Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan tidak berhenti-henti

Pendarahan tidak berhenti-henti

PENDARAHAN TIDAK BERHENTI-HENTI

 

blood-in-the-water

 

“Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding).

 

Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat tranexamic acid untuk mengurangkan pendarahan.

 

Adakah ia pendarahan biasa bagi pesakit DUB? Adakah cara lain bagi mengurangkan pendarahan tersebut? ada kemungkinan saya mengalami keguguran sedangkan saya rasa ia adalah darah haid biasa? Adakah saya boleh mengandung seperti biasa?. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi.

 

Untuk pengetahuan puan, Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) adalah pendarahan yang tidak normal dari rahem yang disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormone.

 

Pesakit yang mengalami DUB akan mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan, sehingga menyebabkan kekurangan sel darah merah.

 

 

Punca utamanya ialah

1.kekurangan hormone progesterone (lebih spesifiknya Prostaglandin F2alpha) yang menyebabkan pendarahan yang berpanjangan

2. peningkatan enzim ‘tissue plasminogen activator (TPA)’ iaitu enzim yang mencairkan darah.

 

Diagnosa bagi DUB dilakukan secara “exclusion”, iaitu apabila doctor telah melakukan pemeriksaan makmal, radiologi (contohnya ultrasound) dan histopatologi (untuk memantau kemungkinan punca-punca kanser),dan mendapati bahawa pesakit tidak mempunyai masalah lain seperti fibroid, endometriosis atau masalah kecacatan struktur rahem.

 

Rujuk: Bravender T, Emans SJ (June 1999). “Menstrual disorders. Dysfunctional uterine bleeding“. Pediatr. Clin. North Am. 46 (3): 545–53, viii

 

Sebahagian kecil atau 10% dari wanita yang mengalami DUB masih mengalami ovulasi dan masih subur. Mereka boleh hamil kerana masih terdapat kepekatan hormone progesterone yang mencukupi untuk membantu kehamilan.

 

Malangnya kebanyakan mereka atau 90% dari wanita ini pula tidak mengalami ovulasi, dan mengalami masalah ketidaksuburan.

 

 

Oleh itu mereka memerlukan rawatan untuk menstabilkan hormone mereka.

 

 

Biasanya doctor akan memberikan ubat hormone progesteron. Ada juga doctor yang memberikan ubat hormone seperti ubat perancang yang mengandungi hormone estrogen dan progestin.

 

Matlamat uatama ubat-ubat yang diberikan adalah untuk menghentikan pendarahan, yang boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah yang teruk (anemia).

 

Ubat transxenamic acid hanya ubat yang digunakan untuk menghentikan pendarahan dan bukannya ubat hormone.

 

Dalam kes-kes yang terlalu banyak darah yang keluar dan tidak dapat dihentikan dengan ubat-ubatan, doctor akan melakukan pembedahan buang rahem (hysterectomy).

 

Bagi meningkatkan progesterone dalam darah, saya juga mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

 

Info lanjut:

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: