Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan Selepas Seks Semasa Hamil

Pendarahan Selepas Seks Semasa Hamil

PENDARAHAN SELEPAS SEKS SEMASA HAMIL

woman depressed

 

“Assalammualaikum doktor. Isteri saya hamil 5 bulan anak pertama. Saya nak tanya., semasa bersama isteri saya., terdapat pendarahan pada isteri.. Adakah ia membahayakan kandungan isteri saya? Mohon penjelasan doktor sebab saya berasa risau. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Melakukan hubungan intim atau seks bersama isteri pada pertengahan tempuh kehamilan, pada amnya selamat. Maksudnya apabila isteri telah mencapai usia kehamilan 15 minggu ke atas, hubungan seks bersama isteri dibenarkan kecuali jika isteri mengalami komplikasi kehamilan seperti uri berada bahagian bawah rahem.

 

Ini kerana pada ketika itu bayi berada dalam kedudukan yang lebih kukuh, tidak mudah mengalami keguguran berbanding dengan pada usia awal kehamilan.

 

Selain itu pangkal rahem akan disumbati oleh mucous plug, yang menlindungi selaput ketuban agar tidak mudah pecah.

 

Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah dalam kehamilan mereka, pendarahan yang ringan boleh berlaku dengan mudah selepas hubungan seks disebabkan mukosa bahagian faraj menjadi lebih lembut dan mudah luka.

 

Ketika hamil, bahagian ini terdapat banyak saluran darah yang mengembang dan jika hubungan seks ini dilakukan dengan agak kasar, ia boleh menyebabkan beberapa saluran darah yang kecil dan sedang mengembang ini akan pecah dan mengeluarkan darah.

 

Bagi mengurangkan geseran yang mungkin menyebabkan luka kecil, saya menasihatkan agar memastikan bahawa faraj berada dalam keadaan basah sebelum memulakan hubungan seks ini. Gunakan pelincir berasaskan air (water based lubricant).

 

Minyak kelapa dara dan minyak zaitun juga boleh digunakan kerana ia minyak yang menjadi pelincir semulajadi dan bebas daripada bahan kimia dan pengawet. Ia juga mengandungi banyak ciri-ciri kesihatan yang hebat, sebagai antibakteria, antikulat dan antivirus.

 

Elakkan pelincir yang mengandungi gliserin kerana ini boleh menyebabkan luka kecil.

 

Namun begitu saya mencadangkan berjumpalah dengan doctor bagi melakukan pemeriksaan bagi memastikan kehamilan isteri saudara dalam keadaan yang selamat.

 

Wallahu a’lam

 

Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh.

 

Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di Mesir, mereka menggunakan habatus sauda’ sebagai suplemen dan ubat.

 

Contohnya, Ratu Cleopatra menggunakan habitus sauda’ untuk merawat kecantikan beliau, Ratu Nefertiti juga menggunakan minyak habitus sauda’ untuk menghitamkan rambut dan mencantikkan kuku. Dari kajian archaeologist, Firaun (Raja Tut) menyimpan minyak habitus sauda dalam makam beliau. Ini menunjukkan betapa batatus sauda’dan minyaknya telah lama digunakan dalam perubatan purba.

 

Habatus sauda juga telah dirakamkan dalam satu hadis yang terkenal, “diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Imam Bukhari).”

 

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, habbatus sauda dikenal sebagai “al abbah al barokah”. Di dalam kitab beliau telah menyenaraikan kegunaan habbatus sauda’ untuk mengubati lebih 50 jenis penyakit.

 

Walau bagaimana pun beliau tidak menyebutkan kegunaan habbatus sauda’ bagi wanita yang hamil.

 

Dalam banyak journal yang saya baca mengenai kebaikan habatus sauda terhadap wanita yang hamil, terutama minyak habbatus sauda, yang sekarang dimasukkan ke dalam softgel.

Malangnya tiada kajian klinikal yang didokumentasikan.

 

Walau bagaimana pun, ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa sesetengah wanita hamil yang sensitif boleh mengalami kontraksi selepas menggunakan minyak habbatus sauda. Ia sangat jarang berlaku.

 

Jadi berhati-hati ketika mengamalkannya. Berjumpa doctor segera jika ada rasa kontraksi pada rahem.

 

Dalam kebanyakan wanita, habatus sauda banyak memberikan manfaat ketika hamil. Namun cuba elakkan diberikan di awal kehamilan, terutama sebelum usia kehamilan minggu ke 16.

 

Nasihat saya adalah amalkan terus obimin, dan boleh menggunakan softgel habbatus sauda selepas usia kehamilan 16 minggu

 

Wallahu a’lam

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E.  Info lanjut dhttps://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah 

 

EKF 1

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.

Info lanjut i https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia PROXEED PLUS

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.

Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490   labicea

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: