Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » PENGLIHATAN TERJEJAS KETIKA HAMIL

PENGLIHATAN TERJEJAS KETIKA HAMIL

PENGLIHATAN TERJEJAS KETIKA HAMIL

Apabila seorang wanita hamil, antara yang mungkin mereka alami adalah penglihatan mata yang terjejas atau berkabur di sepanjang kehamilan. Ini yang membimbangkan mereka.

Namun masalah ini selalunya bersifat sementara. Penglihatan akan kembali seperti biasa, sama ada selepas melahirkan anak. Atau ada yg lambat sikit, sehingga tamat tempuh berpantang (60 hari selepas melahirkan anak).

Ini kerana semasa hamil, terdapat perubahan hormon.

Mereka mungkin mengalami kekeringan mata dan bagi mereka yang menggunakan pendakap kanta (contact lens) akan menjadi lebih tidak selesa.

Mereka boleh dapatkan menitis mata normal saline di farmasi. Saya nasihatkan agar tidak menggunakan pendakap kanta semasa hamil jika mengalami kekeringan mata. Ia boleh menjadikan mata menjadi merah dan luka di bahagian cornea. Boleh gunakan cermin mata berbingkai untuk sementara.

Selain itu, perubahan hormon juga menyebabkan perubahan ketebalan korea. Penglihatan akan menjadi berkabur. Seolah-olah rasanya seperti memakai kacamata ketika tidak rabun.

Buatlah pemeriksa doktor jika masih ragu dengan penjelasan ini. Ada juga tanda-tanda berbahaya berkaitan dengan penglihatan yang terjejas ketika hamil.

Antaranya mengalami masalah penglihatan berkabur beserta sakit kepala terutama pada wanita hamil yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Jika berlaku, ia bermakna tanda tekanan dalam otak semakin tinggi akan akhirnya boleh menyebabkan sawan. Ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: