Advertorial
Home » Search Results for: kesuburan (page 2)

Search Results for: kesuburan

MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI?

MENOPAUSE DI KALANGAN LELAKI? Menopause di kalangan lelaki dikenali sebagai andropause. Ia merujuk kepada perubahan berkaitan usia yang menyebabkan tahap testosterone yang semakin berkurangan. Ia berlaku apabila seorang lelaki mula mencapai usia 50 tahun. Tahap testoren yang mencukupi sangat penting bagi seorang lelaki dewasa, bukan setakat untuk menyebabkan perasaan ingin melakukan hubungan intim bersama isteri, telah merangsangkan penghasilan tenaga, merangsangkan pembentukan otot pada tubuh dan merangsangkan minda yang positif. Tahap testosterone boleh diukur dengan pemeriksaan darah. Bacaan yang normal antara 300 hingga 1,000 nanograms per deciliter (ng/dL).  Dalam kajian 40% lelaki yang berusia 45 tahun ke atas mengalami masalah kekurangan ... Read More »

TUALA WANITA KOMERSIAL TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER

TUALA WANITA KOMERSIAL TIDAK MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER Saya telah diundang berceramah beberapa tahun oleh sebuah badan NGO. Slot ceramah saya berkaitan dengan penyakit wanita pada usia 40an. Mulanya ada seorang doktor wanita yang akan menyampaikannya. Namun atas sebab yang tidak boleh dielakkan, saya terpaksa menggantikan beliau di saat-saat akhir. Memandangkan saya mempunyai masa yang agak terluang, lalu saya bersetuju. Di akhir ceramah saya ditanya mengenai tips pemilihan tuala wanita yang selamat dan adakah tuala wanita yang dijual di pasaran sekarang boleh menyebabkan penyakit kanser. Kebetulan pada masa itu telah menjadi isu viral tentang tuala wanita boleh menyebabkan kanser pangkal rahim. ... Read More »

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS) PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Penghidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism dan rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat. PCOS melibatkan 5-10% wanita dalam usia reproduktif mereka. Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang. ... Read More »

KECELARUAN EMOSI SEMASA HAMIL

KECELARUAN EMOSI SEMASA HAMIL Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami. Ramai yang  gembira kerana dapat menyempurnakan  kewajiban sebagai seorang isteri yang  dapat menghadiahkan zuriat dalam sebuah perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu lebih sempurna.  Dalam masa yang sama banyak tenaga yang dihabiskan untuk pembesaran bayi dalam rahim. Bukan setakat kepenatan fizikal, mereka juga mengalami perubahan emosi. Ada yang runsingkan tentang masa depan anak ... Read More »

GARAM MUSUH DALAM SELIMUT

GARAM MUSUH DALAM SELIMUT FB LIVE 14 DEC 2020 GARAM (MINERAL) ADALAH SEBAHAGIAN DARI NUTRIEN Makanan kita terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien adalah protein, lemak dan karbohidrat. Tugas besar mereka adalah menyediakan bekalan tenaga. Selain itu makronutrien seperti protein juga membekalkan bahan untuk pembinaan struktur dalam tubuh.  Micronutrients pula terdiri dari vitamin, enzim, antioksida dan mineral. Ia dinamakan mikronutrien kerana kita tidak nampak mikronutrien ini dengan mata kasar, tidak seperti mana kita mengambil nasi (karbohidrat), minyak (lemak) dan daging (protein). Makronutrien Karbohidrat, Lemak dan Protein. Air juga dianggap sebagai makronutrien Mikronutrien Mineral, Vitamin, Antioksida dan ... Read More »

KEHAMILAN EKTOPIK

KEHAMILAN EKTOPIK Kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim. 1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian. Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks. Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik semakin meningkat. Oleh itu, perkara ini perlu difahami dengan lebih lanjut. SIAPAKAH YANG BERISIKO? Punca kehamilan ektopik tidak diketahui, namun terdapat faktor risiko yang telah dikenalpasti seperti ... Read More »

KURUS ITU SIHAT?

