Advertorial
Home » Search Results for: kesuburan (page 3)

Search Results for: kesuburan

Keguguran lalu menjejaskan peluang hamil semula?

KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?     “Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi.   Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D ... Read More »

Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu

 AMBIL POSTINOR KITARAN HAID JADI TIDAK MENENTU   “Salam Doktor, saya ingin bertanya satu masalah. Saya menggunakan pil pencegah kehamilan POSTINOR, dan saya mengambilnya 4 biji sebulan.  Sejak mengambil POSTINOR kitaran haid saya menjadi tidak teratur, kadang kala sedikit dan ada masanya dua kali dalam sebulan. Soalan saya apakah ini kesan sampingan pengambilan POSTINOR? Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah kitaran haid yang tidak teratur. Soalan kedua,  apakah kesan sampingan lain POSTINOR? Bolekah saya terus mengambil pil postinor ini? Adakah ini akan memberi masalah kesuburan sekiranya saya ingin hamil pada masa akan datang? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ... Read More »

Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan

ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN   “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya. Di sini ada beberapa soalan ya Dr.: 1. Jika ... Read More »

IUCD dan Sukar Hamil

IUCD DAN SUKAR HAMIL “ Salam Doktor. Saya pernah menggunakan alat pencegah kehamilan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahem saya, ketika saya mula berkahwin. Ini kerana pada masa itu saya belum bersedia untuk hamil. Setelah 3 tahun saya mengeluarkannya kerana cuba hamil. Malangnya sudah masuk 2 tahun, saya dapati saya agak sukar hamil. Mengapa ya doctor? Ketika ini umur saya sudah 32 tahun. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Alat pencegah kehamilan IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device) atau kadang kala dikenali sebagai ‘Copper T’, adalah alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahem. Ia diperbuat ... Read More »

Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?

BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL? “Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada dua isu yang diutarakan: Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat?   Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi).   Asid folik membantu melindungi bayi ... Read More »

Adakah penggunaan tuala wanita boleh menyebabkan kanser rahem dan kanser ovari?

ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHEM DAN KANSER OVARI?   “Salam doktor. Ramai yang menyatakan tuala wanita adalah ancaman dalam diam kepada wanita.  Adakah ianya betul?”   Tuala wanita  adalah  bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj.   Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah penggunaa tuala wanita ini bukanlah baru. Beribu tahun ... Read More »

PCOS dan Kacip Fatimah

PCOS DAN KACIP FATIMAH   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 24 tahun dgn ketinggian 163cm dan berat 53kg. sy mula membaca info-info dari blog dr. selepas kakak sy yg mengalami PCOS berjaya melahirkan baby boy yg sihat dan sempurna setelah mengamalkan kacip fatimah phyto plus (hamil secara normal selepas 2 kali gagal dgn cara IUI, selepas 2 kali keguguran dari kehamilan secara normal, selama 7tahun usia perkahwinan). Beliau ada masalah berat badan berlebihan.   sejarah keluarga : ibu dan kakak sy yg lain tidak menghidap PCOS. ibu dan ayah sy adalah pesakit diabetis.   sy mula haid pada umur 13tahun dan ... Read More »

Perlukah cuci rahem setelah keguguran

PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN “Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz  8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya cuci rahem? ... Read More »

PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN

PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN      “Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem.   Walau bagaimana pun ... Read More »

Asid Folik untuk Lelaki

ASID  FOLIC  UNTUK  LELAKI “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “ WA ALAIKUM MUS SALAM. Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin. Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan. Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan. Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat ... Read More »

Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan

UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”.  Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari.   Ia sangat  berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti:   Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’   Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg ... Read More »

Pesakit MS boleh hamil?

