Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » PENDARAHAN RAHIM YANG TIDAK NORMAL

PENDARAHAN RAHIM YANG TIDAK NORMAL

PENDARAHAN RAHIM YANG TIDAK NORMAL

Perdarahan rahim yang tidak normal atau dikenali sebagai Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) adalah keadaan dimana pendarahan berlaku dengan banyak atau berpanjangan ketika seorang wanita bukan dalam masa haid.

Kitaran haid yang normal dirangsangkan oleh keseimbangan hormon yang berlaku setiap bulan.

Sementara pendarahan rahim yang tidak normal berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon. Ini menyebabkan darah yang keluar terlalu banyak dan kemudian sedikit-sedikit untuk jangkamasa yang panjang.

Ia berlaku sekurang-kurang sekali dalam hidup seorang wanita, terutama di akhir baligh dan ketika memasuki menopause.

Antara tandanya adalah :

  1. Pendarahan haid yang sangat banyak dalam bentuk ketulan darah (darah beku).
  2. Pendarahan lebih dari kebiasaan waktu haid (empat belas hari).
  3. Kitaran haid menjadi lebih pendek. Dalam bahasa mudah hari bebas haid sangat pendek.

Pendarahan yang terlalu banyak menyebabkan seorang wanita mengalami keadaan kekurangan darah mereka. Antara tandanya:

👉🏻Pening
👉🏻Mudah pitam
👉🏻Mudah penat
👉🏻Tekanan darah rendah
👉🏻Degupan jantung laju
👉🏻Kulit kelihatan pucat

Jika ada tanda di atas, eloklah membuat pemeriksaan doktor.

Punca bagi masalah ini adalah ketidakseimbangan hormon. Ia boleh disebabkan oleh:

  1. Polycystic Ovarian Cyst (PCOS).
  2. Endometriosis.
  3. Polip rahim.
  4. Fibroid rahim.
  5. Penyakit kelamin terutamanya gonorrhea dan chlamydia.
  6. Penyakit berkaitan hormon terutama hormon tiroid
  7. Penyakit autoimmune.
  8. Ubat-ubatan sintetik.
    👉🏻pil perancang kehamilan yang mengandungi satu hormon
    👉🏻ubat hormon
    👉🏻ubat cair darah terutama warfarin

Masalah ini hanya dapat didiagnosa dengan :

  1. Bertanyakan sejarah kesihatan lepas, berkaitan dengan ubat-ubatan, dan penyakit yang dialami.
  2. Pemeriksaan Ultrasound (USG)
  3. Pemeriksaan darah yang lengkap termasuk tahap hormon.
  4. Biopsi endometrium (lapisan dinding dalam rahim).

Selalunya doktor akan memberikan ubat perancang yang mengandungi dua jenis hormon, estrogen dan progesteron.

Jika doktor mendapati terdapat dinding dalam rahim (endometrium) yang tebal, doktor mungkin akan melakukan prosedur D&C, iaitu mengorek keluar dinding rahim yang masih tebal. Jika ada tanda kehadiran sel-sel kanser dalam rahim, rawatan lanjut akan diberikan.

Pembedahan pembuangan rahim adalah pilihan yang terakhir jika pendarahan terlalu teruk dan tidak dapat dirawat dengan cara lain.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: