Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?

MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?     Hormon melatonin adalah hormon yang menyebabkan kita berasa mengantuk dan hormon serotonin menyebabkan kita berasa tenang. Kedua-dua hormon ini penting untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur. Ada beberapa makanan yang merangsangkan penghasilan hormon-hormon ini. Jadi kita rasa lebih mengantuk jika makanan di makan pada waktu tengah hari. Setengah individu mungkin berasa sedikit mengantuk. Manakala setengah individu yang lain mungkin memerlukan tidur sebentar kerana terlalu mengantuk. 1. NASI PUTIH Nasi putih adalah karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ini bermakna penyerapan gula dengan cepat dan merangsangkan pengeluaran insulin dengan banyak. Kedua-dua gula dan insulin merangsangkan penggunaan asid amino tryptophan untuk menghasilkan hormon melatonin. 2. SUSU DAN PRODUK SUSU Susu mengandungi mineral kalsium dan gula yang merangsangkan kalsium menukarkan tryptophan kepada melatonin. 3. IKAN Beberapa ... Read More »

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH     Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, samada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi. Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini. Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai. Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah. Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana ia tidak memberikan kesan yang baik pada tubuh. Air tembikai bagus untuk menurunkan tekanan darah kerana ia mengandungi tiga sebatian nutrien, iaitu L-citrulline, lycopene dan potassium. Dalam kajian yang diterbitkan dalam ... Read More »

KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA

KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA     Setiap tahun ada saja kes kematian berlaku di dalam kereta. Selalunya mangsa terlalu penat memandu, atau mengantuk, lalu rehat dan tertidur di dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Cermin tidak diturunkan dan penghawa dingin dibuka. Kes-kes begini berlaku akibat keracunan gas karbon monoksida yang masuk kedalam kereta ketika enjin kereta masih hidup. Ada beberapa punca bagaimana gas ini dapat memasuki ke dalam kereta. 1. Terdapat rongga-rongga pada badan kereta sehingga menyebabkan gas ini masuk secara perlahan-lahan. 2. Masalah pada bahagian ekzos yang menyebabkan lebih banyak gas ini dihasilkan. Yang terbaharu kes di mana 4 sahabat dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak. Mereka singgah di stesen minyak untuk berehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri. Mereka disyaki mengalami ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!