PESAKIT MS BOLEH HAMIL?     “Salam doctor. Saya sudah 3 tahun berkahwin  dan baru-baru ini saya disahkan mengalami penyakit  Multiple Sclerosis (MS). Adakah saya boleh hamil dan adakah selamat untuk saya hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit di mana sistem imun seorang individu menyerang dan merosakkan sarung yang melindungi dan meliputi saraf.  Kerosakan pada sarung saraf ini akan mengganggu komunikasi antara otak dan bahagian lain badan anda.   Maknanya otak tidak dapat mengawal pergerakan tubuh, menyebabkan seseorang itu mengalami kebas pada anggota, tidak dapat menggerakkan anggota tubuh dan akhirnya akan lumpuh.   Tanda-tanda ... Read More »

Haid yang panjang dan banyak darah keluar

HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR   “Salam doktor, saya berusia 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah kitaran haid yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari dan ada kalanya sehingga sebulan. Pendarahan haid sangat banyak pada beberapa hari pertama dan diikuti dengan sedikit lendiran berwarna coklat. Saya ingin berkahwin pada pertengahan tahun hadapan. Adakah ini mengganggu kesuburan saya nanti? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga ... Read More »

remaja lama tidak datang haid

REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID   “Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan.   Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin.   Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid ... Read More »

Kitaran Haid 40-60 Hari

KITARAN HAID 40-60 HARI.. “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila ... Read More »

Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?

ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR?       “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor.   Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari ... Read More »

Bolehkah Pesakit Jantung Yang Keguguran Dua Kali, Hamil Semula?

BOLEHKAH BAGI PESAKIT JANTUNG GUGUR DUA KALI, HAMIL SEMULA? “Salam doktor. Saya berumur 23 tahun, telah berkahwin selama 3 tahun. Masalah saya ialah saya adalah pesakit jantung berlubang, malangnya saya telah keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan itu. Menurut doctor, keguguran kali pertama keguguran disebabkan saya terlalu lemah untuk meneruskan kehamilan, sementara keguguran kedua berlaku dengan sendiri kerana saya jatuh di bilik air. Saya ingin sangat untuk mendapatkan zuriat. Adakah saya tidak lagi berpeluang untuk hamil semula? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya bersimpati dengan puan dan saya percaya apa yang telah ditakdirkan untuk kita, sebenarnya adalah ... Read More »

Tidak datang haid 2 tahun

TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN   “Salam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.  Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa  hormon saya tidak stabil dan dia tidak berikan sebarang ubat.  Apa yang perlu saya lakukan? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tidak mengalami darah haid selama dua tahun, bukanlah suatu yang normal bagi seorang gadis.   Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormone yang yang dihasilkan ... Read More »

Mudahkah Untuk Hamil?

MUDAHKAH UNTUK HAMIL? “Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat. Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah dan melakukan hubungan intim ... Read More »

Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS     “Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahi.   Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah:   1. KETAHUI ... Read More »

Wanita Berhalkum

WANITA BERHALKUM   Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain. Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau. Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang menjadi ... Read More »

Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

    “Salam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat.   Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Jadi saya bertukar kepada suntikan.   Malangnya semenjak saya mengambil suntikan pula, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih.   Saya ingin mendapat kepastian, adakah selepas saya berhenti mengambil suntikan hormon akan ... Read More »

Merancang Tidak Hamil Tanpa Pil dan Suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur.Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 ... Read More »

Wanita Hamil dan Kafeine

“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh). Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi. Kafein melintasi ... Read More »

Implanon : Hukum dan Kesan Sampingan

  ”Saya ingin pencerahan mengenai pemakaian kaedah perancang keluarga, implanon yang dimasukkan ke lengan, boleh menyebabkan didatangi haid lebih daripada 15 hari.Adakah saya menunggu sehingga pendarahan itu berhenti, baru boleh melakukanhubungan intim bersama suami? Ini disebabkan oleh saya mengalami pendarahan haidyang melebihi 15 hari. Mohon pencerahan doktor menjawab kemusykilan saya ini”     Wa alaikum mus salam.   Hukum menggunakan kaedah perancangan keluarga secara implanon dari perspektif Islam, adalah harus, kerana ia bersifat sementara.   Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar’ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh ... Read More »

Pemakanan untuk kanak-kanak hiperaktif

  Pemakanan yang bernutrisi sangat baik untuk anak-anak. Pemakanan yang bernutrisi bermakna makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang. Ia saja ia dapat menghalang masalah jantung dan kanser apabila mereka besar nanti, tetapi dapat merangsang otak anak-anak.   Banyak kajian telah membuktikan bahawa pemakanan yang bernutrisi akan menggalakkan kesuburan otak, mengurangkan stres dan gangguan emosi yang dihadapi oleh mereka.   Bagi kanak-kanak yang hiperaktif (ADHD), selain memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan hospital, pemakanan yang baik juga membantu kanak-kanak ini.   Berikan omega 3 setiap hari selama enam bulan dan ia dapat mengurangkan keresahan, sikap agresif, dan mereka dapat melengkapkan kerja serta meningkatkan ... Read More »

Haid tidak normal dan sukar hamil walaupun telah mencuba pelbagai produk.

  “As Salam mu alaikum. Mohon doktor boleh bantu menasihatkan saya. Saya telah berkahwin hampir dua tahun, dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada tahun pertama perkahwinan, haid saya teratur dan tiada masalah untuk datang haid setiap bulan. Doktor sakit puan yang memeriksa saya juga mendapati rahim saya normal dan subur.   Tapi masuk tahun kedua, ditambah dengan stress kerja, haid saya mula tidak teratur. Kali terakhir saya bertemu dengan doktor pada bulan Jun 2013 yang lepas dan doktor sakit puan mendapati ada ketumbuhan polyp di dalam rahim saya yang menyebabkan dinding rahim tebal dan tidak haid. Jadi doktor memberikan ... Read More »

Apa punca hormon FSH saya tinggi?

  “Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha.   Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama.   Rawatan ... Read More »

Tidak datang haid selepas melahirkan anak, amalkan majun dan ubat turun darah

  As salam mu alaikum doctor, Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.   Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah ... Read More »

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN     Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan ... Read More »

Kos rawatan IVF in Malaysia

      Dalam satu laporan pada 2010, kaedah rawatan IVF di Malaysia telah berjaya menghasilkan lebih daripada 60 bayi semenjak diperkenalkan pada 2005.   Ini membuktikan bahawa sungguh pun pada mulanya terdapat beberapa pihak yang sangsi dengan keupayaan dan prosedur IVF, ternyata masih ramai lagi pasangan yang bersedia untuk mencuba pelbagai cara dan teknik baru bagi membantu proses kehamilan.   Sehingga tahun 2009, terdapat lebih daripada 30 pusat kesuburan di seluruh negara dengan kebanyakannya bertumpu di pusat perubatan swasta.   Kos IVF adalah mahal dan kebanyakannya dikendalikan di klinik swasta dengan anggaran sekitar RM12,000 hingga RM18,000 mengikut usia anda ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun

“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya tahu ... Read More »

Risiko alat pencegah hamil IUD dalam rahim

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini seorang doctor telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan alat pencegah hamil, yang dimasukkan ke dalam rahim. Saya mendengar antara risiko yang boleh berlaku ialah kebocoran pada rahim. Saya sangat bimbang. Adakah alat ini selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Terima kasih doctor”   Wa alaikum mus salam.   Terdapat pelbagai jenis kaedah merancang keluarga yang puan boleh gunakan, dan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri dan harus dibincangkan bersama dengan doctor keluarga.   Ini bermakna kaedah perancang keluarga bagi satu pasangan, mungkin sesuai bagi satu pasangan, tetapi tidak sesuai untuk pasangan yang ... Read More »

PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?

PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?   Fibroid menjadi salah satu punca masalah kesuburan dalam kalangan kaum wanita dalam usia yang subur. Tetapi tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mendapat anak.   Hal kesuburan ini bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid yang dialami.   Hanya kira-kira lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid yang berada pada posisi di lapisan dalam rahem (jenis submukosa) atau fibroid yang mempunyai saiz yang besar saja mempunyai masalah kesukaran untuk hamil.   Fibroid itu yang mempunyai saiz terlalu besar, boleh menyebabkan ... Read More »

Kehamilan di luar rahem

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!