Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pelincir untuk kekeringan faraj

Pelincir untuk kekeringan faraj

PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ   lubricant 2

“Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.

 

Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Puan boleh menggunakan pelincir faraj, ketika melakukan hubungan intim dengan suami. Selain untuk  hubungan intim, pelincir faraj ini juga boleh digunakan untuk melembapkan faraj yang kering.

 

Terdapat beberapa jenis pelincir yang dijual di pasaran.

Antaranya:

1.    Pelincir berasaskan air tetapi mengandungi gliserin

Pelincir faraj yang banyak dijual di pasaran. Ia berasaskan air dengan yang dicampur dengan gliserin sintetik, yang menyebabkan rasanya sedikit manis. Pelincir ini mudah kering, tetapi kawasan yang telah disapu ini boleh dicampurkan dengan sedikit air atau air liur. Ini akan menjadikan kawasan itu menjadi licin semula. Kosnya murah, dan tidak membocorkan kondom serta tidak mengotorkan kain. Namun begitu, gliserin sintetik boleh menyebabkan jangkitan kulat dalam faraj jika digunakan selalu. Produk ini mengandungi parabens atau propilena glikol yang boleh menyebabkan kulit beruam. KY Jelly Contoh: Astroglide, K- Y Jelly,

 

2.    Pelincir yang berasaskan air tetapi tidak mengandungi gliserin

Pelincir jenis ini sesuai untuk wanita yang kerap dijangkiti kulat, kerana ia tidak mengandungi  gliserin sentetik. Kelebihannya pelincir ini lebih tahan lebih lama berbanding dengan pelincir gliserin. Ia dapat mengurangkan radang dan ruam kemaluan, selamat digunakan bersama kondom, dan tidak mengotorkan kain. Rasanya lebih pahit kerana tidak mengandungi gliserin.   ultraglide Contoh: Maximus, Ultra Glide, Liquid Silk

 

3.    Pelincir yang berasaskan silicon

Pelincir faraj yang berasaskan silicon sering digunakan oleh wanita yang mengalami kekeringan kerana ia boleh bertahan tiga kali lebih lama dari pelincir yang lain. Ia tidak berbahaya dan tidak menyebabkan alahan. Ia lebih mahal dan perlu dibersihkan dengan sabun dan air. Ia selamat digunakan bersama kondom. eros Contoh: Eros, Wet Platinum

 

4.    Pelincir yang berasakan minyak asli

Pelincir yang berasakan minyak semulajadi yang biasa kita gunkan untuk memasak. Ia boleh merosakkan kondom. Ia selamat untuk digunakan sebagai sapuan pada kemaluan (vulva) dan juga di dalam faraj.   Contoh: Minyak sayuran, minyak jagung, minyak zaitun

 

5.    Pelincir yang berasakan minyak sentetik

Ia boleh digunakan sebagai pelincir vagina, cuma boleh menyebabkan ruam pada kemaluan dan merosakkan kondom.   vaseline

Contoh:  Vaseline, .

 

Pelincir yang dicadangkan ini hanyalah sebagai bantuan sementara untuk mengurangkan rasa tidak selesa semasa melakukan hubungan seksual bersama suami, dan untuk mengekalkan kelembapan dalam faraj.   Ia bukanlah rawatan bagi masalah kekeringan faraj.

 

Punca masalah kekeringan ini harus dipastikan, barulah ia dapat dirawat dengan baik.   Bagi masalah kekeringan faraj akibat ketidakseimbangan hormone, selain dari ubat hormone estrogen yang biasa diberikan, saya mencadangkan menggunakan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah untuk mengembalikan keseimbangan hormone.     wallahu a’lam

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!