Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » pembedahan buang rahim menggangu hubungan suami isteri?

pembedahan buang rahim menggangu hubungan suami isteri?

PEMBEDAHAN BUANG RAHEM MENGGANGGU HUBUNGAN SUAMI ISTERI ?

 

 

Assalamualaikum  Doktor. Saya ada satu pertanyaan. Jika seorang wanita yang telah melakukan pembedahan buang rahim disebabkan oleh masalah fibroid, adakah ia boleh mendatangkan kesan jangka panjang, atau mnyebabkan penurunan hormone dan boleh menggangu hubungan suami isteri.  Terima kasih.

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Melakukan prosedur pembedahan pembuang rahem ada dua jenis:

 

  1. membuang rahem saja (total hysterectomy)

 

  1. membuang rahem bersama kedua-dua saluran fallopian dan kedua-dua ovari. (Total Abdominal Hysterectomy with Bilateral Salpingo-Oophorectomy atau TAHBSO )

 

 

Pembedahan membuang rahem adalah suatu keputusan besar kerana ia membuang sebahagian tubuh badan kita. Ia perlu difikirkan sebaik-baiknya. Saya mencadangkan sebelum melakukan pembedahan ini,  seeloknya mendapat beberapa pandangan dari beberapa orang doctor. Dapatkan dua pandangan dari dua orang doktor Muslim yang taat pada agama (kerana ia akan mementingkan syariat dari kepentingan lain) dan dipercayai akan kemahiran dan ilmunya. Kemudian buatlah pertimbangkan sebaiknya.

 

Pembedahan ini hanya dilakukan dalam keadaan dharurat yang boleh mengancam nyawa. Dalam keadaan ini hukumnya HARUS (dibenarkan).

 

Contohnya apabila ia melibatkan masalah penyakit kanser pada rahem atau pangkal rahem. Pembedahan difikirkan dapat menyelamatkan nyawa wanita tersebut.

 

Atau keadaan di mana berlaku pendarahan yang banyak sehingga menyebabkan wanita itu mengalami pitam akibat masalah berkaitan dengan rahem atau fibroid yang terlalu besar. Jika tidak dibuang, ia boleh mengancam nyawa.

 

Secara amnya pembedahan ini :

 

  1. tidak mengganggu secara langsung kepada keseimbangan hormon seorang wanita. Cuma ada kalanya kadang kala seorang wanita mengalami rasa rendah diri apabila menyedari dia sudah kehilangan rahem dan tidak boleh lagi hamil (terutama pada wanita yang berada dalam umur yang masih subur). Kecuali pembedahan TAHBSO yang mungkin mengganggu kesimbangan hormone.

 

  1. Ia tidak mengganggu hubungan suami isteri kerana masih lagi ada faraj. Wanita tersebut masih lagi menikmati hubungan seksual. Cuma jika ada masalah rendah diri, selalunya wanita itu tidak menikmati hunungan suami isteri.

Bagi pembedahan TAHBSO, pesakit mengalami masalah keseimbangan hormone yang mungkin menyebabkan rasa kekeringan pada faraj.

 

Bagi wanita yang menjalani pembedahan total hysterectomy atau TAHBSO, saya mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah sehari sebiji bersama vitamin E dan vitamin C.

 

Ia membantu wanita yang telah menjalani pembedahan ini berasa lebih bersemangat, yakin dan bertenaga.

 

Semoga bermanfaat.

 

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!