Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan ketika 28 minggu kehamilan

Pendarahan ketika 28 minggu kehamilan

PENDARAHAN KETIKA HAMIL

 

“Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius.

 

Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan hormone. Pendarahan semasa hamil pula adalah darah yang disebabkan komplikasi semasa kehamilan dan ia bukanlah normal bagi wanita yang hamil. Ia mungkin tanda yang berbahaya bagi bayi dalam rahem.

 

 

Antara sebab yang mungkin berlaku ialah:

 

  1. Melakukan hubungan intim. Semasa hamil, banyak darah yang mengalir di pangkal rahem. Apabila berlaku tusukan alat kelamin suami dalam faraj, ia boleh menyebabkan pendarahan pada pangkal rahem. Pendarahan juga boleh berlaku jika terdapat polyp pada pangkal rahem, selepas mengadakan hubungan intim dengan suami.
  2. Melakukan pemeriksaan pap smear atau peperiksaan dalaman dalam faraj. Pemeriksaan pap smear atau pmemeriksaan dalam yang melibat kemasukkan sebarang objek dalam faraj, boleh menyebabkan luka di pangkal rahem dan sekitarnya.
  3. Keguguran. Pendarahan di usia kehamilan lebih 20 minggu mungkin disebabkan oleh proses awal keguguran. Pendarahan dan kekejangan abdomen adalah tanda utama bagi keguguran.
  4. Mengalami jangkitan. Jangkitan kuman (jangkitan yis atau bacteria) atau jangkitan penyakit kelamin (seperti trichomoniasis, gonorea, chlamydia, herpes)  pada pangkal rahem dan faraj juga semasa hamil juga boleh menyebabkan pendarahan. Pendarahan selalunya berlaku selepas hubungan kelamin dengan suami.
  5. Masalah uri. Pada kehamilan yang sudah berusia melebihi 13 minggu, pendarahan mungkin menunjukkan masalah yang serius pada uri seperti plasenta previa, abruption placenta (di mana uri terpisah dari rahem), keguguran lewat (berlaku selepas 13 minggu), atau kelahiran pramatang (yang boleh berlaku antara usia kehamilan 20 hingga 37 minggu).

 

Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan ultrasound, dan ujian darah, memastikan puan dan bayi dalam rahem berada dalam keadaan yang baik.

 

Apatah lagi jika puan masih mengalami pendarahan yang berpanjangan (walaupun sedikit), atau atau mengalami kesakitan pada abdomen yang teruk, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor.

 

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!