Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

 menses

 

 

“Salam Doc. Saya hendak bertanya mengenai kitaran haid saya yang tidak menentu. Sebelum ini saya tidak mengalami haid beberapa bulan. Selepas sebulan saya mengamalkan EKF tiada perubahan pada kitaran kitaran haid saya. Tetapi masuk bulan kedua, saya mula datang  haid pada 25 Jun dan bersih hari ke 8.

Kemudian haid datang  semula pada hari yang 12 berlanjutan hingga ke 15. Saya dah berjumpa doktor dia telah berikan ubat  Sunolut yang mengandungi Norethisterone untuk berhentikan pendarahan untuk dimakan selama 20 hari.

Saya makan hanya selama 14 hari. Selepas berhenti ubat tersebut darah datang balik.

Soalan saya adakah saya patut makan EKF semula walaupun darah masih ada? Atau teruskan makan ubat hormon tersebut? Adakah darah itu darah haid?”

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad :   Wa alaikum mus salam.

Seperti yang saya selalu tulis bahawa ubat pil henti darah atau Norelut/Sunolut yang mengandungi Norethisterone adalah bukan jalan terbaik untuk menghentikan darah.

 

Ia hanya seperti menyembur pewangi dalam bilik yang ada sampah. Selepas bau wangi hilang, bau busuk sampah akan muncul semula. Sampah harus dibuang, barulah bau busuk akan hilang untuk selama-lamanya dan kita tidak perlu menyembur pewangi setiap kali bilik itu berbau busuk.

 

Menggunakan ‘pil hormone henti darah’ akan menghentikan darah buat seketika dan kebanyakan wanita akan mengalami pendarahan semula setelah habis makan ubat tersebut.

 

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan hormone bagi menentukan keadaan sebenar. Selalunya ketidakseimbangan hormone berlaku apabila terdapat masalah dengan kelenjar yang mengeluarkan hormone estrogen dan progesterone, sama ada di ovary, di kelenjar pituitary atau di kelenjar atau di hypothalamus yang letaknya di bahagian otak.

 

Ini dapat dilakukan pemeriksaan darah.  Punca utama yang besar bagi masalah ini ialah bagi wanita muda, berlaku apabila ovary tidak berfungsi dengan baik atau wanita yang berusia 40an sedang  memasuki fasa menopause (disebut perimenopause).

 

Cara ada menulis mengenai hal ini di http://drzubaidi.com/blog/?p=2951

 

Namun begitu bagi wanita yang keberatan melakukan pemeriksaan hormone, mereka boleh mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, yang disyorkan bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu akibat ketidakseimbangan hormone.

 

Perlu diingat bahawa EKF bukanlah ubat tetapi suplemen. Jadi kesannya mengambil masa yang lebih lama, tetapi berkekalan dan lebih selamat.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormone yang tidak serius selalunya, EKF sangat berkesan setelah diambil beberapa bulan. Namun jika wanita mengalami masalah ketidakseimbangan hormone yang agak teruk, maka EKF selalunya tidak membantu.

 

Malah ubat hormone yang diberikan oleh doctor tidak membantu mereka. Hanya menghentikan pendarahan buat seketika saja tanpa merawat punca penyakit.

 

Wanita yang mempunyai berat badan 80kg ke atas, memang saya mencadangkan mengamalkan EKF sebanyak 2 biji sehari, dimakan bersama segelas air suam. Pastikan minum air secukupnya bagi EKF bertindak dengan lebih berkesan.

 

Jangan berputus asa.  Bagi wanita yang sudah lama tidak dating haid atau wanita yang sudah lama mengalami kitaran haid yang tidak menentu, kesan EKF mungkin mengambil masa yang lebih panjang. Selalunya masuk bulan yang kedua, barulah ia menunjukkan kesan positif.

 

 

Jika sedang mengamalkan EKF berlaku pendarahan haid, maka ia adalah kesan positif. Ketika haid kami menasihatkan agar menghentikan dulu pengamalan EKF agar semua ‘darah kotor’ yang tersimpan dalam rahem akan keluar.

 

Kebanyakan pemeriksaan ultrasound akan menunjukkan lapisan endometrium pada rahem menebal tetapi darah haid tidak keluar. Lapisan inilah yang akan keluar sebagai darah haid.

 

Oleh kerana lapisan ini terlalu tebal, maka pendarahan yang keluar sebagai haid berpanjangan dari biasa. Ada yang keluar melebihi 15 hari. Dalamhal ini, darah yang leuar selepas 15 hari tidak lagi disifatkan sebagai darah haid tetapi darah istihadah, walaupun sifat darahnya sama. Maka wanita harus melakukan kewajiban yang difardukan ke atasnya seperti solat dan berpuasa.

 

Bagi wanita yang mengalami darah haid yang berpanjang melebihi 15 hari, kami mencadangkan agar mengamalkan  semula selepas hari ke 15 kerana darah yang keluar selepas hari ke 15, bukan lagi darah haid tetapi darah istihadah.

 

Mulakan pengamalan EKF semula sehingga kedatangan darah haid pada kitaran yang seterusnya.

 

Secara perlahan-lahan, insha ALLAH jika masalah ketidakseimbangan hormone puan tidak serius, EKF dapat membaiki kitaran haid puan. Tatpi jika masalah kitaran haid puan agak terus atau telah memasuki fasa menopause, maka EKF membantu puan menghadapi simptom-simptom seperti rasa panas badan, kekeringan faraj dan mood yang tidak menentu.

 

Jangan lupa berdoa kerana EKF tidak berkesan tanpa izin ALLAH. ALLAH yang memberikan penyakit dan DIA juga yang menyembuhkan penyakit.

 

Selain itu, nasihat saya agar pastikan minum air sebanyak 2L sehari. Banyak makan makanan berserat tinggi dan kurangkan makanan berkabohidrate tinggi seperti kek, air berkabonat.  Cuma amalkan senaman ringan agar berpeluh dan pastikan berat badan berkurangan kepada berat yang ideal.

 

Boleh baca infomasi lain:

http://drzubaidi.com/blog/?p=4133

 

Klik link di bawah untuk mendapatkan EKF:

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!