Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Nyanyuk di Usia Muda
Nyanyuk di Usia Muda

Nyanyuk di Usia Muda

Selalunya seseorang dikatakan mengalami penyakit nyanyuk apabila dia mula mencapai umur 65-70 tahun. Namun apa yang terjadi kepada rakan saya, seorang agen unit amanah yang berjaya, dia mengalami beberapa kelupaan yang merisaukan.

“Doc, satu malam saya balik ke rumah. Oleh kerana kepenatan dan terasa mahu minum teh panas, jadi saya memasak air di atas dapur. Saya buatlah air teh dengan mencurahkan air dari atas dapur.”

Saya menanti dengan penuh minat.

“Pada pukul 4.30 pagi isteri saya menjerit. Dia memarahi saya kerana lupa menutup tombol dapur gas sepanjang malam. Mujur isteri saya bangun untuk membuatkan susu pada anak kami..”

Saya mendiamkan diri. Mungkin dia lupa kerana terlalu penat.

“Beberapa hari lalu I marahkan kerani I sebab terdapat satu aliran keluar dalam akaun syarikat. Penyata bank menunjukkan ada aliran keluar sebanyak RM5000 dengan satu cek. I dah siap nak report polis. Bila I selidik sebenarnya, cek itu I berikan pada adik I yang belajar di KL. I hairan, dengan nilai cek sebanyak itu, I tak ingat bila I tulis dan berikan kepada adik I”

Memang benar, penyakit nyanyuk atau Alzheimer’s dulunya berlaku pada warga tua. Sekarang terdapat corak peningkatan pada usia yang lebih muda. Jangan terperanjat jika pada usia 40an, terdapat tanda-tanda awal untuk seseorang mengalami penyakit nyanyuk.

Di Amerika Syarikat sendiri terdapat 5.3 juta orang yang berumur 40an dan 50an hidup dalam kebimbangan akibat masalah kelupaan.

Mereka hidup dalam sebuah negara yang sibuk dan ‘mendesak’, menyebabkan terdapat banyak faktor-faktor yang menjadi punca kelupaan ini. Antaranya tekanan pekerjaan, tidak cukup rehat dan tidur, menghisap rokok dan meminum arak dan memakan makanan yang tidak seimbang. Persoalannya, adakah masalah kelupaan ini adalah suatu penyakit atau sekadar masalah biasa .

Seorang rakan ustaz menasihatkan saya agar memberikan preskripsi doa agar dapat dibaca oleh pesakit sendiri. Banyakkanlah berdoa supaya tidak mudah lupa yang boleh dibaca dengan bahasa yang difahami sendiri (bahasa Melayu). Antaranya doa yang senang, “Ya Allah memberikan ingatan yang kuat dan tidak mudah lupa”.

Atau boleh membaca: robbii zidnii ‘ilmaa warzuqnii fahmaan (Ya Allah, tambahkan ilmu kepadaku dan kurniakan kefahaman al-Quran). Selain itu banyakkanlah berzikir kepada Allah dan membaca al-Quran.

“Jadi bagaimana mahu membezakan sama ada kelupaan  itu satu tanda awal penyakit nyanyuk atau hanya disebabkan stress bekerja?”

Bukan senang mahu membezakannya. Namun ada beberapa clue yang boleh saya berikan untuk memastikan ia bukan disebabkan oleh penyakit Alzheimer.

Pertama, kelupaan biasa tidak mengganggu kehidupan seharian.

Setiap orang mempunyai masalah ingatan yang berbeza. Ramai lelaki yang tidak dapat mengingati tarikh kelahiran anak mereka walaupun telah diingatkan beberapa kali oleh isterinya. Ia dianggap kelupaan yang biasa kerana kita menyambut ‘tarikh lahir’nya sekali pada setiap tahun.

Adakalanya kita mengingati penyanyi sebuah lagu, tetapi lupa tajuk lagu itu. Ini mungkin satu perkara yang biasa kerana kita jarang memberikan perhatian kepada tajuk lagu.

Saya sendiri hanya mengingati irama lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain, tetapi saya jarang mengingati tajuk lagunya kerana saya menganggap lagu Maher Zain hanya satu hiburan yang tidak perlu dihafal.

Ramai juga penceramah yang kadangkala lambat mengingati sesuatu perkara atau fakta. Sampai berselawat berkali-kali namun fakta yang cuba diingati itu tidak juga sampai ke ingatan. Tetapi akhirnya mengingati semula. Jadi ia bukanlah suatu tanda awal penyakit.

Jadi apa sebenarnya tanda-tanda nyanyuk?

Jika kita lupa melakukan sesuatu perkara atau mengingati suatu perkara yang menjadi sebahagian rutin kehidupan kita, barulah kelupaan itu dianggap membimbangkan.

