Advertorial
Home » Search Results for: kesuburan (page 5)

Search Results for: kesuburan

Bilateral Tubal Reversal

Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram. Ini berdasarkan ayat al Quran: “..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah ... Read More »

Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. “ Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan. Mengikut laporan doktor, saya mempunyai satu cyst di ovari sebelah kanan. Doktor tidak menyarankan saya untuk melakukan pembedahan membuang cyst namun katanya cyst itu akan membesar. Saya sangat risau memikirkan apabila cyst itu bertambah besar, tentu akan menyukarkan saya untuk hamil. Jadi apa nasihat doktor? Terima kasih..” Saya bukan tidak ... Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk ... Read More »

Tribulus Terrestris: Ubat Kuat Lelaki?

Selepas menunaikan solat Subuh, saya membuka komputer dan menyelak facebook. Manalah tahu kalau ada pertanyaan yang boleh dijawab dengan segera. Oleh kerana tidak ramai lelaki yang bertanya tentang masalah kesuburan, maka saya terus tertarik apabila membaca permasalahan ini. “Salam doktor..dari pemeriksaan air mani, saya mendapati saya tidak mempunyai sperma. Doktor yang memeriksa mencadangkan agar saya mengambil rawatan herba tribestan. Apa pendapat doktor berkenaan tribestan? Adakah keadaan azoospermia ini dapat dibantu?” Saya tidak pasti sama ada dia berjumpa dengan doktor pakar atau tidak, kerana selalunya doktor yang berpengalaman akan mendiagnosa masalah atau penyakit terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan. Amat pelik apabila ... Read More »

Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?

“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan ... Read More »

Adakah BPA Selamat Pada Bayi Kita?

“Assalamualaikum, doktor.  Maaf mengganggu. Apa pendapat doktor tentang penggunaan botol yang mengandungi BPA. Bagaimana kita mahu menganalpasti botol itu mengandungi BPA atau tidak?” Soalan ini amat mengujakan saya. Saya rasa mahu menjawab segera. Saya percaya ramai ibu-ibu muda yang masih alpa akan kesan buruk bahan-bahan kimia yang terdapat pada produk-produk yang selalu digunakan. Padahal kesan bahan-bahan kimia ini amat besar ke atas generasi kita yang akan datang. Tentunya kita tidak menyangka bahawa dalam botol plastik susu anak kita mengandungi sejenis unsur kimia yang bahaya. Ini juga salah satu fakta yang menggalakkan penyusuan ibu kerana botol plastik susu bayi sekarang semakin ... Read More »

Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?

Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute. Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja ... Read More »

D&C dan Kehamilan Semula

Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula. “Salam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya adakah rawatan D&C menyebabkan saya mempunyai peluang yg sgt tipis utk hamil semula?” Setiap kali musibah keguguran ditanyakan kepada saya, saya amat bersimpati. Nasihat saya banyaklah bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tentu banyak hikmah yang tersembunyi. Namun berusahalah agar kesihatan puan bertambah pulih seperti sedia kala. Sepanjang pengetahuan saya, ... Read More »

Kekerapan Jima’ untuk Hamil

Masalah ketidaksuburan adalah musibah dan ujian yang kerap terjadi di kalangan mereka yang baru berkahwin. Ramai yang masih menunggu dan mencuba walaupun sudah beberapa tahun berkahwin. Pada masa yang sama kita membaca banyak berita di akhbar yang memberitahu ramai anak yang baru dilahir telah dibuang dan ditinggalkan oleh ibu-ibu yang hamil di luar ikatan perkahwinan. Adakah ini suatu kebetulan atau suatu peringatan. Malah ada yang mengeluh ’kalau tak kahwin, sekali buat sudah hamil. Tapi kalau kahwin, dah bertahun-tahun tidak hamil-hamil lagi’ . Bagi mereka yang menghadapi masalah sebegini haruslah banyak bersabar. Selain mengikuti nasihat yang diberikan doktor, perlulah banyak bermohon ... Read More »

Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)

Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat ’harga diri’ seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan sebanyak 25-30% lelaki mengalami PE. Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Ada yang mengalaminya sejak mula berkahwin dan ada pula yang mengalaminya selepas beberapa tahun berkahwin walaupun sebelum itu beliau tidak menghadapi apa-apa masalah. Namun apa yang hendak saya bincangkan kali ini adalah masalah PE dan kaitannya dengan ketidaksuburan lelaki. Adakah ... Read More »

Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)

Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera. Mereka risau kerana ‘percubaan’ mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula dan menggagalkan percubaan isteri untuk hamil. “Salam, doktor saya sudah berkahwin selama 6 bulan. Kami berdua berumur 30thn. Setiap kali selepas bersama dengan suami, saya mendapati air mani suami terkeluar semula dalam kuantiti yg byk. Apakah yang menyebabkan kejadian tersebut dan apakah yang harus saya lakukan…wassalam” Saya pasti pertanyaan ini ... Read More »

CoQ10 Membantu Kualiti Sperma Lelaki

”Doktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor ” Rakan FB di kalangan kaum Adam telah bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit. Saya bukannya tidak mahu melayan pertanyaan kaum Adam. Lagipun saya juga lelaki. Namun saya dapati majoriti pembaca blog ini dan rakan FB yang sering bertanya tentang masalah kesihatan adalah golongan wanita. Di mana-mana ceramah yang saya berikan atau perkumpulan ilmu yang saya kunjungi bilangan kaum hawa sangat memberangsangkan. Oleh itu saya amat suka menjawab soalan mereka kerana ... Read More »

Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian

“Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!” Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. ”Mana suaminya?” soal saya. ”Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik. Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative. “Bro, dia memang tak mengandung lah !” “Habis ... Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) ... Read More »

Menyusukan Anak bagi Menjarakkan Kehamilan

Puan Hamidah, 26 tahun baru saja melahirkan anak 5 bulan yang lalu. Dia datang ke klinik kerana batuk dan selsema. Sebelum saya memberikannya preskripsi ubat, saya bertanyakan kitaran haidsnya. Beliau memberitahu dia belum lagi kedatangan darah haids kerana menyusukan bayinya. Setelah saya mendesak untuk melakukan ujian kehamilan, beliau melalukannya dan mendapati ianya positif. Dia kehairanan dan menyangka selama ini dia tidak hamil kerana menyusukan bayinya. Rupanya dia hamil walaupun kitaran haids belum datang semula. Bukankah kita selalu mendengar kenyataan ”Menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan”? Adakah ianya suatu kenyataan benar atau kenyataan yang dusta? Ramai para ibu yang keliru dan menyangka ... Read More »

Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak. Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst. Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.   Bertanyalah sehingga faham Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu ... Read More »

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita ... Read More »

Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur

Bila mula kedatangan pendarahan haids? Saya tidak mempunyai anak gadis. Jadi pengalaman membesarkan anak gadis atau remaja perempuan memang tidak pernah ada dalam sejarah hidup saya sehingga kini. Kadang-kala saya kasihan melihat remaja perempuan yang tidak diberikan perhatian oleh ibubapa mereka. Bila seorang kanak-kanak perempuan mulai meningkat remaja, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa. Sama ada dari aspek fizikal atau emosi. Namun saya mengucapkan tahniah pada ibubapa yang bersungguh-sungguh ingin mengambil bahagian dalam tumbesaran fizikal dan mental anak mereka. Banyak soalan-soalan yang ditanya melalui email. Antaranya bertanyakan bilakah anak gadis mereka akan mula kedatangan pendarahan haids. Kebiasaannya pendarahan ... Read More »

Ovulation Predictor Kits (OPK)

OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat Saya mendapat banyak pertanyaan melalui email dan inbox facebook, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga. Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima’ bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima’ bersama suami pada hari ... Read More »

Memilih Jantina Anak : Sains atau Takdir?

Doktor bukannya Tuhan Saya amat serba salah apabila pasangan muda yang datang berjumpa saya dan menyatakan keinginan mereka untuk memilih jantina mereka. Bunyi permintaan mereka mungkin terlalu naïve dan innocent didengar, tapi bila dikaji dari segi akidah, ianya sungguh mengerikan. Saya sering mengingatkan mereka yang doktor bukannya tuhan, yang boleh menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Jadi mereka ketawa, “kami tahu doktor bukan tuhan, cuma kami mahukan tips-tip agar kami dapat anak lelaki”. Jika begitu, cuba perbaiki ayat yang digunakan. Awas kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Adakah mungkin untuk memilih jantina anak yang bakal “diusahakan” itu? Banyak ... Read More »

Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran. Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP). Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu. Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!