Pembungan rahem dan pendarahan

PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN

 subtotal hysterectomy

Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya.

1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c.

 

2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang

 

3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi  kehamilan  ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya masih ada kedua-dua belah.

 

4) doktor memberitahu saya yang saya tidak akan datang bulan tetapi simptom-simpton seperti sakit pinggang lenguh2 badan dan sebagai akan saya rase seperti mahu period. memang saya ada mengalaminya pada setiap bulan.

 

5) masalahnya sekarang saya mahu penjelasan dari doktor setiap kali saya rasa simpton seperti itu saya dapati ada keluar sedikit warna coklat kemerahan lebih kurang 3 atau 4 hari.selepas itu saya tak ada lagi rase sakit2 seolah2 saya telah period.berlaku setiap bulan pada tarikh yang sama.sudah hampir lima tahun saya menghadapi masalah ini,

6) ada kah kemungkinan saya akan menghidap kanser rahim.saya ada berjumpa dengan doktor , doktor hanya bagi ubat  untuk tahan sakit sahaja.saya mahukan penjelasan lanjut untuk memudahkan saya solat dan sebagainya.

 

7) perlukan saya mengambil apa2 ubat untuk hormon.

 

 

sekian terima kasih diharap doktor dapat memberi penjelasan lanjut dalam masalah saya. Terima kasih.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ada beberapa kekeliruan yang berlaku.

  1. 1.    “pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c.”

 

Untuk pengetahuan puan, doctor tidak melakukan prosedur D&C apabila puan mengalami masalah bayi meninggal dunia dalam rahem pada usia kehamilan.

 

Mungkin puan maksudkan usia kehamilan  8 minggu. Memang benar doctor selalunya melakukan prosedur ini walaupun ia tidak semestinya dilakukan, terutamanya apabila bayi yang keguguran itu telah keluar dengan sendirinya secara sempurna.

 

  1. 2.    “tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi  kehamilan  ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya masih ada kedua-dua belah.”

 

Pembedahan membuang rahem, yang dilakukan pada wanita muda selalunya hanya melibat pembuangan rahem saja. Maknanya ovary masih dikekalkan bagi tujuan pengeluaran hormone reproduktif wanita. Tanpa hormone ini, puan akan mengalami rasa seperti telah mengalami menopause.

 

Oleh itu untuk wanita yang masihmuda, doctor selalunya akan melakukan “subtotal hysterectomy” di mana hanya rahem saja yang dibuang, tetapi pangkal rahem dan ovary masih dibiarkan tanpa dibuang.

 

  1. 3.    “masalahnya sekarang saya mahu penjelasan dari doktor setiap kali saya rasa simpton seperti itu saya dapati ada keluar sedikit warna coklat kemerahan lebih kurang 3 atau 4 hari.selepas itu saya tak ada lagi rase sakit2 seolah2 saya telah period.berlaku setiap bulan pada tarikh yang sama.sudah hampir lima tahun saya menghadapi masalah ini”

Pendarahan yang berlaku bukanlah berasal dari rahem, kerana rahem puan telah dibuang. Mungkin ia berasal dari pangkal rahem. Oleh itu pemeriksaan paps smear harus dilakukan untuk mendapatkan diagnose yang betul.

 

  1. 4.    “ada kah kemungkinan saya akan menghidap kanser rahim.saya ada berjumpa dengan doktor , doktor hanya bagi ubat  untuk tahan sakit sahaja.saya mahukan penjelasan lanjut untuk memudahkan saya solat dan sebagainya.”

 

Oleh kerana puan tiada lagi rahem, maka ia bukanlah kanser rahem.

 

Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor, kerana banyak info yang puan beritahu tidak cukup untuk saya memberikan jawapan yang jelas.

 

Saya berharap penerangan saya dapat membantu puan apabila puan berbincang dengan doctor nanti.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!