Advertorial
Home » Omega 3 » PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN

PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN

 

PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN

 

Suplemen asid lemak Omega-3 dapat mencegah dan mempertahankan perkembangan penyakit osteoarthritis.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Bristol, United Kingdom, yang diterbitkan di journal Osteoarthritis and Cartilage, diet atau suplemen yang mengandungi omega-3 dapat merendahkan kebarangkalian mendapat penyakit osteoarthritis dan memperlahankan proses penyakit ini menjadi semakin teruk.

Kajian itu memberitahu bahawa omega-3 menghalang kerosakan tulang rawan (cartilage) yang berfungsi menyerap hentakan ketika kita berjalan dan berlari. Bagi individu yang obese, berat badan yang berlebihan menyebabkan tulang ini menipis dan tidak dapat menghasilkan lendiran sendi (synovial liquid).

Sebagai nota, selalunya pesakit diberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit dan ubat steroid bagi mengurangkan bengkakan dan keradangan pada sendi tetapi ia tidak boleh diambil berterusan. Kesan sampingan adalah kegagalan ginjal dan kerosakan hati. Ia juga boleh menyebabkan luka dalam perut.

Penyakit osteoarthritis yang tidak dirawat boleh menyebabkan sendi lutut menjadi ketat, sukar dibengkokkan. Jika dibengkokkan ia menyebabkan rasa sakit. Akhirnya sendi lutut tidak dapat dibengkokkan langsung. Selalunya doktor mencadangkan pembedahan menggantikan dengan lutut besi tiruan.

Tiada ubat yang spesifik bagi penyakit osteoarthritis. Suntikan pada sendi lutut bagi mengurangkan bengkakan dan menambah lendiran sendi yang berkurangan. Namun ia hanya bertahan antara 4-6 enam bulan.

Dalam kajian lain, penyakit osteoarthritis ini dapat dipulihkan dengan pengambilan vitamin E. Jadi bagi mereka yang sudah mengalami rasa sakit ketika membengkokkan sendi lutut, eloklah perbanyakkan sumber omega 3 dan vitamin E dalam makanan.

Selain itu boleh ambil suplemen vitamin E dan Omega 3 yang banyak terdapat di farmasi. Dapatkan nasihat yang betul.

Semoga bermanfaat.

Rujukan Journal:

L. Knott, N.C. Avery, A.P. Hollander, J.F. Tarlton. Regulation of osteoarthritis by omega-3 (n-3) polyunsaturated fatty acids in a naturally occurring model of disease. Osteoarthritis and Cartilage, 2011; 19 (9): 1150

#HealthDrZubaidi

 

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: