Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Suami Isteri » Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri

Pancutan Awal Boleh Merosakkan Hubungan Suami Isteri

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membincangkan soal seksual dan jima’ suami isteri. Walaupun ia termasuk dalam bidang perubatan (Sexual Health), tetapi saya amat bimbang jika penulisan saya ini akan memberikan kesan negatif kepada remaja.

Bagi remaja yang sedang dalam proses menjadi dewasa, apa saja rangsangan seksual akan menyebabkan remaja teringin mencubanya. Saya amat bimbang, terutama remaja lelaki.

Namun setelah saya ditanya oleh beberapa soalan yang luar biasa dari beberapa orang sahabat FB, yang mendakwa hubungan suami-isteri menjadi tegang, maka saya hanya berserah kepada Allah agar penulisan saya tidak disalahtafsirkan atau memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

“Doktor, setiap malam saya amat fobia untuk masuk ke bilik tidur. Saya bimbang akan menghampakan permintaan isteri. Ini kerana saya mengalami premature ejaculation”

Doktor, isteri saya mulai melayan lelaki lain. Ramai lelaki yang menggodanya melalui sms dan mms. Bila ditanya mengapa, dia menjawab kerana saya tidak mampu melayan kehendak seksualnya. Saya tertekan dan rasa seperti lelaki bacul. Tolonglah beri nasihat pada saya

“Doktor, saya dengar ‘hati ular’ dan ‘anak tikus’ boleh menguatkan stamina lelaki di ranjang dan mampu bertahan lama. Betul kah? Saya benar-benar perlukan rawatan.”

Saya rasa hendak membuang saja pertanyaan-pertanyaan ‘gila’ seperti itu. Namun bila saya fikirkan berpuluh-puluh kali, apa akan jadi jika saya tidak membantu mereka?

Mungkin ada yang mencuba ‘hati ular’ dan ‘anak tikus’.. atau mungkin ada masjid yang runtuh walau baru dibina…

“Doc, premature ejaculation itu bermakna pancut awal ke? Apa salahnya pancut awal. Penatlah buat lama-lama..”

Ish-ish.. inilah kalau tidak dinasihat, lelaki selalu mementingkan diri sendiri. Sementara wanita memendam rasa, ibarat gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa saja.

Penyakit ini (Premature Ejaculation/PE) bermakna seorang suami mendapat orgasm atau klimaks awal sebelum isterinya. Dalam kata lain si suami telah mengalami pancutan air mani walaupun kedua-dua mereka belum lagi bersedia.

Si isteri mungkin belum lagi menikmati rangsangan seksual dan suami pula belum bersedia untuk melakukan pancutan. Maka ada pancutan dilakukan sebaik saja memasuki faraj, malah lebih malang pancutan berlaku dalam kain sarung suami.

Ia biasanya berlaku pada lelaki yang berusia kurang dari 40 tahun. Seorang lelaki mempunyai tiga fasa sebelum dia menyempurnakan kepuasan seksualnya. Fasa-fasa itu ialah keinginan (desire/libido), keghairahan (arousal), dan kepuasan (orgasm).

Ini bermakna seorang lelaki mungkin teringatkan isterinya (desire), kemudian bila pulang ke rumah melihat isterinya bersolek dan berwangi-wangian (arousal), selepas itu proses jima’ bermula. Setelah 5-10 minit, lelaki akan mengalami klimaks atau pancutan air mani (orgasm).

Maka lelaki yang mengalami PE akan mengalami proses-proses ini dengan laju atau mungkin dia melangkaui mana-mana fasa pertama atau kedua dan terus ke fasa tiga.

“Maaf doctor, saya tinggal berjauhan dengan isteri kerana tugas. Saya lecturer di Johor, sementara isteri masih bekerja di KL. Kami berjumpa sesekali. Memang ada kalanya PE berlaku, tetapi selepas hari ketiga, saya kembali normal. Isteri saya tidak komplen. Perlukah saya mendapatkan rawatan?”

PE bukan sesuatu yang dirisaukan jika terdapat ‘keghairahan melampau’ si suami. PE tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri kerana bolehjadi ia berlaku sesekali akibat faktor lama tidak berjumpa.

Namun jika PE berlaku lebih daripada 50% setiap kali melakukan hubungan jima’, suami haruslah mendapatkan rawatan secara professional. Dibimbangi “keegoaan suami” melayan kehendak sendiri akan ditangani oleh isteri dengan mengikut “pintu belakang”.

Berapa lamakah proses jima’?

Ia bergantung kepada seseorang individu. Biasanya seorang lelaki mencapai orgasm atau klimaks (memancutkan air mani) selepas 8-10 minit  berjima’.

Namun begitu jika seorang lelaki mecapai orgasm pada jangka masa yang kurang dari 10 minit tetapi isterinya juga mencapai orgasm kurang dari lima minit atau bersama-samanya, itu masih lagi tidak bermasalah. Walaupun mereka mencapai orgasm dengan kadar yang cepat, namun masing-masing merasai kepuasan seksual.

Yang dimaksudkan dengan PE ialah seorang lelaki yang mendapat orgasm terlalu cepat sehingga isteri belum lagi ghairah (dapat diketahui dengan belum ada lendiran pada vaginanya).

Contoh lain, seorang lelaki mungkin mencapai orgasm selepas 20 minit, lebih lama dari kebiasaannya. Tetapi isterinya pula mengalami orgasm selepas 35 minit. Maka ini masih masih lagi PE. Ini kerana hanya suami sahaja yang merasakan kenikmatan seksual, tetapi tidak pada isteri.

“Kalau macam itu teruklah saya doctor, sebab isteri saya masih bertenaga selepas sejam..”

Sungguh pun begitu terdapat beberapa wanita yang tidak mudah dipuaskan hanya dengan rangsangan faraj, tetapi memerlukan pelbagai rangsangan lain. Jika ini berlaku, suami tidak mengalami masalah PE tetapi si isteri yang mungkin mengalami masalah kesihatan fizikal atau gangguan perasaannya.

Oleh itu pasangan suami isteri perlulah berjumpa dengan doktor yang dipercayai dapat membantu mereka jika merasakan hubungan jima’ mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.

PE pula didefinasikan oleh buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fourth Edition, sebagai

(1) kekerapan dan berulang-ulang kali masalah pancutan air mani berlaku hanya dengan rangsangan seksual yang minima eg isteri baru berkemban, suami sudah basah dalam kain pelikat. Atau baru saja memasukkan zakar ke dalam faraj, suami sudah orgasm.

(2) Rasa tidak puas hati yang ketara antara suami dan isteri

(3) tiada penyebab langsung bagi masalah ini.

PE boleh jadi primer atau sekunder. Primer PE berlaku apabila seorang lelaki mengalami masalah ini sejak mula berkahwin. Ia adalah masalah yang serius perlu dirawat.

Manakala PE sekunder berlaku pada seorang lelaki yang sebelumnya tidak mempunyai masalah, tetapi tanpa diketahui sebab-sebabnya lelaki itu mengalami PE setelah beberapa tahun berkahwin.

PE sekunder selalunya disebabkan oleh keadaan lelaki yang mengalami ketagihan ubat perangsang atau ubat khayal yang menyebabkan dirinya mudah terangsang. Selalunya PE akan terubat apabila beliau meninggalkan ‘ubat-ubat haram’ ini. Ia bukannya masalah perubatan yang serius.

“Doktor, bolehkah seorang yang mengalami PE, menghamilkan isterinya?”

Soalan ini telah saya jawab di http://drzubaidi.com/blog/?p=1332. Jika gagal menghamilkan isteri, ia bukan disebabkan oleh PE, periksalah kandungan air mani suami.

Wallahu a’lam.

 

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (050311)

6 comments

  1. air mani keluar sebelum i sempat memasukkan zakar ke faraj, kenapa? bagaimana?

  2. boleh bagi cadangan, hospital @ klinik mna bleh saya dptkn rawatan PE? area penang????

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: