Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Penggunaan ubat Smecta dalam ceret beret

Penggunaan ubat Smecta dalam ceret beret

 

Ceret-beret atau diarrhoea adalah antara yang masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan bayi. Gejala yang biasa diadukan oleh penajaga atau ibubapa ialah bayi atau kanak-kanak membuang air besar yang kerap dan cair, ada kalanya bercampur dengan lendir dan darah, dan kembung perut.

 

Dalam kes yang agak serius ibubapa dan penjaga mengadu anak mereka mengalami demam, sakit perut, muntah dan tidak boleh makan atau minum.

 

Tanda-tanda yang lebih teruk ialah apabila gejala yang dihadapi oleh bayi atau kanak-kanak berlangsung melebihi 48 jam, dan mereka tidak lagi aktif.

 

Banyak punca ceret beret di kalangan kanak-kanak dan bayi. Ia kebiasaannya disebabkan oleh keracunan makanan, iaitu jangkitan kuman melalui makanan, sama ada virus atau bakteria.

 

Ada kalanya ceret beret disebabkan oleh makanan tertentu seperti susu dan produk susu, makanan berlemak dan berminyak,dan makanan yang pedas. Dalam hal ini, tubuh kita dikatakan mengalami alahan makanan dan bukan keracunan makanan.

 

 

Oleh kerana tubuh kita mempunyai antibodi yang mampu melawan jangkitan kuman (virus dan bakteria), selalunya ceret-beret akan sembuh dengan sendiri.

 

 

Bagi kes alahan makanan, atau keracunan makanan disebabkan virus, kanak-kanak atau bayi itu tidak perlu ubat antibiotic untuk merawatnya.

 

Penggunaan antibiotik (terutama ceret beret tanpa demam) haruslah diambil dengan nasihat doktor kerana antibiotik sendiri boleh menyebabkan ceret-beret menjadi bertambah teruk.

 

Dalam kes ceret-beret begini, saya selalu memeriksa bayi atau kanak-kanak, sama ada mempunyai demam dan sama ada mereka masih aktif atau tidak.

 

Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai demam, masih aktif dan kadar ceret beretnya tidak serius, (tidak melebihi lima kali sehari) selalunya saya cadangkan pengambilan ubat smecta dan ubat-ubat yang lain.

 

Bagi kanak-kanak yang mempunyai demam, tidak aktif, ceret beret dan muntah yang teruk (terutama melebihi 48 jam), selalunya saya akan terus rujukkan ke hospital kerana memerlukan pemantauan dan pemeriksaan yang lebih teliti.

 

Smecta membantu kanak-kanak atau bayi yang mengalami ceret beret, kerana ia mengandungi bahan diosmectite, yang mampu menyerap beberapa jenis toksin (seperti Rotavirus, E. Coli dan Staphylococcus).

 

Ia juga menyebabkan najis menjadi lebih pekat dan keras, dan tidak lagi cair.

 

Smecta mempunyai dua perasa iaitu perasa oren dan perasa vanilla, bagi memudahkan ia diminum oleh bayi dan kanak-kanak.

 

Bagi bayi berusia satu tahun ke bawah, campurkan dalam botol berisi 50 ml air.  Berikan 1 sachet sehari. Ia harus diberikan secara beransur-ansur.

 

Bagi bayi yang berusia lebih setahun, campurkan smecta dengan 50 ml air atau makanan mereka (seperti bubur nasi, puri, makanan bayi yang lain).

 

Bagi kanak-kanak berumur antara setahun dan dua tahun, boleh berikan satu atau  dua  sachet sehari.  Bagi yang berusia melebihi dua tahun, boleh berikan dua atau tiga sachet sehari.

 

(Bagi dewasa pula,boleh campurkan smecta ke dalam 200 ml air, 3 sachet sehari).

 

Saya selalu menasihatkan agar menunggu selama sejam selepas memberikan smecta, sebelum memberikan ubat-ubatan lain untuk ceret-beret.

 

Jika bayi atau kanak-kanak kelihatan lemah atau mengalami ceret-beret melebihi 48jam,haruslah dibawa berjumpa doctor segera.

 

Wallahu a’lam.

5 comments

  1. saya baru tahu org dewasa boleh ambik smecta juga rupanya. ingatkan utk anak2 je.
    thanks doc.

  2. salam doktor..adakah penggunaan smecta secara kerap boleh membawa kesan sampingan kerana setiap kali anak saya cirit birit, saya akan memberikan smecta..doktor yang merawat anak saya sebelum ini mengesyorkan hanya diberikan setengah peket smecta yang dicairkan dengan 25ml air dan dicampur ke dalam susu. anak saya berusia 8 bulan kini.

    • salam doktor..adakah penggunaan smecta secara kerap boleh membawa kesan sampingan kerana setiap kali anak saya cirit birit, saya akan memberikan smecta..doktor yang merawat anak saya sebelum ini mengesyorkan hanya diberikan setengah peket smecta yang dicairkan dengan 25ml air dan dicampur ke dalam susu. anak saya berusia 8 bulan kini.

      DrZubaidi: Wa alaikum mus salam. Segala ubat yang digunakan haruslah digunakan dengan berhati-hati, dengan nasihat doktor atau ahli farmasi dan hanya untuk sementara. Punca ceret beret itu perlu disiasat. Terima kasih.

Leave a Reply to laila Cancel reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: