Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

anatomi breast

 

“Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya.

 

Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH.

 

Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya.

 

Payudara yang kecil tidak bermakna puan tidak boleh menyusukan anak puan dengan baik.

Apa yang penting ialah bagaimana kelenjar susu puan berindakbalas dengan hormone Prolaktin dan bagaimana puan menjaga pemakanan puan.

 

Untuk memahami bagaimana payudara dapat menghasilkan susu dengan baik, elok saya terangkan dengan ringkas anatomi payudara.

 

Payudara adalah struktur asas bagi pengeluaran susu ibu. Terdapat kelenjar susu yang bertanggungjawab bagi menghasilkan susu ibu.

 

Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu ibu:

 

1. Alveoli, iaitu kelenjar susu yang merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang memerah kelenjar susu ini agar susu masuk ke dalam saluran susu duktul.

 

2. Duktul adalah saluran kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

 

3. Duktus susu adalah jaringan salur-salur kecil yang bersilirat membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi.

 

Bayangkan duktus susu sebagai saluran penyedut minuman kecil yang kesemua hujungnya terletak di puting dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi.

 

Saluran duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa seorang wanita itu hamil.

 

Menghampiri tarikh kelahiran, mungkin terdapat beberapa titik susu keluar daripada payudara. Ini kerana payudara telah pun bersedia untuk menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

 

Selepas bayi dilahirkan dan uri juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan akan menurun. Ini akan merangsangkan pengeluaran hormon prolaktin daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.

 

Hormon prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi.

 

Hormone Prolaktin sangat penting bukan saja dalam penghasilan susu, tetapi akan membuatkan seorang wanita merasa lebih bersifat keibuan.

 

Untuk menggalakkan pengeluaran hormone ini, wanita yang menyusukan anak harus  menjaga pemakanannya.

 

Mereka harus mengambil banyak KALORI dari karbohidrate kompleks dalam pemakanannya dan minum AIR secukupnya, saya mencadangkan 2L sehari.

 

Suplemen juga membantu tetapi ia bergantung kepada individu.

 

Saya mencadangkan beberapa suplemen yang mungkin membantu antaranya: multivitamin, soya, vitamin C, elemen zat besi, habatus sauda dan pelbagai lagi.

 

Pilih yang sesuai.

 

 

WA ALLAHU A’LAM

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: