Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Penyakit Kelamin

Penyakit Kelamin

PENYAKIT KELAMIN

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

“Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi  jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan?  Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea.

 

Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti.

 

Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan banyak keputihan, selagi dia tidak dijangkiti kuman penyakit kelamin, dia tidak dapat menjangkiti orang lain.

 

 

Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun.

 

Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

 

Menjawab soalan puan, ya jangkitan penyakit kelamin boleh menjangkiti puan jika suami puan telah dijangkiti dengan kuman penyakit kelamin.

 

Puan pula tidak boleh menjangkiti suami puan, jika puan tidak mempunyai jangkitan kuam penyakit kelamin.

 

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa apabila pesakit terdedah dengan jangkitan kuman ini.

 

Pemeriksaan ujian darah, air kencing dan contoh lendiran pada kemaluan yang dijangkiti akan memberikan keputusan yang lebih menyakinkan.

 

Selalunya doktor akan mengambil ujian contoh lendiran di bahagian faraj atau batang zakar, akan dihantar ke makmal.

 

Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa tanda kecuali apabila jangkitan kuman itu telah menular ke bahagian tubuh yang lain atau memberikan masalah pada bahagian kemaluan.

 

Jadi cara terbaik, puan harus menjalani pemeriksaan untuk mengesahkan penyakit kelamin ini.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!