KURUS ITU SIHAT? LIVE FB PAGE DR ZUBAIDI BIN HJ AHMAD 7 DEC 2020   Masalah berat badan adalah masalah yang kompleks, disebabkan oleh pelbagai faktor menyebabkan pengumpulan lemak-lemak dalam badan. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang kronik yang memerlukan penjagaan, sokongan dan rawatan berkala. Masalah berat badan juga dikaitkan pelbagai jenis penyakit. Bilangan penduduk terutama di Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti adalah semakin ramai seiring dengan penyakit seperti Diabetes Mellitus, Hipertensi dan peningkatan tahap kolestrol (hiperkolestrolemia). Penyakit-penyakit ini dinamakan penyakit bukan berjangkit (Non-communicable Disease, NCD). Masalah berat badan harus dicegah dan dirawat sebelum mengakibatkan komplikasi ... Read More »

KERAP KENCING MALAM

KERAP KENCING MALAM     Assalamualaikum doktor, saya SSSSS berumur 31 tahun. Telah berkahwin 4 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Saya nak tanya pendapat doktor, adakah masalah saya iaitu masalah lemah tenaga batin dan pancutan pramatang disebabkan kerap beronani semasa remaja. Sekarang saya mengalami masalah kerap kencing sehingga setiap malam saya akan terjaga tengah malam sekitar 2- 4 pagi untuk membuang air kecing. Pada waktu siang hari juga saya mengalami masalah yang sama sering membuang air kencing 2 – 3 jam sekali bergantung pada keadaan dan turut merasakan kencing tidak lawas. Ia berlaku sejak bulan Jun yang lalu. Apabila ... Read More »

INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN

INGIN HAMIL SEMULA SETELAH SEPULUH TAHUN     Assalammualaikum doktor. Saya ingin bertanya mengenai ubat subur Clomid 50mg. Saya tidak merancang kehamilan sudah 10 tahun dan sekarang saya berusaha untuk hamil. Kitaran haid saya tiada masalah. Dalam tempoh 3 bulan ini saya ada buat ujian kesuburan menggunakan strip. Dalam sebulan cuma 2-3hari subur. Double line pun samar-sama. Adakah saya boleh untuk mengambil ubat clomid? Tinggi 146Berat 70kg Kelahiran pertama 2007 normalKelahiran kedua 2010 (ceaser) terbelit tali pusat. Apakah pandangan doktor. Terima kasih.   WAALAIKUMUSSALAM. Clomid adalah ubat hormon sintetik yang merangsangkan pengeluaran telur ovum. Ini bermakna wanita yang mengalami masalah ... Read More »

LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA

LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA   Kopi adalah salah satu minuman yang sangat digemari oleh masyarakat, termasuk wanita. Ia selalunya diminum pada waktu pagi untuk berasa segar dan tidak mengantuk. Jika diambil pada waktu siang, ia akan membakar semangat dan memberikan tenaga tambahan. Namun begitu pengambilan kopi yang berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik. Antaranya: Menyebabkan rasa panik dan cemas Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi. Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ... Read More »

RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM

RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM     “Assalamualaikum wbt, Dr Zubaidi, saya penghidap ovarian cyst, dan cyst saya sudah bersaiz 8cm. Adakah cara lain untuk kecutkan cyst selain operation?”   WALAIKUMUSALAM   Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia  bukan kanser dan tidak akan merebak secara merbahaya. Secara lazimnya, ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan. Dalam bahasa yabg nydah, cyst adalah kelompong nipis yang mengandungi air dan boleh berada di mana-mana dalam organ tubuh. Jika ia berada dalam ovari, ia dipanggil ovarian cyst.   Kelompong ini pada asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur wanita/ovum. Namun, apabila matang, kelompong ini ... Read More »

Tanda Seorang Wanita Itu Subur

TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan. Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran. Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur. Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. ... Read More »

Tidak Hamil Tapi UPT Positif

TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF?     Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya.   “Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…”   Ya puan. Apa masalahnya?   “Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil”   Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat.   Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri.   ... Read More »

bolehkah makan folic acid ketika haid?

BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?     “Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid?   Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.   Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin ... Read More »

Kitaran Haid Tidak Stabil

KITARAN HAID TIDAK STABIL Ini adalah temubual untuk siaran TV Astro untuk Program Mingguan Wanita (live) pada 16 Ogos 2018 (Khamis). PENGENALAN Pusingan kitaran haid yang teratur melambangkan kesuburan dan kesihatan seorang wanita. Pelbagai gelaja penyakit boleh menyebabkan gangguan kitaran haid. Ada yang berbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahem, kanser ovari dan kanser rahem. APA ITU KITARAN HAID? Kitaran haid adalah adalah perubahan yang berkala berlaku secara semulajadi berlaku dalam sistem reproduksi wanita (lebih spesifik rahem dan ovari) sepanjang usia kesuburan bagi membolehkan seorang wanita itu hamil, ditunjukkan dengan adanya darah haid yang keluar.   Kitaran haid ini ... Read More »

Mahu Hamil dengan Ekstrak Kacip Fatimah

MAHU HAMIL DENGAN EKSTRAK KACIP FATIMAH Salam Dr Zubaidi, saya mahu bertanya. Dr masih jual lagi ke produk Kacip Fatimah? sudah 5 tahun berkahwin, tapi masih belum ada rezeki untuk hamil. ini kakak saya ada cuba produk ni, alhamdulillah dia hamil selepas 1 botol makan. Jadi saya ingat nak cuba. Terima kasih. Walaikumusalam. Alhamdulillah. Gembira saya mendapat tahu kakak puan hamil setelah mencuba mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah yang menjadi asbab menyelesaikan masalah beliau. Bagi masalah kesuburan, saya mencadangkan puan dan suami menjalankan pemeriksaan doktor dulu bagi mengetahui punca masalah yang dialami. Masalah kesuburan ini boleh disebabkan oleh pihak lelaki dan ... Read More »

Manfaat Mengambil Tembikai Ketika Berbuka (iftar)

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR) Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini. Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan. Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya. Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan ... Read More »

Suplemen Vitamin C dan E Membantu Pesakit Endometriosis

SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini. Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini. Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini. Selalunya, ... Read More »

Pengambilan Vitamin E dan C ketika Hamil

PENGAMBILAN VITAMIN C DAN E KETIKA HAMIL. Saya menasihati kepada wanita, sama ada wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak agar lebih memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita. Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya banyak berkongsi tentang aspek nutrisi dalam pemakanan. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Bagi wanita hamil yang ingin menambah ... Read More »

Persekitaran kita bertoksin?

SUMBER TOKSIN DI SEKITAR KITA     “Betulkah persekitaran kita sudah tidak selamat lagi? Berbahaya pada kesihatan?” Tanya seorang peserta kelas yang saya anjurkan. Saya malas hendak menjawab. Tidak mahu menyudukan informasi ke mulut beliau. Saya mahu dia berfikir. “Tuan rasa bagaimana?” “Saya rasa memanglah persekitaran kita tidak bersih. Tetapi ia masih di tahap biasa ” “Apa maksud tuan di tahap biasa?” “Kita tak jatuh sakit. Saya dan keluarga masih sihat” “Maksudnya jika tuan dan keluarga sihat, tahap persekitaran kita masih selamat dan berada di tahap biasa?” Peserta itu terdiam. Agaknya cuba memikirkan logiknya. “Kalau saya kata orang ramai sakit diakibatkan ... Read More »

Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita

    BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN? Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan.   Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu kita akan kencing beberapa kali dalam setiap hari, berbanding dengan kita membuang air besar.   Ini bermakna jika kita tidak buang air besar atau tidak berpeluh (ketika cuaca sangat sejuk) dalam sehari, ia mungkin normal. Tetapi jika kita tidak buang air kecil (tidak ... Read More »

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

    APAKAH ITU TRANSFAT?   Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.   Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).   Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans ... Read More »

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing.     Lapisan ini menebal dan berdarah pada setiap kali kitaran haid menyebabkan keradangan pada organ-organ ... Read More »

Perlukah Pembedahan Ovarian Drilling pada Pesakit PCOS

PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT  PCOS   “Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut?  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan.     Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan ... Read More »

Belum Hamil, Perlukah Risau?

BELUM HAMIL, PERLUKAH RISAU?     “Doktor saya baru berkahwin, awal tahun 2017 tetapi masih belum hamil. Perlukah saya risau?” Jangan risau jika puan dan suami masih muda, berusia kurang dari 30 tahun. Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin yang tidak mempunyai masalah kesuburan dan melakukan hubungan intim sebanyak 2-3 kali seminggu, 84% akan hamil dalam masa 12 bulan. Manakala, 90% pasangan tersebut akan hamil dalam masa 24 bulan. #doktorsayamahuhamil Selain pemeriksaan doktor, saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, bersama vitamin C dan E.   [IKLAN] Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  ... Read More »

Suntikan IM Depo-provera Menyebabkan Kitaran Haid Tidak Menentu

SUNTIKAN IM DEPO-PROVERA MENYEBABKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU Salam doktor. Maaf menggangu, saya Puan N dari Selangor. Saya ada dua pertanyaan yang saya harap, doktor membantu saya.   1.Saya telah melahirkan anak yg pertama pd bln 6/16 tahun lepas. Kemudian sy mengambil IM depo utk menjarakkan kehamilan. Selepas mengambil 3x suntikan, saya tidak datang haid, sampai sekarang, lebih kurang 6 bulan. Saya ingin bertanya bertanya, adakah keadaan ini penyakit? Perlukah saya pergi berjumpa doktor?   2.Bolehkah saya hamil lagi kalau tidak didatangi haid? Itu saja, harap sgt dr dpt membantu sy, Terima kasih.   WAALAIKUM MUSALAM.   Suntikan perancang keluarga ... Read More »

Perlukah lakukan D&C (cuci rahem) bila keguguran

PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN     “Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz  8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya ... Read More »

Mengesahkan Kehamilan Selepas IVF

MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam darah dan ianya dikeluarkan melalui air kencing. Ini akan memberikan keputusan yang positif (walaupun wanita itu tidak hamil) jika menjalani pemeriksaan urine dan darah. Cara terbaik ialah pemeriksaan ultrasound melalui faraj bagi memastikan seorang wanita itu berjaya dalam rawatan IVF dan sedang hamil. Saya mencadangkan agar pemeriksaan dilakukan sebulan selepas ... Read More »

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya. Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone. Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia ... Read More »

masalah haid akibat rawatan kimoterapi

MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI       “Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat ... Read More »

PCOS dan Rahem Terbalik

PCOS DAN RAHEM TERBALIK     “Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul ... Read More »

Tidak Obese Tetapi Haid Tidak Menentu

TIDAK OBESE TAPI HAID TIDAK MENENTU     “Salam Dr, saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang saya tidak pasti apa penyebabnya. Saya juga bimbang kerana saya tahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan. Saya berusia 27tahun, masih belum berkahwin, BMI ideal. Apakah yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan kitaran haid yg normal. Adakah saya perlu menjalani sebarang check up utk mengenalpasti masalah yg saya hadapi ni. Mohon pencerahan. Terima Kasih Dr.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Masalah kitaran haid yang tidak menentu sering berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Namun ... Read More »

Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin

MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal.  Saya tidak ... Read More »

MAHU HAMIL SEMULA

Salam doktor. Saya dan suami telah berkahwin pada usia 29 dan mempunyai seoramg anak setahun selepas ini dan lahir dengan cara pembedahan caeser. Skrg ini anak kami dah hampir berusia 4 thn dan kami sedang berusaha untuk mendapat anak ke dua.  Sy pernah ajak suami saya jumpa pakar kedlsuburan tp dia tidak mahu kerana katanya kami telah pun sudah mempunyai seorang anak.  Tp sy risau sbb suami sy ni gemar mkn maggi, minum air asam dan air berkarbonat. Dia juga tidak suka mkn sayur. Sy puas nasihat tp tetap tidak mahu. Satu hari sy baca artikel di laman blog Dr baru ... Read More »

Bentuk sperma yang cacat, sukar hamil

BENTUK SPERMA YANG CACAT MENYEBABKAN SUKAR HAMIL “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya telah bertunang dan akan mendirikan rumahtangga. Saya dan tunang agak terbuka dalam membincangkan hal perkawinan kami. Baru-baru ini tunang telah melakukan pemeriksaan airmani, kerana beliau agak risau dengan tabiat onani beliau. Analisis air mani beliau menunjukkan dia mempunyai morfologi sperma tidak normal. Apa yang perlu saya buat, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan airmani adalah pemeriksaan yang dilakukan bagi menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. Ibarat menanam pokok, sungguh pun tanah yang subur dicampakkan benih yang tidak berkualiti, benih itu hanya akan ... Read More »

Sukar Hamil Anak Kedua

SUKAR HAMIL ANAK KEDUA     Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama.   Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak lewat berkahwin. Dia sekarang berumur 36tahun sementara suami berumur 40tahun. Anak pertama juga agak lambat. Dia lahir setelah 3 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk mendapat anak kedua, malangnya mereka telah mecuba untuk hamil hamil tetapi tidak berjaya.   Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!