Advertorial
Home » EKF » pendarahan faraj luar biasa akibat polyps semasa hamil

pendarahan faraj luar biasa akibat polyps semasa hamil

PENDARAHAN FARAJ LUAR BIASA AKIBAT POLYPS SEMASA HAMIL

 

 

 

“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya berumur 45 dan disahkan hamil 6 minggu. Masalah saya sekarang, terasa seperti ada folip bertangkai di dalam rongga faraj saya. Adakah ia bahaya dr? Apa perlu saya buat? Terima kasih. “

 

WALAIKUMUSALAM.

 

Cervical polyps adalah ketubuhan yang kecil, panjang dan ‘bertangkai’ pada pangkal rahem (cervix).  Ia sangat rapuh, jadi ia mungkin mudah berdarah apabila disentuh. Sebab itu bagi wanita yang mempunyai polyp pada pangkal rahem akan mengadu mengalami pendarahan dalam faraj setelah melakukan hubungan intim bersama suami.

 

Polyps berbentuk seolah-olah bertangkai, selalunya melekat pada permukaan dalam di pangkal rahem, hujungnya (seolah-olah kepala) keluar dari  rongga rahem ke dalam rongga faraj.

 

Bilangan polyp boleh berganda. Tidak semestinya hanya satu, mungkin dua, tiga atau empat.

 

Selalunya wanita yang berusia 40-50an lebih mudah mengalami masalah ini, terutama mereka yang mempunyai anak lebih dari dua orang.

 

Pertumbuhan polyps dipengaruhi oleh hormone estrogen. Oleh itu ia tidak berlaku sebelum seorang wanita akhil baligh. Polyp biasa berlaku semasa kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan hormone estrogen pada masa itu.

 

Namun jangan risau kerana cervical polyps selalunya bersifat benign (ketumbuhan yang tidak bahaya). Jangkitan kuman human papilloma virus (HPV), juga boleh menyebabkan berlakunya polyps.

 

Ramai wanita yang tidak menyedari mereka ada polyps kerana polyps selalunya tidak memberikan sebarang masalah.

 

Saya mencadangkan agar wanita yang mengalami masalah berikut untuk melakukan doctor bagi membezakan pendarahan (dari faraj) adalah pendarahan yang tidak berbahaya dan bukan disebabkan oleh kanser pangkal rahem atau kanser rahem.

 

Antara masalah pendarahan yang mungkin berbahaya ialah:

 

  1. pendarahan setelah melakukan hubungan intim dengan suami
  2. pendarahan antara dua kitaran haid
  3. pendarahan melepas melakukan ‘douching
  4. pendarahan selepas menopause

 

Bagi pendarahan yang disyaki disebabkan kanser (sama ada kanser pangkal rahem atau kanser rahem), doctor akan melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

 

Punca bagaimana polyps boleh berlaku, tidak dapat dipastikan oleh doctor-doktor pakar. Namun ada beberapa teori tentang punca masalah ini.

 

  1. Peningkatan hormone estrogen.

 

Peningkatan dan penurunan dalam julat yang normal bagi hormone estrogen berlaku sepanjang kehidupan seorang wanita. Perubahan ini berlaku setiap bulan. Namun ketika hamil, seorang wanita mengalami peningkatan hormone estrogen yang lebih lama (sepanjang sembilan bulan) dan pada tahap yang agak tinggi. Jadi polyps lebih kerap berlaku ketika seorang wanita sedang hamil.

 

Produk-produk plastic dan penjangaan diri juga mempunyai bahan kimia sintetik yang menyerupai hormone estrogen. Bahan-bahan ini disebut sebagai xenoestrogens juga banyak terdapat dalam daging dan produk tenusu yang banyak dijual di pasaraya.

 

Ia juga boleh didapati dari bahan plastic yang dipanaskan. Malah setengah shampoo dan pewangi bilik mempunyai bahan kimia phthalates, yang menyerupai struktur estrogen.

 

  1. Keradangan yang kronik pada pangkal rahem (cervix), faraj dan rahem.

Keradangan pada pangkal rahem akan kelihatan merah, dan mungkin sedikit luka. Punca-punca keradangan ini disebabkan:

 

  1. Jangkitan kuman
  2. Jangkitan HPV yang menyebabkan penyakit warts herpes
  3. Jangkitan fungal
  4. Kehamilan
  5. Keguguran
  6. Perubahan hormone
  7. Pembentukan darah beku pada saluran darah di sekitar kawasan pangkal rahem clogged blood vessels

 

Rawatan bagi cervical polyps agak mudah. Polyps akan ditanggalkan menggunakan beberapa kaedah seperti menggunakan forcep dan menariknya sehingga tanggal, atau menggunakan teknik haba bagi mematikan ‘tangkai’ polyps ini (electrocautery ablation).

 

Jika poyps agak besar atau bilangannya banyak, doctor mungkin akan menggunakan Teknik yang lain.

 

Pembuangan polyp adalah mudah dan selamat. Walau bagaimana pun polyps boleh tumbh semula dan berulang. Selalunya polyps akan dihantar ke makmal bagi memastikan ia bukan ketumbuhan yang berbahaya.

 

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, bagi masalah kitaran haid yang tidak menentu, Ekstrak kacip fatimah dikatakan dapat melancarkan semula kitaran haid.  Ia digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

 

Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: