Pedih ulu hati, GERD atau gastritis?

GERD ATAU GASTRITIS?

 

Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pendapat dan nasihat Dr berkenaan dgn masalah perut saya meragam dan berangin.Bila waktu pagi apabila bangun tidur perut saya akan berasa pedih sangat bahagian atas antara pusat dan uluh hati. Setiap kali perut saya pedih saya akan minum air jarang tetapi jadi lagi pedih dan sejuk di perut. Setiap kali selepas saya makan saya akan berasa mulut saya pahit dan kelat. Sy cuma makan ubat Magnesium Trisilicate dan Ranitidine utk angin dan gastrik setiap hari hampir 1bulan. Boleh doc beri pendapat berkenaan dgn masalah saya. Terima kasih😊

 

WALAIKUMUSALAM.

 

Puan telah lama mengalami masalah di bahagian abdomen terutama di bahagian ulu hati. Berkemungkinan ia berkaitan dengan masalah perut puan berdasarkan aduan-aduan yang puan kemukakan.

 

Puan juga telah diberikan ubat Magnesium Trisilicate dan Ranitidine iaitu ubat untuk masalah gastrik. Magnesium Trisilicate adalah ubat antacid yang meneutralkan asid dalam perut sementara Ranitidine adalah ubat yang menghalang pengeluaran asid ke dalam perut. Ubat-ubat ini telah diberikan selama sebulan.

 

Saya berpendapat sudah sampai masanya puan menjalani pemeriksaan yang lebih mendalam seperti Oesophagus Duodenoscopy Procedure (OGDS) dan Ultrasound bagi mengetahui punca sebenar masalah yang puan alami.

 

Namun mungkin pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan keputusan yang normal. Ini bermakna masalah puan bukan disebabkan oleh luka (ulcer) atau hakisan (erosion) pada permukaan dalam perut puan. Ia mungkin disebabkan pergerakan esofagus (saluran yang menghantar makanan dari mulut ke perut) tidak berfungsi dengan betul.

 

Sepatutnya ia membawa makanan dari mulut ke perut, tetapi ia bergerak dalam arah ayng bertentangan iaiatu dari prut ke mulut. Keadaan ini dinamakan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

 

Ia akan menyebabkan rasa pedih ulu hati atau disebut sebagai heartburn atau acid reflux.

 

 

 

Masalah ini mungkin berpunca adalah kecacatan pada otot pada bahagian bawah saluran esofagus (dikenali sebagai lower esophageal sphincter) sehingga menyebabkan asid dalam perut (ketika proses penghadaman) naik semula ke dalam esofagus.

 

Ia mungkin berpunca dari kecacatan pada esofagus di mana pergerakan peristalsis yang sepatutnya dari mulut ke perut tetai bergerak kea rah bertentangan dari peut ke mulut sehingga menyebabkan makanan dalam perut yang berasid naik ke atas esofagus.

 

Selain itu juga disebabkan masalah dalam perut apa penghadaman berlaku dengan lebih lama dan peluang untuk berlakunya refluks (asid naik ke esofagus) lebih tinggi. Selalunya makanan yang banyak lemak menyebabkan proses penghadaman lebih lama.

 

Ramai yang tidak tahu bahawa GERD juga berkait rapat dengan pesakit diabetes. Dianggarkan sebanyak 40% pesakit diabetes mengalami masalah ini, mungkin disebabkan komplikasi saraf yang dikenali sebagai neuropathy.

 

Pesakit GERD kadang kala keliru dengan penyakit yang berkaitan perut (yang selalu kita sebut sebagai ‘gastritis’). Ini kerana tanda-tanda bagi GERD hampir menyerupai tanda-tanda yang dialami oleh pesakit gastritis.

Antara tanda-tanda atau keluhan yang dialami oleh pesakit GERD ialah:

 

  1. Rasa pedih pada bahagian ulu hati (bahagian antara dada dan abdomen) terutama selepas makan berat atau ketida tunduk dan sujud atau mengangkat barang berat atau ketika berbaring.

 

  1. Rasa pahit atau masam dalam mulut kerana makanan yang bercampur dengan asid (masam) dan lendiran hempedu 9pahit) naik ke atas sehingga ke mulut.

 

  1. Perut (atau abdomen) berasa penuh, kembung, loya dan mahu muntah selepas makan.

 

  1. Rasa sakit dada, atau rasa ‘ada benda’ dalam dada atau tekak dan selalu mahu berdahak (tanpa kahak) atau batuk-batuk.

 

  1. Batuk (tanpa kahak), rasa sukar bernafas, tekak sakit berlaku apabila asid perut naik sehingga ke peti suara dan menyebabkan keradangan pada bahagian itu.

 

  1. Pada kanak-kanak, ia mungkin menyebabkan muntah selepas minum susu kerana esofagus tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya menyebabkan kekurangan nutrient dan menyebabkan anemia, berat badan berkurangan, pertumbuhan fizikal terbantut, batuk yang berulang-ulang, mengalami masalah jangkitan paru-paru (pneumonia) yang berulang. Ada yang susah bernafas ketika tidur atau berhenti bernafas ketika tidur.

 

Kesimpulannya jika ubat yang diberikan tidak menyelesaikan masalah puan, sudah tiba masanya puan menjalan pemeriksaan yang lebih lanjut bagi mengetahui punca sebenar penyakit puan.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

One comment

  1. Salam doctor, aoa antara treatment/medicine yang boleh redakan gerd

Leave a Reply

error: Content is protected !!