Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

buah naga untuk bayi

BUAH NAGA UNTUK BAYI     “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM     Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun.     Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan.     Buah naga dapat boleh diberikan pada bayi, tetapi ia haruslah dikisar halus dan cair. Jangan berikan terlalu banyak.     Setakat ini saya belum berjumpa dengan kajian journal yang mengatakan buah naga yang diambil dalam kuantiti ... Read More »

Ubat untuk penyakit uluran

UBAT UNTUK PENYAKIT ULURAN   Assalamualaikum..wbt. Dr. Apa kabar? Harap sihat walafiat. Saya ada satu penyakit yang saya hadapi selepas kahwin hampir 8Tahun. Penyakit Uluran atau hernia. Tidak boleh tidur, badan rasa penat, perut kembung, angin susah nak keluar. Apakah permakanan yg sesuai utk ubati penyakit ini Dr?. Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM   Penyakit uluran juga dikenali sebagai penyakit angin. Ia adalah istilah perubatan Melayu Lama dan bukanlah istilah perubatan moden. Jadi punca dan rawatan penyakit ini berbeza dari perubatan moden.   Sepanjang pemahaman saya, penyakit ini adalah penyakit di sekitar bahagian ari-ari atau bahagian bawah pusat. Sakitnya umpama dihiris-hiris pisau tak tertahan.   Ia disebabkan oleh ‘angin’ (istilah perubatan Melayu Lama. Bukan angin yang kita biasa faham).   Angin ini bergerak keseluruh tubuh sehingga menyebabkan kesakitan kepada pengidapnya. ... Read More »

gelembung akibat jangkitan chicken pox

GELEMBUNG AKIBAT CHICKEN POX.   “Assalmualaikum Dr. Anak saya kena jangkitan chicken pox. Bahagian badan sudah kering kerana ia pecah sendiri. Gelembung di tapak tangan masih ada. Perlukah dipecahkan?”     WALAIKUMUSALAM   1. Bagi gelembung yang berlaku akibat jangkitan Chicken Pox, puan boleh biarkan saja gelembung itu mengecil dan kering sendiri seperti yang berlaku pada bahagian badan.   2. Andai kata ia pecah tanpa disengajakan, puan boleh membersihkannya menggunakan air yang mengalir, keringkan dan disapukan sebarang bahan antiseptik (contoh ubat kuning).   3. Jika warna cecair gelembung bertukar warna dari jernih ke kuning, bermakna ada jangkitan kuman di situ. Boleh pecahkan, bersihkan dan sapukan bahan anti septik. Antibiotik tidak semestinya diperlukan.   Semoga bermanfaat. Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!