Advertorial
Home » Lelaki » peranan magnesium dalam tubuh lelaki

peranan magnesium dalam tubuh lelaki

PERANAN MAGNESIUM DALAM TUBUH LELAKI
 
Magnesium sangat penting untuk proses metabolisme dalam tubuh. Ia terlibat dalam lebih 300 proses tindakbalas biokimia dalam tubuh. Apa yang penting magnesium juga berkait rapat dengan testosteron.
 
 
Kekurangan magnesium akan menyebabkan tahap testosteron berada dalam tahap yang rendah walaupun berada dalam julat yang normal.
 
 
Kekurangan magnesium dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan:
 
 
– Hormon tidak seimbang
– Masalah Kardiovascular
– Rasa kegelisahan
– Masalah Sukar Tidur
– Diabetes
– Risiko kepada Osteoporosis
 
 
Oleh kerana ia tidak diberikan kesedaran secara meluas dalam dalam komuniti kesihatan, ramai yang tidak menyedari masalah ini. Malah ia menjadi lebih serius dan cepat meningkat.
 
Kita mendapat bekalan magnesium yang berkurangan dari bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan kita. Sayur-sayuran yang kita makan sudah kekurangan mineral, terutamanya magnesium.
 
 
Selain itu setiap kali kita melakuka aktiviti fizikal, mineral ini diperlukan.Ia diperlukan juga untukmengawal keradangan dalam tubuh dan menguruskan tekanan.
 
 
Keperluan mineral ini adalah antara 350–360 mg sehari. Namun menurut Institut Linus Pauling, seorang lelaki dewasa memerlukan 420mg setiap hari untuk berfungsi dengan baik.
 
 
Jika kita mengamalkan banyak sayur-sayuran (yang organik), sudah tentu kita tidak memerlukan dos tambahan untuk mineral ini.
 
Jika kita kurang mengambil sayur dalam makanan kita, kita mungkin memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 40 mg sehari (100mg sehari disyorkan oleh Institut Linus Pauling.
 
Persoalannya adakah pengambilan mineral magnesium Meningkatkan Testosteron
 
Menambah pengambilan magnesium, tidak akan meningkatkan tahap testosteron. Tetapi jika kita mengalami tahap tetstosterone yang rendah (walaupun dalam julat yang normal), penambahan pengambilan magnesium sangat membantu.
 
Dalam satu kajian selama sebulan yang dilakukan pada atlet lelaki yang aktif, terdapat peningkatan tahap hormon testosterone jika mengambil tambahan mineral magnesium ini.
 
 
Ini menunjukkan suplemen atau pengambilan magnesium ketika bersenam dapat meningkatkan tahap testosteron dalam tubuh seorang lelaki..
 
 
Kita boleh mendapat mineral magnesium dari makanan seperti:
 
Bayam
Oatmeal
Coklat gelap (Dark chocolate)
Avocado
Pisang
Benih Labu
Kekacang seperti badam, kacang Brazil, walnut
 
Jika ada tanda-tada seperti yang disebut di atas, segeralah berjumpa doktor.
Semoga bermanfaat.
 
Rujukan: Vedat Cinar & Yahya Polat & Abdulkerim Kasim Baltaci & Rasim Mogulkoc. Effects of Magnesium Supplementation on TestosteroneLevels of Athletes and Sedentary Subjects at Rest and after Exhaustion. Biol Trace Elem Res (2011) 140:18–23.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: