Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB

MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB Bagi ibubapa yang mengalami stroke yang besar, mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri. Malah mereka mungkin tidak mampu menelan. Mereka memerlukan bantuan tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mendapat bekalan makanan. Makanan yang dicadangkan adalah susu khas yang penuh dengan nutrien. Antara masalah yang sering timbul adalah: 1. Tiub makanan tersumbat. Ini disebabkan tiub makanan tidak dibersihkan. Cara membersihkan tiub ini adalah dengan mengalirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat. Hancurkan ubat sehingga lumat dan cairkan dalam air sebelum diberi melalui tiub. Ubat diberi berasingan & tidak boleh dicampurkan dengan bancuhan formula susu. 2. Pesakit muntah. Ini disebabkan oleh isipadu susu yang diberikan terlalu banyak. Ini dapat diatasi dengan membancuh mengikut sukatan dan ... Read More »

INFO TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN

INFO YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN Losartan dijual di pasaran dengan nama Cozaar. Losartan digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Ia dikatakan dapat melindungi ginjal dari kerosakan akibat diabetes. Ini bermakna pesakit diabetes yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, ia adalah pilihan yang lebih baik. Ia juga diberikan kepada pesakit bagi melindungi pesakit dari risiko mendapat komplikasi dari stroke, serangan sakit jantung dan kerosakan ginjal. Losartan termasuk dalam kumpulan angiotensin receptor blockers (ARBs). Ia akan mengembangkan saluran darah bagi melancarkan pengaliran darah dan mengembangkan saluran darah. Akhirnya tekanan darah akan menurun. Bagaimana menggunakan Losartan? Saya nasihatkan agar membaca info yang dituliskan pada kertas yang disertakan dalam kotak ubat. Jika tidak faham, berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengambil ubat sintetik ini. Ubat ini diambil ... Read More »

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE Amlodipine adalah pil yang digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi (hipertensi) dan sakit dada akibat sumbatan pada saluran darah (angina). Jadi ia boleh digunakan bersama beberapa ubat sintetik yang lain. Biasa dipasarkan dengan nama Norvasc. Amlodipine hanya ada dalam bentuk pil dan diambil terus ke dalam mulut. Tiada dalam bentuk suntikan. Amlodipine termasuk dalam kumpulan Calcium Channel Blockers. Oleh itu ia saluran darah mengembang dan memudahkan pengaliran darah. Ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, kerosakan ginjal atau serangan sakit jantung. Kesan sampingan Amlodipine Pil Amlodipine boleh menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan. Selain itu ia boleh menyebabkan : 1. Bengkakan pada kaki dan pergelangan kaki 2. Rasa terlalu letih 3. Rasa tidak selesa dalam perut 4. Loya dan muntah 5. Pening 6. Rasa panas ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!