Advertorial
Home » Search Results for: kesuburan (page 4)

Search Results for: kesuburan

Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara.   Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja.   Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur.   Apakah saya mengalami ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. ... Read More »

Merancang anak lelaki pada haribulan genap

  “Doktor, saya mendengar satu petua bahawa jika mahu mendapat anak lelaki, pasangan itu haruslah menahan diri dari melakukan hubungan intim sehingga pada tarikh tertentu, biasanya haribulan yang genap dalam kalender Islam. Adakah petua ini boleh dipakai?”   Banyak kaedah penentuan jantina sebelum kehamilan yang pernah saya dengar dan kebanyakannya hanyalah gurauan. Tiada bukti saintifik yang menyokong petua ini. Jika ia berlakupun, ia hanya kebetulan.   Paling penting, kita perlu terima apa yang dikurniakan ALLAH setelah kita berusaha dengan betul kerana apa saja yang terjadi bukan dalam kawalan kita. Inilah takdir yang ALLAH tetapkan kerana ia adalah sebahagian ujian yang ... Read More »

Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?

  “Salam, doctor. Baru-baru ini saya mengalami keguguran. Saya telah menjalani rawatan “cuci rahem”. Setengah doctor berpendapat ia tidak perlu kerana menyebabkan luka dalam rahem. Jadi apakah rawatan yang sebenarnya harus saya terima selepas keguguran? Bolehkah saya hamil semula selepas ini? Terima kasih.”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula.   Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang negatif dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat sama ada janin yang telah meninggal dunia itu masih berada dalam rahem, atau rahem puan ... Read More »

Adakah Ovarian Cyst Merbahaya?

 “Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?” Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka. Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter. Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama . Secara ... Read More »

Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul

  “Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting  di facebook. “Masalah yang bagaimana ..?” “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi  mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca  dari saya..” “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..” “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..” (saya ... Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan ... Read More »

Kitaran Haid tidak berjaya dirawat dengan Clomid dan Proglyluton

Salam Dr.. Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di ... Read More »

Kacip Fatimah Membantu Kitaran Haid?

  “Assalamualaikum doktor,saya sudah berkahwin selama 2 tahun 3 bulan dan belum dikurniakan zuriat. Berat saya 88kg tinggi 158. Masalah saya ialah kitaran haid saya tak teratur, dan sekarang period saya yang terakhir ialah pada bulan dec tahun lepas, sehingga bulan Jun tahun ini, saya masih tidak datang haid.   Saya sudah mengambil suplemen EKF selama 5 minggu. Pada minggu ke4, bahagian bawah perut rasa sakit seperti mahu datang haid, rasa sakit selama 5 hari. Saya rasa ngilu dan mmg rasa mcm nak period, setiap kali buang air kecil, selalu check kalau-kalau ada darah keluar, tapi tak ada. Sekarang dah ... Read More »

Keguguran Berulang

SOALAN: “Saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.  Saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?” Keguguran sering berlaku di awal kehamilan selalunya disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’secara gentiknya. Keguguran yang puan alami juga bukan disebabkan oleh ubat asma yang diambil oleh suami ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose ... Read More »

Bacaan hormon hCG ketika hamil

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada sikit pertanyaan..saya ada endometrosis stage 4 dan saya sedang buat treatment ivf utk kali 4. Semlm merupakan hari ke 10 ivf..saya ambil hgc..resultnya 11.3. Saya diminta utk ambil sekali hgc pd hari isnin. Soalan saya apakah bacaan yg sepatutnya utk mengesahkan sesorg itu hamil bagi kami yg buat ivf. Harap doc sudi menjawab. Trima kasih.   Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil.   Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan.   Tahap ... Read More »

Lama tidak datang haid

  As salam mu alaikum Dr Zubaidi. Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya. Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat.  Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat.   Dr Zubaidi Hj Ahmad ... Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak ... Read More »

Hamilkah saya bila ‘Ultrasound Kosong’ ?

Assalam mu alaikum Dr Zubaidi Ahmad, saya ingin bertanya mengenai masalah saya. Saya mengalami rasa sakit di  bahagian ari-ari seperti kedatangan haid, pada hal haid saya lambat lagi. Ini menyebabkan saya tidak selesa untuk meneruskan kerja untuk beberapa hari.   Saya telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan mengalami keguguran dua bulan selepas itu. Kitaran haid saya normal. Buat masa ini sayamengamalkan acid folic dan habatuus saud.   Untuk pengetahuan doktor, saya setiap kali kedatangan haid, saya akan mengalami masalah senggut yang agak teruk. Doktor pakar yang memeriksa saya mengatakan saya normal.     Pada akhir tahun lepas saya mengalami ... Read More »

Merokok Jejas Kualiti Sperma

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur ... Read More »

Masalah Keputihan : Normal atau Tidak ?

  Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (veneral disease) seperti Syphils  dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan, terutama kanser servik.   Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. Peranan lendir di dalam faraj Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa ... Read More »

Kehamilan Blighted Ovum..

Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita.   Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.   Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia  berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin.   Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini ... Read More »

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia

  Seorang rakan bertanya kepada saya, “Apakah ada kesan sampingan kepada kesihatan semasa gerhana bulan?”  Saya menjawab bergantung soalan itu ditanyakan kepada siapa.   Jika ditanyakan pada orang yang kuat berfahaman tahayul yang datangnya dari unsur Hindu dan peramal bintang, sudah tentu pelbagai kesannya kepada kesihatan, kekayaan dan perjalanan hidup.   Jika ditanyakan pada peminat pseudo-science, pelbagai hypothesis yang pelik2 dikeluarkan. Kalau nerdasarkan pembacaan saya terhadap journal perubatan, sesungguhnya tiada kesan sampingan kepada kesihatan secara nyata.   Saya percaya gerhana bulan lebih kepada tanda kekuasaan ALLAH yang mempunyai hikmah tersendiri agar kita menjadi manusia yang lebih taat.   Diriwayatkan oleh ... Read More »

Clomid dan ketidaksuburan lelaki

Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa  resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi ke farmasi, ahli farmasi itu memberitahu bahwa clomid hanya untuk wanita. Sekarang saya keliru.   Wa alaikum mus salam. Saya doakan puan bersabar dengan ujian yang diberikan dan tetap terus mencari kesembuhan.   Untuk pengetahuan puan, Clomid biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ini kerana clomid akan menggalakkan pengeluaran ... Read More »

Pemindahan rahem dari ibu kepada anak

Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang  bernama Sara Ottoson berumur  25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012.     Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu  Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung.     Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun ... Read More »

Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil

Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita.   Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat ... Read More »

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

  Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”   Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”   “Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”   Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat ... Read More »

Dapatkan Buku Ini Di Pasaran!

Petikan ‘back cover’ buku ‘Doktor, Saya Takut Jarum!’ Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian mengejut yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran itu merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan,terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.     ‘DOKTOR, SAYA TAKUT JARUM!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Istimewanya buku ini, setiap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se­bagai seorang doktor berserta kisah-kisah ... Read More »

Hikmah Larangan Jimak ketika Haids

      Setiap dari kita mempunyai nafsu dan akal yang bertujuan untuk menimbangkan antara yang baik dan yang buruk. Nafsu dan akal juga membantu kita membuat pertimbangan agar dapat menyalurkan syahwat ke arah kebaikan, iaitu  melalui perkahwinan yang sah.   Dengan berkahwin, hubungan jimak yang halal dibenarkan asalkan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak. Malah melakukan hubungan ini secara halal antara suami dan isteri, dikira sebagai ibadah dan diberikan pahala.   Perkara ini dijelaskan oleh rasulullah s.a.w di dalam satu riwayat hadis. “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, ... Read More »

