Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Pendarahan selepas keguguran

Pendarahan selepas keguguran

PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN

 

Assalamualaikum doktor.

Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya:

1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami.

2)adakah pendarahan ringan itu masih dikira hadas nifas?kerana masih dalam tempoh 60 hari.

3)apakah yang perlu saya lakukan?

Saya berharap mendapat jawapan bagi persoalan saya ini.terima kasih.

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Masalah puan ialah puan tidak pasti sama ada darah yang keluar itu darah nifas, darah haid atau darah istihadah setelah puan mengalami keguguran.

 

Dalam hal ini, ketika berlaku keguguran atau semasa kandungan rahem (product of conception) yang telah meninggal dunia itu keluar dari rahem, puan kena pastikan sama ada yang keluar itu adalah janin yang sudah cukup sifat atau atau hanya sekadar ketulan darah.

 

Jika puan tidak pasti, kerana tidak nampak, puan boleh menggunakan kaedah pengiraan umur kehamilan. Mengikut perkiraan sains perubatan, janin akan membentuk sifat seperti  muka, jari-jari ditangan dan kaki apabila memasuki usia kehamilan 10 minggu.

 

Ini bermakna, jika keguguran berlaku sebelum 10 minggu, ia dianggap sebagai seketul darah, sementara jika sudah memasuki 10 minggu, ia dianggap sebagai janin yang mempunyai cukup sifat.

 

Hukum darah yang keluar akibat keguguran ada dua:

 

 

 

1. Jika keguguran berlaku sebelum 10 minggu usia kehamilan atau puan pasti kandungan rahem yang keluar itu adalah darah beku, maka anggaplah darah yang keluar adalah darah haid.

 

Darah haid berlangsung secara maksima selama 14 hari, dan puan dikecualikan dari perkara yang difardhukan seperti solat dan puasa. Tetapi jika darah itu berlangsung agak lama, maka darah yang keluar masuk hari ke 15 dianggap sebagai darah istihadah. Ini bermakna selepas hari 14, puan diwajibkan melakukan solat dan puasa setelah membersihkan diri.

 

 

 

2. Jika keguguran berlaku selepas 10 minggu usia kehamilan atau puan pasti bahawa kandungan rahem yang keluar itu adalah janin yang telah cukup sifat, maka darah yang keluar dianggap sebagai darah nifas.

 

Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum darah nifas adalah 60 hari. Sepanjang tempuh nifas ini puan dikecualikan dari perkara yang difardhukan iaitu solat dan berpuasa.

 

Jika puan mengalami pendarahan yang terputus-putus, seperti yang dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar semula beberapa hari kemudiannya, ia masih dianggap sebagai darah nifas selagi tidak mencukupi 60 hari.

 

Oleh itu, selagi darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, walaupun darah yang keluar telah berhenti seketika itu, ia tetap dikira sebagai darah nifas.

 

Jika puan mengalami pendarahan yang berterusan melebihi daripada 60 hari , maka  darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).

 

Puan boleh merujukkan pada mana-mana ulama dan kitab yang muktabar, jika pandangan mereka lebih menepati nas Quran dan Hadis, maka tinggalkanlah pandangan saya.

 

Kesimpulannya, puan masih lagi berada dalam keadaan nifas kerana belum lengkap 60 hari.  Darah yang keluar itu adalah darah nifas. Puan harus menunggu sehingga darah nifas itu kering.

 

Saya juga mencadangkan puan untuk mengambil suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E untuk merawat luka pada rahem dan faraj selepas keguguran dan D&C. Ia juga mengembalikan saiz rahem puan kepada saiz asal dan menghindarkan pendarahan nifas yang lama.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: