Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

pesakit batu karang boleh minum air mineral

PESAKIT BATU KARANG BOLEH MINUM AIR MINERAL     Salam Dr Zubaidi. Saya nak tanya, kalau pesakit ada sakit batu karang (di ginjal), dia boleh atau tidak ya minum air mineral? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM.   Secara amnya minum air mineral tidak menyebabkan batu karang. Pesakit yang mengalami masalah batu karang juga boleh minum air mineral.   Ini kerana tahap mineral yang ada dalam air mineral terlalu sedikit untuk menyebabkan pembentukan batu karang. Setelah diminum, mineral-mineral itu akan digunakan dalam tubuh dan selebihnya akan dikeluarkan semula melalui air kencing.   Jika terlalu banyak mineral terutama kalsium dalam air kencing (selalunya didapati dari sumber makanan, bukan dari air mineral) dan tidak dikeluarkan segera (kerana kita tidak minum air yang cukup), maka berlakulah mendakan dalam ginjal dan akhirnya membentuk batu karang.   ... Read More »

Bahaya penggunaan misoprosotol (misoprosol)untuk menggugurkan kehamilan

BAHAYA PENGGUNAAN MISOPROSTOL (MISOPROSOL) UNTUK MENGGUGURKAN KEHAMILAN   Assalamualaiku, doctor. Saya ingin bertanya , sekiranya seseorang itu mengambil pil misoprosol untuk mengugurkan kandungan ketika usia kandungan berusia 4 minggu, selepas pengambilan 8 biji misoproso tetapi kandungan tidak berjaya digugurkan dan tiada sebarang  pendarahan yg keluar dari rahim dan tiada sebarang rasa sakit dan ingin meneruskan sahaja kehamilan. Adakah bayi dalam kandungan berisiko mengalami kecacatan atau masalah2 lain selepas kelahiran?   WALAIKUMUSALAM   Sebelum itu elok puan mengetahui tentang ubat sintetik ini. Misoprostol sebenarnya adalah ubat yang diberikan oleh doctor bagi mengelakkan seorang pesakit mengalami luka dalam perut (stomach ulcers) apabila pesakit terpaksa mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen, naproxen.   Contohnya pesakit yang mempunyai masalah metabolic (contohnya pesakit diabetis dan mempunyai tahap kolestrole yang tinggi) diberikan aspirin sebagai pencair ... Read More »

ambil asid folik ketika haid

AMBIL ASID FOLIC SEMASA HAID     Assalammualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah saya ambil asid folic semasa haid? Terima kasih”   WALAIKUMUSALAM   Tiada halangan untuk mengambil vitamin B kompleks atau asid folik semasa haid. Malah ia bermanfaat.   Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan sebanyak 470 juta wanita seluruh dunia yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia) akibat kehilangan darah selepas pendarahan haid yang banyak.   Pengambilan zat besi (iron) dan asid folik atau folate adalah penting sebagai vitamin yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk dan mengekalkan tahap sel darah merah dalam tubuh.   Oleh itu mengambil vitamin asid folik 5mg bersama zat besi 15 mg setiap ketika haid adalah digalakkan untuk mengelakkan kekurangan darah.   Asid folik boleh didapati dari makanan yang kita makan seperti satur-sayuran hijau, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!