Sebagai contoh, satu pagi ketika kita mahu memanggil isteri kita, kita terlupa namanya. Padahal, itulah seorang isteri kita hidup bersama lebih dari sepuluh tahun. Setelah duduk dan cuba mengingati namanya buat beberapa ketika, barulah kita dapat mengingati namanya.

Satu lagi contoh, seorang lelaki memberitahu saya, ketika bangun pagi, dia terkejut kerana dia tidak mengingati tarikh dan nama pada hari itu. Dia rasa terasing dalam dunianya sendiri, duduk termenung dan sangat susah hati. Padahal umurnya baru sahaja memasuki lima puluh tahun.

Inilah tanda-tanda permulaan bagi seseorang untuk mendapat penyakit nyanyuk. Oleh itu jika perkara yang kita lupa itu adalah sesuatu fakta atau perbuatan yang kita tidak gunakan kehidupan seharian kita, kelupaan itu adalah suatu yang normal. Namun jika kita lupa sesuatu yang menjadi rutin seharian kita, itu adalah masalah besar.

“Saya mula perasan yang saya sering lupa apabila saya mencuba makanan laut. Adakah itu puncanya doktor?”

Sukar bagi saya memberi ‘fatwa’ ya atau tidak. Namun berhati-hatilah ketika mencuba makanan yang baru. Ada juga produk-produk kesihatan yang kononnya membantu menambah kekuatan minda, tetapi berlaku sebaliknya.

Sekarang ini terdapanyak banyak produk-produk seperti itu. Malah ada yang menggajikan “Doktor” dan “Professor” untuk memberitahu kelebihan produk masing-masing.

Malah professor dan doktor ini menculik fakta perubatan dan sains untuk mencantikkan strategi jualan dengan menyebut “Produk ini akan menguatkan semua synapses saraf di otak dan meningkatkan kekuatan otak”.  Padahal mereka tidak membuat ujikaji saintifik dan makmal bagi membuktikan dakwaan mereka.

Saya bimbang produk-produk ini (yang harganya mahal) hanya suatu pelaburan yang membazir. Kajian dari National Institutes of Health US membuktikan produk-produk kesihatan yang berada di pasaran Amerika Syarikat tidak membantu menyembuhkan sel-sel otak yang telah menghidap penyakit Alzheimer.

Saya hanya mencadangkan agar mencuba beberapa teknik terapi untuk meningkatkan ingatan (memory) pesakit-pesakit Alzheimer yang dipraktikkan oleh pakar psychiatric yang terlatih .

Ini kerana setiap kali kita lupa sesuatu fakta, sel-sel otak akan cuba mendapatkan semula fakta itu yang tersimpan dalam ingatan kita dan latihan yang mencabar minda boleh membantu orang-orang yang mengalami kelupaan di peringkat awal. Permainan Soduku dan teka silangkata adalah contoh permainan yang menguji minda dan memori.

Ada juga beberapa pesakit saya yang menghadapi masalah kelupaan ini setelah mencuba satu ubat tradisional. Kadangkala kesan sampingan ubat atau jamu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kelupaan.

Bagi pesakit kronik seperti pesakit diabetik, darah tinggi dan hypercholestrolemia, yang terpaksa mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal penyakitnya, hendaklah bertanya  dan berbincang dengan doktor yang merawat.

Jadi, clue kedua ialah berkemungkinan seseorang pesakit itu mula mengambil ubat-ubat tertentu yang menyebabkan dia sering kelupaan.

Selain interaksi kepada ubat yang boleh menyebabkan kelupaan, rasa kemurungan juga membuatkan ramai pesakit yang mengalami kelupaan.

Saya pernah diberitahu oleh seorang isteri, bahawa suaminya mengalami kemurungan selepas saya memberikan diagnosa suaminya mengalami penyakit diabetis pada usia 35 tahun. Dia langsung tidak mahu bercakap dan sering terlupa sesuatu.

Oleh itu doktor yang merawat dapat membezakan sama ada kelupaan itu adalah masalah emosi atau kesan sampingan dari rawatan atau tanda-tanda mula menghadapi penyakit nyanyuk.

Ada beberapa ubat yang boleh menyebabkan ‘kelupaan’ jangka pendek termasuk ubat yang merawat kemurungan itu sendiri seperti Xanax dan Valium, ubat untuk ‘gastrik’, dan ubat menurunkan tahap kolesterol (Lipitor). Oleh itu bertanyalah kepada doktor yang merawat pesakit itu.

Selain itu tanda-tanda awal bagi permulaan penyakit nyanyuk ialah sikap kelupaan pesakit dapat dikesan sendiri oleh anggota keluarganya.

“Kenapa nama saya tidak ada dalam senarai itu. Saya sudah telefon dan membuat temujanji dengan doktor. Cuba awak periksa betul-betul. Jangan buat saya marah” jerit seorang lelaki di kaunter depan.

