Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Patah tulang buku lali

Patah tulang buku lali

PATAH TULANG BUKU LALI

Gambar hiasan

Gambar hiasan

“Salam doctor, saya mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami keretakan tulang kaki kiri (buku lali) akibat terjatuh ketika bermain bola. Beliau diberikan cuti selama 3 minggu oleh doctor. Adakah perlu dia banyak minum susu dan ambil pil kalsium yg berterusan untuk mengurangkan sakit?  Dan benar kah selepas simen dibuka, dia tidak boleh aktif sukan semula. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua kecederaan patah tulang sama ada akibat kemalangan atau pembedahan akan melalui proses penyembuhan yang sama.   Proses penyembuhan tulang mempunyai tiga peringkat yang berlaku serentak. Bengkakan (inflamasi), pengeluaran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang.   Proses bengkakan bermula selepas tulang itu patah dan akan berlangsung selama beberapa hari. Pendarahan di kawasan  yang patah itu akan menyebabkan pembekuan darah. Ini bertujuan untuk memberi kestabilan struktur awal dan rangka untuk menghasilkan tulang baru.   Proses pengeluaran tulang  yang rosak bermula apabila darah beku tadi dengan tisu berserat dan rawan dan sel-sel tulang yang rosak dikeluarkan. Kemudian digantikan dengan sel-sel tulang keras yang baru yang mengandungi banyak kalsium.   Proses pembentukan semula tulang adalah  fasa terakhir dalam penyembuhan tulang, dan mengambil sekurang-kurangnya dua bulan atau lebih.  Dalam proses ini, tulang terus membentuk dan menjadi padat, kembali kepada bentuk asalnya. Saluran darah juga akan dibentuk dalam kawasan ini.   Oleh kerana proses penyembuhan tulang adalah satu proses yang kompleks, kadar penyembuhan adalah berbeza antara individu, bergantung kepada banyak faktor, termasuk jenis patah dan umur pesakit, penyakit kronik yang dialami oleh pesakit, dan status pemakanan.   Proses penyembuhan tulang ini biasanya mengambil masa 6 hingga 8 minggu. Secara umumnya, tulang kanak-kanak lebih cepat sembuh berbanding dengan orang dewasa. Sebelum mencapai waktu 6 minggu, pesakit tidak boleh bergerak. Ini penting bagi membantu proses penyembuhan.   Bagi patah tulang kaki dan buku lali , biasanya pakar bedah akan menentukan bila pesakit boleh bersedia untuk berjalan.  Selalunya pemeriksaan ulangan xray dilakukan selepas dua bulan bagi menentukan pesakit boleh berjala dengan selamat. Semakin cepat ia berjalan, semakin cepatlah proses penyembuhan.   Saya mencadangkan anak puan mengambil beberapa suplemen terutamanya vitamin C dan kalsium. Susu juga mengandungi kalsium. Jadi puan boleh memilih sama ada ingin memberikan susu atau pil kalsium.   Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: