Advertorial
Home » Akhbar » pengambilan pil ectasy sebagai fat burner

pengambilan pil ectasy sebagai fat burner

PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER

 

Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017

 

 

 

 

  1. Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar?

Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang pengambilan kalori) dan banyak melakukan pergerakan tubuh, akan cepat menurunkan berat badan.

 

 

Ectasy mengandungi bahan psychotropic sintetik Gamma-hydroxybutyrate, (GHB) yang sangat berbahaya. Kadang kala pil ini dijual dalam bentuk kimia  1,4-butanediol dan Gamma-Butyrolactone yang kemudiannya ditukarkan kepada GHB dalam tubuh.

 

Di awal penciptaannya pada tahun 1960an, GHB ini didapati bersifat sebagai depressant. Iaitu bahan yang menyebabkan sesorang itu berada lemah, mengantuk dan tidak sedarkan diri. Oleh itu ia digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan rasa sakit (painkiller) dan bahan bius untuk pembedahan yang ringkas.

 

 

Pada tahun ‘90s, GHB diguna sebagai penggalak otot (muscle growth stimulator) yang biasa digunakan oleh atlet bina badan. Ia juga terkenal di kelab malam untuk diambil sebagai dadah rekreasi yang merangsangkan seseorang untuk kekal cergas menari dan tidak menyebabkan mabuk walaupun mengambil minuman beralkohol.

 

Jadi banyak dakwaan bahawa bahan kimia ini (dijual dalam bentuk pil, serbuk atau cecair) dapat membantu mudah tidur (bagi mereka yang mengalami insomnia), meningkatkan performance dalam bersukan, membantu mengurangkan berat badan atau mempercepatkan pembentukan otot-otot apabila melakukan latihan di gym.

 

Jadi ecstasy ini tidak dapat mengurangkan berat tubuh secara langsung. Ia menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai selera untuk makan, dan rasa bertenaga untuk melakukan kerja harian. Orang yang mengambil pil ini akan melakukan kerja yang melibat fizikal (seperti memberishkan bilik air, dapur dan laman rumah) tanpa henti dan tidak berasa lapar untuk makan. Inilah kesan awal yang diingin oleh ramai orang yang mahu mengurangkan berat badan. Tidak mudah rasa lapar dan dapat melakukan akitiviti fizikal tanpa rasa mudah penat.

 

Sudah tentu ia akan menyebabkan penurunan berat badan yang ketara

 

 

  1. Apakah kesan jangka pendek dan panjangterhadap pengambilan pil ini?

 

Selain menyebabkan rasa bertenaga dan tidak berselera makan, kesan jangka pendek pengambilan pil ini boleh menyebabkan rasa pening kepala dan sakit kepala yang kuat, loya dan muntah.

 

Gejala begini boleh berlaku pada sesetengah individu yang sensitive  atau diambil pada dos yang tinggi.

 

Jika diambil pada jangka masa yang lama, ia boleh menyebabkan  sukar memberikan perhatian pada kerja, mudah lupa, sukar bernafas, degupan jantung menjadi rendah, dan percakapan yang tidak jelas (seperti orang mabuk).

 

  1. Adakah ia menyebabkan ketagihan?

Selain itu ia boleh menyebabkan ketagihan. Tidak mudah untuk meninggalkan pil yang mengandungi bahan kimi psikotropik seperti ini. Kesannya sangat kuat dan boleh menyebabkanketagihan walau diambil dalam jangka masa yang singkat dan dos yang rendah.

 

Ketagihan berlaku apabila sesorang itu tidak merasakan lagi dos yang biasa diambil memberikan kesan yang dikehendaki. Contohnya kalau biasa ambil satu biji pil tapi sekarang satu biji pil tidak mencukupi. Dia terpaksa mengambil dua biji pil untuk mendapat kesan yang sama.

 

Ketagihan juga boleh berlaku apabila individu berkenaan cuba meninggalkan tabiat mengambil pil tersebut. Jika tidak ambil pil tersebut, dia akan merasa letih, tidak bertenaga, mengantuk dan rasa cepat lapar. Jadi terpaksa ambil pil tersebut untuk mendapat rasa segar, bertenaga dan tidak cepat lapar.

 

Malah pada suatu ketika apabila seseorang itu telah mengambil dalam jangka masa yang lama dan dos yang tinggi, individu tersebut mengalami gejala withdrawal (akibat ketagihan yang teruk). Pada masa ini individu tersebut akan mengalami masalah sukar mengkordinasi pergerakan (sehingga berjalan seperti orang mabuk), atau langsung tidak mampu berjalan dan berdiri, sawan, halusinasi (mendengar dan melihat sesuatu yang tidak dapat dirasai oleh orang lain di sekeliling beliau), koma dan akhirnya kematian.

 

  1. Apakah cara terbaik untuk menambahkan tenaga dalam usaha mengurangkan berat badan?

 

Secara amnya kita dapat menambahkan tenaga dengan pemilihan pemakanan kita yang seimbang. Kebanyakan kita terlalu banyak mengambil refined carbohydrate iaitu karbohidrate yang telah diproses. Ianya dalam bentuk nasi putih, gula pasir dan produk tepung gandum.

 

Pengambilan refined carbo yang terlalu banyak akan menyebabkan penyerapan gula dalam darah terlalu pantas. Ini merangsangkan pengeluaran insulin dan akhirnya menyebabkan tahap gula menjadi rendah semula. Individu tersebut akan merasa lapar dan letih. Sebenarnya pengambilan makanan berasaskan refined carbo secara berulang-ulang yang menyebabkan rasa letih, cepat lapar dan kegemukan. Akhirnya ia mengundang penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan peningkatan kolestrol yang tinggi.

 

Untuk mengurangkan rasa cepat lapar dan letih, saya mencadangkan kita ambil banyak sayur-sayuran dalam diet kita dan minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2.5L sehari.

 

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, saya mencadangkan kita makan apabila betul-betul kita lapar, dan kurangkan mengunyah di antara waktu makan. Diet permulaan adalah hanya 3 kali sehari iaitu  sarapan, makan tengahari dan makan malam. Minum air kosong di antara waktu makan. Boleh ambil kopi dan teh tanpa gula dan susu. Makan mengikut ratio yang dicadangkan oleh KKM iaitu separuh pinggan dengan sayur-sayuran (fiber), suku pinggan protein dan suku pinggan karbohiodrat.

 

Apabila sudah biasa dengan diet sebegini, boleh tingkatkan diet pemakanan yang lebih baik, selamat dan agresif lagi.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Bagi mereka yang terlalu berselera dan rasa cepat lapar, bolehlah mengambil extrak asam gelugor 2 tab (pagi dan malam) setiap hari untuk 3 bulan bagi melihat kebnerkesanannya.

UNTUK MENDAPATKAN EKSTRAK ASAM GELUGOR, MOHON KLIK DI EKSTRAK ASAM GELUGOR

Lawati facebook kami dengan klik –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!