Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pendarahan darah merah semasa pantang

Pendarahan darah merah semasa pantang

PENDARAHAN DARAH MERAH SEMASA PANTANG

 

female doctor asia

“Salam doctor, saya berumur 24tahun, bersalin normal kelahiran pertama dan sekarang saya berpantang pada hari ke 39. Jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32.

Pada tempoh awal berpantang saya sembelit dan hanya dapat buang air besar selepas hari ke 20. Darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat.

Pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan, dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana ke mari.

 

Keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil tompokan darah. Selepas 2 jam tuala wanita dah penuh dan terasa sedikit sengal-sengal dibahagian pinggang.

 

Ketika ini sya mula terfikir tentang BENTAN yang sering dikatakan.Adakah rahim saya jatuh dan berlakunya pendarahan? Harap doktor dapat bantu memberikan pendapat. Terima kasih..”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya berpendapat bahawa darah nifas puan semakin banyak akibat puan melakukan pergerakan yang banyak. Apabila berlaku banyak pergerakan luka pembedahan terutamanya di dalm rahem, boleh berdarah semula.

 

Sebab itu saya tidak menggalakkan seorang wanita yang baru bersalin untuk berbaring saja di atas katil atau melakukan pergerakan yang banyak. Kedua-dua hal ini tidak bagus untuk wanita yang baru melahirkan anak.

 

Beliau harus melakukan sedikit pergerakan dengan berjalan-jalan di sekitar bilik, setakat yang mampu. Mungkin melakukan kerja rumah sedikit tanpa mengangkat benda yang berat, terutama bayi sendiri. Pergerakan yang minima ini sangat bagus untuk mengeluarkan darah nifas yang masih berbaki.

 

Walau bagaimana pun, pendarahan yang berbahaya selalunya berlaku dalam masa 24-48 selepas melahirkan bayi kerana rahm tidak mengecut dengan baik selepas bayi dikeluarkan.

 

Tandanya ialah darah merah beku keluar yang yang berketul-ketul yang sangat banyak. Keadaan ini mungkin mengancamnya.

Pendarahan seperti yang diceritakan oleh puan selepas sebulan melahirkan anak, bukanlah suatu yang merunsingkan. Ia mungkin berasal dari luka faraj atau rahem semasa kepala bayi keluar.  Apabila bayi keluar, ia akan merenggangkan otot pangkal rahem dan faraj. Ini boleh menyebabkan luka yang minima.

 

Di hospital pula doctor selalu melakukan episiotomy, iaitu menggunting faraj abagi memudahkan bayi keluar. Luka ini kemudian dijahit. Jahitan yang tidak sempurna akan menyebabkan pendarahan semula apabila puan banyak melakukan pergerakan yang banyak.

 

Selalunya darah merah (fresh blood) ini akan berhenti beberapa hari selepas puan menghentikan aktiviti pergerakan yang terlalu banyak.

 

Ini kerana darah itu akan berkurangan kerana ia adalah darah baki berada dalam rahem. Semakin hari darah akan menjadi semakin kurang.

 

Jika ia berterusan beberapa hari, puan boleh ke klinik berhampiran untuk melakukan pemeriksaan.

 

Saya mencadangkan puan mengambil beberapa suplemen untuk mempercepatkan kesembuhan rahem dan faraj akibat kecedereaan ini.

 

Antaranya Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

 

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: