Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI?

MINUM KOPI BOLEH MENYEBABKAN TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI?     Kebanyakan kita minum kopi setiap pagi. Tetapi bolehkah kopi yang kita minum meningkatkan kolestrol dalam tubuh kita?   Kopi O yang kita minum selalunya tidak ada mengandungi kolestrol. Namun begitu ada beberapa jenis kopi boleh meningkatkan tahap Low-Density Lipoprotein (LDL) atau kolestrol jahat. Antaranya French press coffee, Turkish coffee dan espresso.   Peningkatan tahap LDL atau kolestrol jahat dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sementara peningkatan High-Density Lipoprotein (HDL) atau kolestrol baik, bagus untuk tubuh.   Tetapi jumlah kolestrol jahat dalam kopi O walaupun dari jenis yang disebutkan tadi adalah terlalu rendah.   Ramai yang bertanya saya, walaupun mereka kurus tetapi tahap kolestrol jahat masih tinggi. Adakah disebabkan minum kopi setiap?   Sebenarnya yang menjadi masalah adalah faktor keturunan ... Read More »

BOLEHKAH ANTIOKSIDA MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI KITA?

BOLEHKAH ANTIOKSIDA MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI KITA?     Antioksida adalah suatu perkataan yang selalu digunakan bila kita membicarakan soal kesihatan dan kesejahteraan (wellness). Memang ada banyak kajian sains yang membuktikan bahawa antioksida mampu ‘melawan serangan’ radikal bebas yang menyerang dan merosakkan struktur DNA, sehingga ia menyebabkan penyakit kronik non-communicable disease dan sesetengah penyakit kanser tertentu. Terutamanya apabila melibatkan organ tertentu seperti kulit, mata, jantung, hati, saraf dan otak, dan ginjal.    Bagaimana antioksida dapat membantu? Tubuh kita menghasilkan radikal bebas apabila kita menjalani fungsi tubuh yang normal. Tetapi jumlahnya sedikit. Ia dapat ditangani dan dikawal dengan mudah. Makanan yang kita makan menghasilkan sejumlah antioksida yang cukup untuk mengawal radikal bebas ini.    Namun begitu, jika ditambah dengan sumber radikal bebas dari luar seperti sinar UV, asap rokok, pencemaran persekitaran, makanan ... Read More »

MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI

MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI     Dalam kita mengalami wabak jangkitan virus, terutama virus corona COVID-19, banyak langkah pencegahan yang disarankan. Antaranya penjarakan fizikal, memakai penutup hidung dan mulut, mencuci tangan dengan sabun dan menggunakan cecair pembersih (sanitizer) jika tiada sumber air yang berdekatan. Namun kaedah ini dinamakan pencegahan luaran. Selain itu, saya mencadangkan aspek pencegahan dalaman iaitu meningkatkan sistem daya tahan (imuniti tubuh).    Banyak cara kita meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Selalunya saya rangkumkan dalam konsep gaya hidup yang saya sebutkan sebagai Gaya Hidup A’Afiyat. Ia merangkumi soal pemakanan (diet), pengambilan air yang mencukupi, tidur yang berkualiti, senaman (aktiviti fizikal) yang minimum, pengawalan stress dan pengambilan makanan yang bernutrisi terutamanya makanan yang kita sebut sebagai Quranic Food.    Sebab itu tiada cara yang ringkas untuk meningkatkan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!