Advertorial
Home » EKF » Pendarahan yang tidak normal

Pendarahan yang tidak normal

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL.

 

 

“ Assalamualaikum doktor. Saya berumur 36tahun dan mempunyai 5 org anak. Saya sudah ikat peranakan. Sejak dari awal tahun ini, haid saya semakin panjang. Biasa 8-9 hari saja tetapi sekarang 10-14 hari baru betul-betul kering.

 

Saya ada berjumpa doctor pakar, dan beliau memberikan saya ubat hormon sonulut selama 3bulan. Dengan ubat itu kitaran haid saya setiap buln seperti tetapi masih 9-10 hari baru benar-benar kering.  Sekarang saya sudah berhenti mengambil ubat hormon (atas arahan doktor) untuk tengok dalam satu dua bulan ni adakah haid saya kembali normal macam biasa.

 

Bulan ini, 3-4hari sebelum haid ada keluar tanda coklat (mungkin darah haid sebelumnya). Selepas itu saya haid selama 10 hari baru kering. Selepas 3 hari kering, darah keluar semula. Sifat darah seperti darah haid. Saya seperti haid semula walaupun baru sahaja habis haid 3 hari lepas. Hari ini hari ke 15 haid, adakah esok saya perlu solat sebab dikira darah istihadah? Soalan saya, kenapakah saya haid sekali lagi? Terima kasih”

 

WA ALAIKUMMUS SALAM

 

Ramai wanita yang mengalami pendarahan yang tidak normal (abnormal vaginal bleeding) atau kadang kala kita sebut sebagai ‘spotting’ iaitu pendarahan yang hanya beberapa titik di antara kitaran haid.

 

Ia sering berlaku pada seorang wanita, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Pertanyaan yang sering bermain di benak ialah adakah ia normal atau tanda-tanda penyakit yang serius?

 

Jika pendarahan itu berlaku pada luar waktu haid atau period, sememangnya ia bukanlah sesuatu yang normal. Apatah lagi jika ia sering berulang.

 

Begitu juga jika darah yang keluar itu hanya sedikit  tetapi berpanjangan. Kadang kala sehingga melebihi 35 hari. Atau keluar semula darah apabila belum sampai 21 hari. Ini kerana kitaran haid yang diangap normal adalah antara 21-35 hari.

 

Dalam kes puan, mengikut kaedah Syariah pendarahan yang melebihi 15 hari disebut sebagai darah istihdhah (iaitu darah yang keluar dari kebiasaannya). Dari sudut perubtan, ia selalunya disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormone.

 

Banyak punca yang menyebabkan masalah keitaran haid yang tidak menentu.

 

Jika pendarahan haid pada kanak-kanak yang berusia lebih muda dari 9 tahun, ia mungkin sesuatu yang tidak normal . Ini kerana secara amnya, kebiasaan kanak-kanak perempuan menjadi akhil balikh (keluar haid) pada usia selepas 9 tahun. Jadi jika berlaku sebelum itu, ia mungkin normal atau mungkin ia tanda penyakit yang lebih berbahaya melibat sistem hormone atau sitem reproduktik mereka.

 

Ada wanita yang mengadu “mengalami semula haid” setelah disahkan menopause. Ada yang mengadu mereka dating haid semasa sedang hamil.

 

Dalam keadaan ini, ia sebenarnya bukan haid. Haid sebenarnya berlaku pada wanita yang subur akibat perubahan hormone secara berkitar. Perubahan inilah yang menyebabkan kedatangan haid yang normal berlaku secara tetap dan berkitar. Jadi ia tidak berlaku pada wanita yang telah menopause atau yang sedang hamil. Ia mungkin tanda-tanda bahaya.

 

“Jadi apa sebenarnya punca biasa berlaku yang menyebabkan kejadian kitaran haid yang tidak menentu, doktor?”

 

Terlalu banyak puncanya. Ada yang bersifat sementara (normal) dan ada yang berlaku secara berulang-ulang (tidak normal). Ada yang berlaku akibat tekanan emosi, stress di tempat kerja, perubahan corak pemakanan (akibat berdiet), penurunan atau penambahan berat badan yang mendadak.

 

Bagi mereka yang hamil, pendarahan (sama ada sedikit atau banyak) perlu mendapat nasihat doctor kerana ia mungkin tanda keguguran di peringkat awal. Atau tanda-tanda awal kelahiran pramatang apabila seorang wanita dalam fasa terakhir kehamilan.

 

Sebagai contoh, jika pendarahan vagina berlaku ketika kehamilan belum sampai 12 minggu. Selalunya ia menyebabkan keguguran atau mungkin tanda-tanda bagi kehamilan luar rahem.

 

Manakala wanita yang hamil selepas 12 minggu, ia berkemungkinan disebabkan oleh masalah uri (placenta) sebagai contoh placenta previa.

 

Pendarahan  yang sedikit untuk satu dua hari di pertengahan kitaran haid, mungkin disebabkan oleh proses ovulasi iaitu benih perempuan (ovum) keluar dari ovari.

 

Wanita muda juga sering mengalami masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) iaitu ketidakseimbangan hormone yang mengganggu proses ovulasi dan menyebabkan pendarahan yang tidak berlaku pada waktunya. Ini menyebabkan kitaran haid wanita itu menjadi tidak menentu.

 

 

Pil perancang kehamilan juga boleh menyebabkan pendarahan, terutama apabila mula diambil untuk beberapa bulan pertama. Sedikit darah akan keluar di pertengahan kitaran haid. Ia bukanlah haid yang sebenar, tetapi kesan sampingan dari pengambilan pil perancang kehamilan.

 

Begitu juga dengan penggunaan suntikan pencegah kehamilan dan alat intrauterine device (IUD) yang menyebabkan kitaran haid tidak menentu secara keluar darah yang sedikit atau menyebabkan pendarahan yang banyak.

 

Pendarahan (yang keluar dari faraj) berwara lebih gelap dan berbau busuk (kadang kala bersama nanah) munhkin disebabkan oleh jangkitan kuman pada organ dalam ruang pelvis yang menungkin melibatkan faraj, pangkal rahem, saluran fallopian atau ovari.

 

Jangkitan kuman ini berlaku disebabkan oleh kegiatan seks rambang (yang menyebabkan jangkitan kuman penyakit kelamin yang lebih berbahaya), atau mungkin disebabkan melakukan douching (membersihkan rongga dalam faraj yang membunuh kuman baik).

 

Punca pendarahan yang lain seperti penderaan seksual (terutama berlaku pada kanak-kanak), masalah fibroid, rahem jatuh (uterine prolapsed), dan ada ketumbuhan polyps. Penyakit hyperthyroidism dan diabetes juga boleh menyebabkan masalah kitaran haid tidak menentu atau pendarahan bukan pada waktu haid.

 

Pendarahan yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doctor yang segera adalah pendarahan akibat penyakit kanser terutama kanser pangkal rahem (servix) dan kanser rahem sendiri.

 

Bagi mereka yang baru melahirkan anak, atau selepas keguguran, pendarahan yang banyak boleh berlaku akibat rahem tidak mengecut dengan sempurna atau mungkin disebabkan ada terdapat saki baki janin yang masih berada dalam rahem.

 

Jika seorang wanita berumur 40 ke atas, pendarahan atau kitaran haid yang tidak menentu mungkin menandakan beliau sedang menjalani fasa perimenopause. Oleh itu seorang wanita yang tidak datang haid selama 12 bulan, saya mencadangkan agar menjalani pemeriksaan doktor. Doktor akan mengambil sampel darah bagi menentukan seorang wanita itu telah memasui fasa menopause atau tidak.

 

Rawatan bagi wanita yang mengalami pendarahan atau kitaran haid yang tidak menentu, bergantung kepada punca pendarahan ini. Jadi pemeriksaan adalah penting sama ada pendarahan itu sedikit atau banyak.

 

Dalam perubatan Melayu silam, perawat menggunakan herba bagi membantu keseimbangan hormone. Saya mencadangkan penggunaan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, diambil Bersama vitamin C dan vitamin E.

 

Bagi wanita yang mengalami pendarahan nofas yang panjang, selalunya saya mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah diambil Bersama dengan Ekstrak Asam gelugor bagi menrangsangkan rahem kembali kesaiz asal. Pengecutan rahem ini akan membantu mengelkakan pendarahan haid yang panjang.

 

Sekian. Semoga bermanfaat.

 

 

Lawati facebook kami dengan klik –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

KLIK SINI UNTUK MELIHAT SENARAI PENGEDAR KAMI ——>  PENGEDAR  NEEDS VENUE SDN BHD /

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!