METFORMIN UNTUK WANITA PCOS

Assalamualaikum Doc, Isteri saya keguguran bulan lepas dan ini keguguran yang kedua. Semasa  saya menemani isteri saya untuk berjumpa doctor pakar perbinan, beliau telah memberikan kami ubat GLUCOPHAGE 500mg, katanya boleh membantu dalam mengatasi masalah hormone. Cara pemakanannya dimulakan dengan 1/2biji 2kali sehari dan berhenti bile isteri saya hamil nanti. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri saya mengambil ubat ini kerana saya  masih lagi keliru. Saya harap doctor boleh membantu saya. Terima Kasih Jawapan: Masalah ketidaksuburan bukanlah suatu masalah yang mudah diselesaikan. Terdapat pelbagai punca ketidaksuburan pada pasangan muda. Antara sebabnya ialah penyakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Ia berlaku ... Read More »

Kehamilan Semula Selepas Pembedahan Caesarean

Kini di Malaysia ramai ibu yang telah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, sama ada dilakukan secara elektif atau kecemasan. Pembedahan Caserean secara elektif bermakna pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi dalam rahem pada tarikh yang dirancang, sementara pembedahan secara kecemasan ialah pembedahan yang dilakukan serta-merta kerana bayi dalam rahem atau ibu yang hamil berada dalam keadaan yang bahaya. Dalam kedua-dua pembedahan ini, banyak darah yang hilang semasa pembedahan. Dianggarkan seorang wanita yang menjalankan pembedahan Ceseran akan kehilangan antara 200ml hingga 1500 ml, bergantung kepada kesukaran ketika pembedahan. Jika ia dilakukan secara kecemasan, sudah tentu lebih banyak darah yang hilang berbanding ... Read More »

Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50) Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah ... Read More »

Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?

Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di http://drzubaidi.com/blog/?p=1107. Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (placenta) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di ... Read More »

Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation

Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens)  yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (semen). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (urethra) untuk sampai ke faraj (vagina) isteri. Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE tidak ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang ... Read More »

Scoliosis Dan Kehamilan

Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya. Pembaca boleh rujuk di http://drzubaidi.com/blog/?p=2302 dan http://drzubaidi.com/blog/?p=2358. Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan kekeliruan. Semoga penerangan saya ini dapat dijadikan panduan. “Doktor, saya ada membaca artikel penulisan doktor mengenai scoliosis. Kebetulan saya adalah salah seorang daripada pesakit ini. Saya telah berkahwin selama 3 tahun, tetapi belum ada rezeki lagi, saya belum dikurniakan anak. Saya ingin tahu adalah masalah scoliosis ini menyebabkan saya tidak ... Read More »

Silap Potong Ketika Berkhatan!

Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air. Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, ... Read More »

Mengapa Prosedur IUI Kadangkala Tidak Berjaya

Pengalaman saya bekerja di Jabatan Gynaecology dan Obstetric di sebuah hospital awam di selatan tanah air membantu saya memahami perasaan ramai wanita yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Saya tidak pasti sama ada masalah ini telah diselesaikan dengan baik atau tidak. Namun lima tahun dahulu ketika saya bekerja di sana, masalah komunikasi antara doktor yang merawat dan pesakit amat lemah. Pesakit yang amat berharap agar doktor dapat membantu mereka memahami mengapa mereka masih belum dikurniakan anak, dilihat dengan pandangan sepi terhadap tuntutan emosi mereka. Jadi tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang berputus asa dari mendapat rawatan selanjutnya ... Read More »

Tidak Datang Haid Selama 6 Bulan

Saya menerima email dari seorang wanita, sekembalinya saya dari bercuti di Kuala Lumpur. Saya amat bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. “Salam, drzubaidi.. Saya ingin bertanya masalah saya. Saya telah berkahwin pada bulan Febuari 2011. Kali terakhir saya kedatangan darah haid pada bulan April 2011, selepas itu saya tidak mengalaminya sehingga sekarang. Saya sangat risau kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami masalah ini. Saya melakukan ujian UPT dan mendapatinya negative. Perut saya menjadi kembung seperti wanita hamil dan saya sering muntah. Saya mengalami kelesuan dan rakan-rakan memberitahu muka saya pucat. Saya rasa letih dan mengantuk. Kemudian masalah-masalah itu hilang ... Read More »

Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan

Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (liver disease), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini. Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!