Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Ulasan Berita » Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING

Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING

Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula.

Lima belas tahun  lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus.

Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana  ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari itu.

Bila teringat kisah itu, rasa beruntungnya kita yang masih mempunyai jari, tangan dan kaki. Kemudahan itu Allah berikan percuma, hanya meminta kita melakukan tanggungjawab kita sebagai hambaNya saja.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah menciptakan anak merangkumi 360 sendi, sesiapa yang bertakbir, bertahlil, beristighfar, menyisihkan gangguan di jalan, amar makruf dan nahi mungkar, akan bebas daripada seksaan api neraka.”.(HR Muslim).

Apaila jari tangan atau kaki kita terputus, sudah tentu ianya musibah besar kepada kita. Jika kemalangan itu masih awal, dan dihantar segera ke hospital dalam masa 2 jam, pembedahan microsurgery mungkin boleh dilakukan.

Ia adalah pembedahan yang memerlukan pakar bedah menggunakan mikroskop kerana ia melibatkan penyambungan (anastomosis) saluran saraf atau saluran darah yang berukuran diameter 1mm tidak dapat dilihat dengan jelas dengan pandangan mata kasar.

Tujuan pembedahan ini supaya satu anggota seseorang yang terputus dapat disambungkan semula.

Teknologi ini telah lama dimulakan, namun di Malaysia tidak ramai pakar bedah microsurgery terutamanya di hospital awam.

Pembedahan  microvascular surgery pertama dilakukan oleh, Dr Jules Jacobson, dari Universiti Vermont, menyambungkan saluran darah berukuran 1.4mm. Pembedahan yang menyambungkan semula jari yang terputus dilakukan pada 1963 oleh Dr Harold Kleinert dan Dr Mort Kasdan di University of Louisville.

(rujukan :http://en.wikipedia.org/wiki/Microsurgery)

Prosedur mencantumkan semula bahagian yang terputus dari tubuh dinamakan replantation. Selalunya melibatkan jari kaki atau jari tangan yang terputus. Ianya adalah pembedahan rumit kerana penyambungan saraf dan saluran darah bukanlah sesuatu yang mudah. Ada juga bahagian tubuh yang cuba dicantumkan itu menjadi hitam dan mengalami ‘kematian tisu’ dan terpaksa ditanggalkan.

Kali ini doktor di China telah berjaya menyelamatkan tangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun. Ming Li, mengalami kecederaan apabila dia dilanggar dan tangannya dilenyek teruk oleh sebuah traktor dalam perjalanannya ke sekolah.

Tangannya yang terputus telah disambungkan semula setelah 3 bulan ditampalkan ke bahagian kaki. Apabila tangannya semakin sembuh dari luka yang teruk, ianya di sambungkan semula ke tempat asalnya.

Pada mulanya tangan itu tidak dapat disambungkan semula akibat kecederaan terlalu teruk. Akhirnya doktor yang merawatnya mengambil keputusan untuk ‘melekatkan’ (grafting) tangannya ke betisnya. Ini memberi peluang agar bahunya sembuh dahulu dan tangan yang mengalami kecederaan teruk ’disimpan’ dengan teknik grafting itu.

Nasibnya baik kerana setelah tiga bulan, tangannya disambungkan semula dan yang penting tangannnya itu boleh berfungsi seperti sebelum kemalangan itu.

Dr Hou Jianxi, yang menjadi jurucakap hospital itu memberitahu tangan Ming Li kelihatan berwarna merah bermakna pembedahan microsurgery itu talah berjaya. Namun gadis itu akan menjalani dua lagi membedahan di masa akan datang untuk memperbaiki fungsi tangannya.

Semoga cerita ini menjdi iktibar untuk kita menghargai nikmat kesihatan yang sering kita take as a granted. Banyaklah bersyukur dengan melakukan banyak kebajikan menggunakan anggota kita.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (221010) 

www.facebook.com/drzubaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!