Advertorial
Home » Doktor Menjawab » PCOS dan Kacip Fatimah

PCOS dan Kacip Fatimah

PCOS DAN KACIP FATIMAH

 PCOS 2

“Assalamualaikum dr. Saya berumur 24 tahun dgn ketinggian 163cm dan berat 53kg. sy mula membaca info-info dari blog dr. selepas kakak sy yg mengalami PCOS berjaya melahirkan baby boy yg sihat dan sempurna setelah mengamalkan kacip fatimah phyto plus (hamil secara normal selepas 2 kali gagal dgn cara IUI, selepas 2 kali keguguran dari kehamilan secara normal, selama 7tahun usia perkahwinan). Beliau ada masalah berat badan berlebihan.

 

sejarah keluarga : ibu dan kakak sy yg lain tidak menghidap PCOS. ibu dan ayah sy adalah pesakit diabetis.

 

sy mula haid pada umur 13tahun dan mengalami haid tidak teratur dgn durasi 5-7 hari haid untuk setiap kitaran. tetapi haid dtg setiap bulan walaupun kitaran yg tidak menentu. plg lama sy tidak haid adalah dlm masa 2 bulan sahaja. kitaran yg biasa sy alami adalah,

 

1. 29hari

2. 35hari

3. 40hari

 

kitaran ini akan tetap utk maximum 5 kitaran sahaja dan kemudian berubah.

 

selain itu juga sy ada bulu roma yg lebat di betis. sy pernah menggunakan teknik waxing utk membuang bulu roma tersebut tetapi tidak membantu kerana berlaku ingrown hair yg byk. sy bercadang utk berkahwin pd hujung tahun ini dan sy sgt risau dgn penampilan diri dan tahap kesuburan sy. soalan sy,

 

1. pd pandangan dr. adakah sy juga menghidap PCOS?

2. bagaimana cara utk sy merawat bulu roma berlebihan pada

    badan sy?

3. perlukah sy mula mengamalkan kacip fatimah phyto plus?

 

sy bercadang utk mendapatkan pemeriksaan tetapi tidak tahu dr mana hendak mula. Terima kasih dr. kerana cuba menjawab kemusykilan sy.”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Saya ucapkan tahniah pada kakak puan kerana telah hamil. Saya percaya dengan usaha yang betul, insha ALLAhH usaha kita akan berjaya.

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.

 

Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant).

 

Oleh itu jika ada saudara premepuan (kakak atau adik perempuan) yang mengalami PCOS, kebarangkalain untuk wanita itu mengalami PCOS juga tinggi.

 

Namun ia tidak semestinya berlaku. Diagnosa PCOS hanya diberikan kepada wanita yang telah menjalani pemeriksaan lengkap.

 

Pesakit yang mengalami PCOS sekurang-kurangnya mempunyai dua ciri dari tiga ciri yang berikut:

 

1.hyperandrogenism (lebihan hormone lelaki)

 

2.oligo and/or anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan tiada ovulasi)

 

3.pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovary mempunyai banyak folikel cyst (lebih dari sepuluh) tetapi saiznya kecil kurang dari 10mm.

PCOS 1

Pesakit POS ini bukan saja mengalami masalah kesuburan tetapi juga mungkin mengalami masalah ‘Insulin Resistance’ yamg akhirnya menyebabkan masalah diabetes mellitus.

 

 

Satu kajian yang dilakukan menunjukkan penggunaan suplemen yang mengandungi phytoestrogens untuk wanita yang mengalami PCOS ini membantu mereka membaiki masalah metabolic disease yang mereka alami.

 

(Lihat: Is there a role for isoflavones in the therapeutic approach to polycystic ovary syndrome? Results from a pilot study Romualdi D, Costantini B, Campagna G, Lanzone A, Guido M. Fertil Steril. 2008 ;90(5): 1826–33)

 

 

Saya percaya Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) adalah suplemen yang sesuai diberikan kepada wanita yang mengalami PCOS.

 

EKF mengandungi phytoestrogens iaiatu komposisi biokimia semulajadi dalam tumbuhan yang mengandungi kesan seperti hormone estrogen dan progesterone yang lemah.

 

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan suplemen yang kaya dengan phytoestrogen mempunyai kesan positif dalam metabolism glucose dan lipid (lemak) seterusnya memberikan kesan yang baik bagi mengurangkan masalah kesihatan dalam system kardiovaskular, yang disebabkan oleh kegemukan, diabetes dan hyperlipidemia.

 

(Lihat: Bhathena SJ, Velasquez MT. Beneficial role of dietary phytoestrogens in obesity and diabetes. Am J Clin Nutr. 2002;76(6):1191–201).

 

 

Dalam satu jornal, Journal of Research Medical Science, terbitan 2011, wanita yang mengalami PCOS dirawat antara 3-6 bulan dengan phytoestrogen dapat meningkatkan follicle stimulating hormone (FSH), mengurangkan luteinizing hormone (LH), testosterone (hormone lelaki) dan hormone dehydroepiandrostrone sulfate (DHEAS). Ia juga mengurangkan tahap kolestrole jahat Triglyceride (TG),dan LDL.

 

 

 

Secara kesimpulan kajian itu menyebut suplemen yang kaya dengan phytoestrogen memberikan kebaikan kepada pesakit PCOS dan meningkatkan kesuburan dan mengurangkan kemplikasi diabetes dan sakit jantung.

 

 

 

(Lihat: Effect of phytoestrogen on metabolic and hormonal disturbance of women with polycystic ovary syndrome, Behnaz Khani,J Res Med Sci. 2011 March; 16(3): 297–302.)

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: