PENGHAWA DINGIN DAN BAYI

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya beberapa soalan.
1.adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas.
 
2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi?
 
3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?
 
 
Sekian, terima kasih..
 
 
WALAIKUMMUSALAM .
 
1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius.
 
2. Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi berusia bawah setahun. Jika tidur pastikan bayi memakai baju yang agak tebal.
 
Namun saya tidak menggalakkan penggunaan penghawa dingin terlau lama. Jika bilik terlalu panas, puan boleh buka penghawa dingi untuk sementara, kemudian tutup. Gantikan dengan kipas untuk melancarkan perngudaraan dalam bilik.
 
3. Membiarkan bayi berpeluh bukanlah sesuatu yang baik. Bayi puan tidak akan selesa. Dia mungkin mengalami ruam yang teruk. Bayi perpeluh banyak semasa tidur mungkin disebabkan oleh suhu bilik yang panas. Bukalah kipas atau gunakan penghawa dingin untuk sementara waktu.
 
 
Semoga bermanfaat.

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

Wakil-wakil kami di seluruh negara.

Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

error: Content is protected !!