaikum dr, saya nak tanya,suami saya ada pemyakit kanser tiroid dan sekarang beliau baru berhenti minum radioiodin. Untuk pengetehuan dr sel kanser suami saya berada dalam kawalan…Soalan saya,adakah selamat pengambilan ubat ini memandangkan suami saya mempunyai masalah sperma akibat pengambilan radioiodin. Dan saya takut ubat ini mengaktifkan sel kanser disamping menghasilkan sel sperma…harap membantu…

  14. As’salam dr..

    sy nk tya pula,kalau saya hendak cegah kehamilan, sy kan melepaskn air mani sy diluar kemaluan isteri..tetapi adakah boleh hamil jika air mani sy terkena pd seluar isteri (air mani dlm jmlah sedikit) & isteri sy pakai pula sluar tersebut..?? atau air saya terkena pd jari isteri kemudian isteri mnyentuh kemaluan dalam keadaan jari yg kering, adakah boleh mngadung?

  15. salam dr. sy ingin bertanya. sy baru berkahwin. saya agak keliru apabila selepas melakukn hbgn dgn suami..apbl bgn pagi sy dapati terdapat pancuran air yg agak banyak keluar dr faraj sy. ada sekali selapas persetubuhan air keluar melimpah dengan banyak…apabila ditanya kepada suami dia belum lagi klimaks. Adakah hal ini normal kepada saya atau terdapat masalah pada sistem saya? Apakah nasihat dr. Trima ksh.

  16. hello dr,maaf jika menggangu.saye nak tanye sikit tentang lelaki ni,adakah normal seorang lelaki umur 46 selalu keluar sperm pada siang hari….apakah punca menyebabkan lelaki mengeluarkan sperm sendiri? adakah ianya normal atau ada faktor lain? terima kasih.

  17. assalamualaikum dr.saya telah membuat ujian sperm count dan hasilnya air mani saya tidak mengandungi sperma.seterusnya saya merujuk kepada gospital swasta dan.membuat ujian kesuburan hormon dan keputusannya 15.8 IU/L.menurutnya tahap itu mampu menghasilkan sperma.dr sarankan saya agar mengambil nu prep tongkat ali dan saya telah mencuba selama 2 bulan.menurut blog dr yang saya baca,dr menyatakan bahawa pembedahan kecil perlu dilakukan di skrotum bgi membuang saluran tersumbat.di manakah tempat yang perlu saya rujuk bagi mengatasi masalah saya ini.

  18. salam doktor , saya ingin bertanya kalau zakar saya telah diransang dan terdapat pada hujung zakar cecair cair selepas itu saya terus melakukan persetubuhan dengan isteri saya , selepas saya selesai saya telah pancut di luar , adakah dengan cecair cair itu isteri saya akan hamil lagi2 dia kami melakukan persetubuhan selepas seminggu datang haid

    • salam doktor , saya ingin bertanya kalau zakar saya telah diransang dan terdapat pada hujung zakar cecair cair selepas itu saya terus melakukan persetubuhan dengan isteri saya , selepas saya selesai saya telah pancut di luar , adakah dengan cecair cair itu isteri saya akan hamil lagi2 dia kami melakukan persetubuhan selepas seminggu datang haid

      Dr Zubaidi: Jika air mani yang normal mengandungi berjuta-juta sperma dipancutkan pada hari subur isteri, ia boleh menyebabkan kehamilan, dengan izin ALLAH.

  19. salam doktor saya hari tu ada bertanya kalau selepas saya teransang dan terdapat cecair cair saya rasa itu air mazi ,dan saya melakukan persetubuhan terus dan selepas saya melakukan persetubuhan tu saya terus pancut di luar adakah isteri saya akan hamil hanya dengan sedikit air mazi tu doktor? saya harap doktor boleh bagi keterangan lanjut dengan cepat , terimakasih

    • salam doktor saya hari tu ada bertanya kalau selepas saya teransang dan terdapat cecair cair saya rasa itu air mazi ,dan saya melakukan persetubuhan terus dan selepas saya melakukan persetubuhan tu saya terus pancut di luar adakah isteri saya akan hamil hanya dengan sedikit air mazi tu doktor? saya harap doktor boleh bagi keterangan lanjut dengan cepat , terimakasih

      Dr Zubaidi: Jika setitik air mani normal, mengandungi jutaan sperma dan telah masuk ke faraj (vagina), maka kehamilan boleh berlaku dengan izin ALLAH.

  20. Salam doc,, adakah setitik air mani itu boleh menyebabkan kehamilan??

    • Salam doc,, adakah setitik air mani itu boleh menyebabkan kehamilan??

      Dr Zubaidi: Jika setitik air mani normal, mengandungi jutaan sperma dan telah masuk ke faraj (vagina), maka kehamilan boleh berlaku dengan izin ALLAH.

  21. Boleh saya tahu bagaimana nak tahu punca azoospermia?berapa anggaran kos pembedahan kecil yang dimaksudkan di atas?

    • Boleh saya tahu bagaimana nak tahu punca azoospermia?berapa anggaran kos pembedahan kecil yang dimaksudkan di atas?

      Dr Zubaidi: untuk mengetahui punca sebenar azoospermia, boleh ke mana-mana hospital atau klinik kesuburan bagi membincangkan hal ini. Kos pembedahan kecil bergantung kepada pentadbiran hospital.

  22. Salam doc. Ahad ni genaplah sethn sy berkahwin tp sy masih blm mempunyai zuriat. Suda 2x sy scan perut. Doc bgtau sy retroverted uterus. Tp kedua2 doc yg sy jumpa memberitahu bhw retroverted bkn mslh utk hamil. Mcmana yea doc?Apa pandangan doc ttg masalah sy ni. Apa yg perlu sy buat?

    • “Salam doc. Ahad ni genaplah sethn sy berkahwin tp sy masih blm mempunyai zuriat. Suda 2x sy scan perut. Doc bgtau sy retroverted uterus. Tp kedua2 doc yg sy jumpa memberitahu bhw retroverted bkn mslh utk hamil. Mcmana yea doc?Apa pandangan doc ttg masalah sy ni. Apa yg perlu sy buat?”

      Dr Zubaidi: Saya juga berpendangan bahawa rahem terbalik (retroverted uterus) secara amnya tidak mengganggu kehamilan dan kesuburan. Namun komplikasi-komplikasi yang bersama dengan masalah rahem terbalik ini yang menyebabkan kehamilan puan agak lambat. Puan boleh membaca di blog saya mengenainya.http://drzubaidi.com/blog/?p=3595

      Bagi masalah lewat hamil, saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan kesuburan di mana-mana klinik kesuburan dan suami puan menjalani pemeriksaan air mani. Jika puan belum bersedia, saya mencadangkan pemeriksaan HARI SUBUR dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top