Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran

Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran

Miscarriage

 

As salam dr…. sy ada sedikit masalah. bln ini sy lewat haid seminggu dan telah berjumpa doktor skit puan. doktor telah buat utp dan ultrascan. hasilnya utp ade 2 line tp ultrasound msih xnmpk mgkin krn msih awal. esoknye, darah sprt haid keluar pula.. selepas habis haid, sye buat utp dan masih wujud 2 line itu. skrg sye selalu alami sakit ngilu pada rahim bila sye bergerak bnyk n bile angkat brg. boleh doktor bntu sye dlm hal ini? minta tlog sgt ye. terina kasih

 

Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kefahaman saya, puan telah disahkan hamil apabila ujian UPT puan positif, walaupun ujian pemeriksaan ultrasound masih tidak menunjukkan apa-apa kerana mungkin masih awal.

 

Kemudian puan mengalami pendarahan. Ia berlaku  berkemungkinan disebabkan fenomena “implantation bleeding”, bermakna selepas ovum dan sperma disenyawakan, janin terbentuk dan ia bergerak ke rahem untuk di’tanam’. Ketika janin di’tanam’, iaitu memasuki lapisan endometrium, berlakulah pendarahan yang sedikit. Ia boleh berlangsung selama satu atau dua hari, tetapi ada yang mengalami selama 3 atau 4 hari.

 

Pendahan seperti ini adakalanya menyebabkan wanita menyangka beliau mengalami haids, pada hal beliau sedang hamil. Wanita yang hamil semestinya tidak mungkin mengalami haids.

 

Bagi membezakan sama ia darah haid atau darah akibat  ‘implant bleeding’, selalunya seorang wanita itu mengalamu lewat kedatangan haids, kemudian ujian UPT menjadi positif, tetapi tidak lama kemudian keluar darah sedikit dan beberapa hari, tidak seperti darah haid yang banyak dan mengikut masa yang sepatutnya (antara lima hingga tujuh hari).

 

Walau bagaimana pun jika pendarahan di awal kehamilan diikuti dengan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, saya bimbang puan sedang mengalami proses keguguran.

 

Ini bermakna, jika puan tidak bernasib baik, proses keguguran mungkin berlaku. Sebab itu ia dinamakan “threatened abortion”. Keguguran sempurna belum berlaku, tetapi ada tanda-tanda awal akan berlaku keguguran.

 

Selalunya doctor akan memberikan ubat hormone yang dikatakan untuk ‘menguatkan rahem’.

 

Namun saya lebih berpendapat bahawa keguguran di awal kehamilan selalunya berlaku kerana pembentukan janin yang lemah akibat persenyawaan antara ovum dan sperma yang tidak berkualiti.

 

Janin ini jika ditakdirkan hidup, berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan yang besar, sama ada akan meninggal dunia dalam waktu yang singkat atau mungkin akan menderita akibat kecacatannya.

 

Oleh itu jangan terlalu bersedih jika mengalami keguguran, kerana ia ketetapan ALLAH dan sebahagian fitrah alam (survival of the fittest).

 

Satu hal yang menjadi kerunsingan apabila doctor tidak dapat imej janin dalam rahem ketika melakukan pemeriksaan ultrasound. Mungkin ia terlalu awal. Namun begitu, saya menasihatkan apabila melakukan pemeriksaan ultrasound semula agar bertanyakan kepada doctor jika kehamilan puan berada di luar rahem.

 

Kehamilan luar rahem (ectopic pregnancy) juga boleh menyebabkan sakit di bahagian abdomen dan pendarahan di awal kehamilan.

 

Nasihat saya untuk masa ini agar puan banyak bersabar dan berdoa sehingga pemeriksaan semula dijalankan. Hanya ALLAH saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

 

Wallahu a’lam.

2 comments

  1. salam..
    bagaimana cara untuk saya mengemukakan soalan kepada dr.zubaidi?

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: