Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan pada puting payudara

Pendarahan pada puting payudara

 

puting berdarah2

“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman.

 

Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. Namun adakalanya kita bimbang ia adalah tanda-tanda awal bagi kanser payudara.

 

Doktor akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebab pendarahan putting dengan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk melihat punca darah berkumpul dalam payudara sebelum keluar melalui puting, sama ada ia adalah tanda awal barah payudara yang menyebabkan pendarahan.

 

Pemeriksaan mammogrami juga dapat mengesan kemungkinan peringkat awal barah payudara.

 

Sementara menunggu beberapa hari untuk keputusan makmal, doktor mungkin memberi ubat antibiotik sekiranya mengesyaki terdapat jangkitan bakteria terhadap puting.

 

Jika keputusan makmal menunjukkan ‘ductal ectasia’ atau ‘ductal papilloma’ iaitu masalah bukan kanser di mana saluran susu payudara mengalami perubahan sel. Doktor akan menjalankan pembedahan kecil.

 

Sementara jika ia disahkan sebagai kanser payudara, maka pembedahan dan rawatan kimoterapi mungkin dilakukan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: