Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

mother and baby

 

“Salam. Doktor, saya baru melahirkan anak dua hari lepas secara pembedahn Ceserean. Saya mendapati bahawa payudara saya tidak mengeluarkan susu yang banyak. Hanya sedikit saja itu pun agak pekat. Kemudian tidak keluar langsung. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Puan boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang puan berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.

 

Kolostrum juga kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi.

 

Susu ibu yang sebenarnya akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan, apabila tahap prolaktin telah stabil.

 

Jika puan telah melahirkan anak sebelum ini, susu ibu yang sebenar akan keluar dengan lebih cepat.

 

Tubuh akan merangsangkan agar payudara akan mengeluarkan susu ibu walaupun bayi yang dilahirkan berpisah, sebagai contoh dimasukkan ke dalam NICU.

 

 

Walau bagaimana pun susu ibu agak lambat (melebihi 4 hari) untuk dikeluarkan jika :

 

  1. Puan menjalani pembedahan caesarean terutama jika ia dilakukan dalam keadaan terdesak (emergency caesarean)
  2. Uri masih tertinggal dalam rahem

 

Saya menasihatkan agar puan tetap menyusukan anak puan untuk memastikan payudara puan sentiasa mengeluarkan susu ibu.

 

Untuk menggalakkan pengeluaran hormone ini, wanita yang menyusukan anak harus  menjaga pemakanannya.

 

Mereka harus mengambil banyak KALORI dari karbohidrate kompleks dalam pemakanannya dan minum AIR secukupnya, saya mencadangkan 2L sehari.

 

Suplemen juga membantu tetapi ia bergantung kepada individu.

 

Saya mencadangkan beberapa suplemen yang mungkin membantu antaranya: multivitamin, soya, vitamin C, elemen zat besi, habatus sauda dan pelbagai lagi.

 

Pilih yang sesuai.

 

WA ALLAHU A’LAM

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: