Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

PANDUAN KETIKA MELAKUKAN PEMERIKSAAN GULA DI RUMAH

PANDUAN KETIKA MELAKUKAN PEMERIKSAAN GULA DI RUMAH     Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mezin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal. Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat. Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas dan mencucuk-cucuk. Namun begitu ramai yang terlepas pandang beberapa perkara penting apabila melakukannya. 1) Pemeriksaan gula selepas makan (postprandial blood sugar). Ia dilakukan dua jam selepas makan. Paling baik, masa dikira bila mula ... Read More »

ALTERNATIF MSG

ALTERNATIF MSG     Kita menggunakan MSG untuk menambahkan rasa sedap masakan kita. MSG atau Monosodium Glutamate adalah garam sodium yang terhasil daripada asid glutamik yang terdapat secara semulajadi dalam makanan dan tumbuhan seperti ubi kayu, ubi kentang, setelah menjalani melalui proses penapaian. Secara tradisinya, Jepun terkenal dengan pes Miso yang diperbuat daripada kacang soya yang melalui proses penapaian. Di Thailand menggunakan sos ikan yang ditapaikan. Di Malaysia menggunakan udang yang ditapaikan sebagai belacan. Namun proses penapaian ini adalah secara natural (semulajadi) tanpa sebarang kimia sintetik. Antara sumber semulajadi yang mengandungi glutamate dalan mg/100g. 1. Keju parmesan (11680mg) 2. Cendawan (42mg) 3. Rumpai laut (550-1200mg) 4. Cendawan Shiitake(1060mg) 5. Tomato segar (246mg) 6. Jagung manis (106mg) 7. Ikan Sardin(260mg) 8. Ubi Kentang(180mg) 9. Ikan Bilis(660mg) Oleh dengan menambah bahan-bahan tersebut, ... Read More »

MAKAN BARLI PENGGANTI NASI

MAKAN BARLI PENGGANTI NASI     Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi. Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi. Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah. (Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit. Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!