Advertorial

Nukilan Motivasi

Artikel Terkini

KITA PERLUKAN SUPLEMEN

KITA PERLUKAN SUPLEMEN     Setiap lapisan masyarakat mungkin memerlukan suplemen yang berbeza. 1. Suplemen untuk lelaki dan wanita. Terutamanya dalam hubungan suami dan isteri dan dalam proses mendapatkan zuriat. 2. Suplemen untuk atlet bagi meningkatkan pencapaian sukan. Jadi pilih suplemen yang organik, bukan “suplemen” yang dicampur dengan dadah atau bahan terlarang. 3. Suplemen untuk meningkatkan daya tahan terutama bagi mereka yang kerap demam dan selsema, ada masalah kulit yang kronik, atau penyakit kronik yang telah menerima rawatan tetapi masih tidak terkawal. Pilih suplemen yang sesuai dan dos yang optima. 4. Suplemen bagi kanak-kanak terutama yang obes akibat kegemaran mereka mengambil banyak makanan dan minuman bergula, banyak makan makanan berproses dan tidak suka makan sayur. Sebab itu banyak vitamin dan bahan tambahan yang ditambah pada susu tepung yang dijual dan ... Read More »

TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT

TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT     Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibu bapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibu bapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: 1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. 2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak. 3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe ... Read More »

STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETIS

STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETIS     Dalam merawat pesakit diabetes untuk mendapatkan bacaan gula yang baik, saya mencadangkan penggunaan stevia. Mereka harus menggantikan gula tambah dengan stevia secara konsisten selama empat bulan untuk melihat hasilnya. Selalunya bacaan Hb1Ac akan bertambah baik. Apatah lagi bacaan gula secara berpuasa atau secara rawak. Contohnya jika selalu memesan air limau ais yang selalunya dibancuh bersama gula tambah di restoren, boleh minta air limau kosong (tiada gula) dan campurkan dengan setitik stevia. Stevia adalah pemanis natural tiada kalori dari daun pokok yang banyak ditanam di Amerika Selatan. Stevia mengandungi sebatian steviol glycosides yang menyebabkan ia berasa 200 kali lebih manis dari gula putih. Walaupun begitu ia tiada kalori. Oleh itu setitik stevia dalam bentuk cecair sudah mencukupi. Stevia yang terbaik adalah dalam bentuk daun yang segar. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!