Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Peluang hamil selepas Tubectomy

Peluang hamil selepas Tubectomy

 

 

“Assalammualaikum doctor, 6 tahun yang lalu saya telah melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya bersama dengan bekas suami melalui pembedahan cesaerean, iaitu pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Selepas itu doktor telah mengikat tali rahim (saluran fallopian) saya supaya tidak hamil lagi. Apakah saya mempunyai harapan untuk hamil semula? Ini kerana umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk hamil dua orang cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya, biarpun saya tahu risikonya tinggi. Terima kasih.”

 

http://drzubaidi.com/blog/?p=597

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yang puan hadapi.

 

Satu perkara yang agak saya tidak bersetuju dengan doctor yang merawat puan ialah beliau mengikat saluran fallopian (tubectomy) pada wanita yang masih muda seperti puan, dengan alasan mempunyai anak terlalu ramai atau anak terlalu rapat.

Dalam kes puan, mungkin doctor beralasan bahawa puan telah melakukan tiga kali pembedahan Ceserean dan oleh itu puan tidak dibenarkan hamil lagi.

 

 

Saya juga tidak bersetuju dalam hal ini kerana ‘peraturan am memandulkan secara kekal wanita yang telah melahirkan anak secara pembedahan Cesarean tiga kali menggunakan kaedah tubectomy (mengikat saluran fallopian) adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan.’

 

Setiap wanita haruslah diteliti masalah masing-masing mengikut kes. Jika puan boleh melakukan pmeriksaan antenatal setiap bulan, mampu mengikut nasihat doctor dan tidak mempunyai masalah penyakit kronik, saya berpendapat puan mampu melahirkan anak lebih dari tiga orang melalui pembedahan cesarean.

 

Lagi pun, nasib masa depan kita tiada siapa yang tahu. Ada setengah wanita yang bercerai pada awal umur 30an dan berkahwin semula serta mengharapkan anak dengan suami baru.

 

Oleh kerana prosedur mengikat fallopian ini dilakukan, tentunya terlau sukar untuk hamil semula kerana kaedah ini adalah kaeadah ‘pemandulan’ yang kekal dan diharamkan oleh syarak kecuali atas sebab kesihatan yang tidak dapat dielakkan seperti wanita itu mengalami penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian jika dia hamil semula.

 

Hukumnya berdosa bagi wanita yang meminta diikat saluran fallopian, doctor yang melakukannya dan semua staff hospital yang membantunya. Bagi wanita yang telah dipujuk untuk melakukan prosedur ini, semoga ALLAH berikan keampunan atas kesilapan yang tidak disengajakan.

 

Saya tidak menafikan ada wanita yang hamil setelah melakukan prosedur tubectomy tetapi kebarangkaliannya terlalu rendah. Ini kerana mungkin berlakunya kesilapan yang tidak disengajakan akibat kelemahan doctor yang melakukan dan peralatan yang digunakan.

 

Namun begitu, jika puan mengharapkan kehamilan semula, puan haruslah melakukan sesuatu yang lebih drastic iaitu menyambung semula fallopian (reversed tubectomy).

 

Pembedahan ini amat sukar kerana ia sangat teliti dan hanya doctor yang terlatih saja yang mampu melakukan pembedahan sebegini.

 

Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan pakar sakit puan yang telah melakukan pembedahan mengikat saluran fallopian ini dan berbincang dengan baik dengan beliau. Jika dia tidak mampu melakukannya, minta dia merujukkan kepada doctor yang boleh melakukannya.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: