Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Parut Buruk di Dada

Parut Buruk di Dada

Keloid 4

“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama.

Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang.  Namun,  ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa.

Keloid boleh terhasil daripada luka terbakar, luka hirisan, luka yang terkena kuman, chicken pox (cacar), tempat vaksinasi (di bahu – biasanya bekas BCG), jerawat, malah luka-luka kecil.

Ia terhasil daripada penghasilan tisu parut seperti kolagen yang berterusan dan berterusan tanpa henti.

Saya mencadangkan agar saudara berjumpa dengan doktor agar mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!