Dia marah sebab nama dia tidak ada dalam senarai temujanji.

“Memang tidak ada, encik..”

“Apa jenis hospital ini. Tak pandai buat kerja. Semalam saya sendiri telefon.”

Suasana tegang dan muka mulai masam.

“Cuba encik ingat semula, encik telefon hospital mana?”

“Hospital ini lah.. hospital Pakar Johor ini lah!!!”

“Pakcik, ini hospital Pakar Puteri. Hospital Pakar Johor di hujung sebelah sana..”

“Ye ke..”

Memang kadang kala senario sebegini  sangat menggeletek jiwa. Namun sebenarnya ia adalah tanda-tanda awal bagi penyakit nyanyuk.

Ada keluarga yang mengadu kepada saya bahawa ayahnya yang berumur 50an, bekas pegawai kerajaan dengan jawatan yang besar, bersiar-siar di tepi jalan di bandar Johor Bahru tanpa tujuan. Rumusan mudah untuk masalah ini, senang saja dengan mengatakan ‘bapanya telah dipukau’..

Prof Dr Ken Robbins Pakar Geriatric Psychiatric dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat memberitahu selalunya ahli keluarga pesakit mula perasan terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada pesakit.

“Agaknya sudah buang tebiat orang tua ni. Pagi-pagi lagi sudah nak keluar rumah, dengan baju tidurnya. Subuh pun belum masuk lagi..”

“Saya hairan, ayah saya sekarang ini selalu mengadu tak jumpa cermin mata bila hendak membaca buku. Padahal, cermin mata itu dia dah letakkan di atas meja ..”

Adakala ‘perubahan–perubahan’ ini disalahanggap oleh ahli keluarga sebagai suatu perbuatan yang mengada-ngada, mengandaikan pesakit menghadapi masalah pendengaran, malah yang bertengkar dan bertumbuk dengan ayahnya sendiri kerana menyangka ayahnya telah gila dan selalu panas baran.

Walaubagaimanapun apabila seseorang itu terlalu penat bekerja dan tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup, mereka akan kehilangan ingatan jangka masa pendek (short-term memory loss) dan mudah menjadi pelupa.

Ada orang yang melakukan dua atau tiga pekerjaan dalam satu masa, menyebabkan otak mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Banyak kajian saintifik yang dilakukan menggunakan kaedah neuroimaging, seperti ct scan otak, mendapati seseorang tidak dapat memberikan fokus yang baik jika diberikan melebihi dua pekerjaan serentak. Apatah lagi jika pekerjaan itu memerlukan pemerhatian yang serius.

Masalah ini juga akan bertambah sukar jika seseorang itu melakukan kedua-dua pekerjaan menggunakan ‘kemahiran otak’ yang sama pada waktu masa yang sama. Sebagai contoh, seorang yang sedang bercakap di telefon bimbit tidak mungkin dapat mengarang ayat dan menaip perkataan menggunakan keyboard computer.

Kekurangan tidur juga menyebabkan masalah kelupaan kerana otak dikatakan menyimpan dan menyusun data ketika seseorang itu sedang tidur. Suasana kerja yang terlalu stress juga akan menyebabkan seseorang menghasilkan hormone cortisol yang berlebihan di dalam tubuh, yang mana akan mengganggu sel-sel otak yang sedang berfungsi.

Jadi orang yang menghadapi masalah kelupaan walaupun menikmati tidur yang cukup, telah bersara dan tiada kehidupan yang stress, berkemungkinan menghadapi tanda-tanda awal bagi penyakit nyanyuk atau Alzheimer.

 

Wallahu a’lam.

 

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (220411)

7 comments

  1. Ya sebagaimana kata tuan dr, stress (tekanan kehidupan) yg panjang mempercepatkan nyanyuk. Saya percaya begitu.Tetapi saya ada satu kepercayaan klasik (dlm istilah perubatan/psaikologi selalunya dianggap ‘mitos’, tetapi saya percaya ia banyak bergantung kpd seks. Orang yg melakukan seks secara terlalu kerap adalah golongan yg paling cepat menjadi nyanyuk.Orang ini akan selalu menjadi cepat stress, maka ia menjadi nyanyuk pula setelah badan selalu lemah… Apakah saya silap?

  2. salam..sy mempunyai seorang kawan yang juga mempunyai masalah pelupa…di atas faktor itu dia telah mengambil inisiatif untuk menggunakan produk-produk minda yang ada di pasaran..dan kesannya pada permulaan mendatangkan kesan sedikit dan dapat membuatkan tenang..tetapi faktor kerja menjadikan nya kadangkala tidak sempat dan lupa untuk mengamal kn nya…jadi apakah masalah ini…adakah berpunca dari kesan ubat tersebut atau masalah kawan saya itu sendiri..?wasalam..

  3. salam,sy anak yg menjaga ibu yg mengalami masaalah pelupa,pada peringkat awal sy tak tahu ia nya simptom2 awal pykit nyayuk pd 2009 sy lihat perubhan emosi ibu yg selalu marah2 pd sy yg pada logik nye sy sendiri x tahu ape silap saya pada 2010 pykit nyayuk nyer sudah ketara ckp2 berulang2,sensitif dll tapi tahun 2011 adalah tahin plg jelas lagi ibu mmg mengalami pykit nyayuk ibu cakap berulang,dia sudah tdk boleh memberi respond dari perbualan kadangkala ibu baru selesai mkn dgn saya tp selepas itu dia kata dia masih tdk makan…
    sesiapa yg ada keluarga mengalami masaalah nyayuk kena sediakan mental,tenaga yg kuat …skrg ibu saya mengalami masaalah tidur pula setiap mlm biasa nye dia x tidur dan dia akan mengejutkan saya,,,,sy sentiasa berdoa agar saya diberi kesihatan yg sempurna dan mental emosi yg kuat kerana untuk menempuh masaalah ini amat sukar dari apa yg kita lihat..

  4. a teenage girl

    saya mula mendengar tentang pnyakit alzhemeir dan nyanyuk pd usia smuda 16 tahun.dan apbila sy terbaca simptom2nya,sy terkejut.kerana hampir smua tanda2 nyanyuk itu saya alaminya.lepas itu sy buat kajian mlalui internet sbb sy nak tngok ksahihan teori itu..ape btul atau tdak sy mngalami msalah nyanyuk.pnyakit ni tdaklah sampai tahap tdak dapat mngingati nama ibu @adik…tp sy kdg2 lupa nama guru saya.sy juga tak boleh gna mesin basuh manual sbb sy lupa untuk ttup paip n akan bazirkan air stiap kali gna.menggoreng pun sama.sy heran mcamana sy bleh lpa sy sdg goreng ikan. dngan slambenye sy bleh pergi tngok tv sampai hangus ikan kt dapur.kdg2 sy rase mnyampah ngan diri sy n suka jerit’apehallah bodohnye aku niiiii!’…macamanalah aku nak blaki nanti..dcerainya aku tak sampai stahun kawin.sy faham prasaan pakck agen hartanah tu sbb sy pernah alami seumpamanya.sy sgt perlukan rawatan yg free money sbb sy msih student dan pejlanan study sy msih panjang…lau sakit ni tak menjejaskan study,xpe.tp study sy mmg sgt2 terjejas.sy sukakan ilmu,membaca,n sumenya.tp sy hnya dpt mnguasai maths sdgkan apbila membaca,sy sronok.xde gna lau hnya sronok tp lps tu”artikel ape ak bce td???”…sy sgt sedih n kcewa dgn diri sy

  5. salam doktor, saya berumur 18 tahun… tp saya kerap terlupa dgn aktiviti harian saya… contohnya apabila sya mandi saya tertinggal sabun di bilik air, terlupa handphone saya dimana, tidak ingat bilangan wang yg berada di dalam dompet dan apabila mendapat pesanan saya akan terlupa melaksanakannya… adakah kesemua ini tanda-tanda awal alzheimer. saya berharap keprihatinan drpd doktor untk menerangkannya… segala jasa amat saya hargai.

  6. shahira bt mohamad

    as salam..doktor…saya baru berumur 22tahun…tapi saya selalu terlupa…seperti…kunci kereta tertinggal dalam kereta dah 3x jadi macam ini..saya selalu tertinggal handphone saya merata-rata selepas itu mencari tidak ingat letak dimana…saya susah nak ingat kalau orang tanya semalam saya buat kerja apa, ambil masa yang lama untuk ingat balik..zaman kanak-kanak saya pun tidak banyak yang saya ingat…kawan-kawan saya selalu cakap saya ini blur…kalau saya simpan duit..esoknya kalau saya cek duit sudah kurang..saya ingat ada orang curi..tapi saya sendiri sudah guna duit itu sebenarnya…dulu saya pelupa juga…tapi macam sudah teruk agaknya…kalau saya bekerja pun susah juga…sebab selalu tertinggal kerja-kerja yang di suruh…saya selalu buat reminder kalau de benda penting..takut terlupa…orang kalau tengok…mesti pelik sebab benda-benda kecil macam ini pun nak kena buat reminder kat handphone…saya perlukan penjelasan dan nasihat doktor..terima kasih

  7. As salam doktor… Saya merupakan ibu muda pada 4 org anak. Jarak antara mereka sangat rapat. Saya nak tanya pendapat doktor antara pelupa dengan selalu was was. Orang tua tua selalu beritahu apabila kita bersalin, kita akan menjadi sedikit pelupa… Tapi dari segi saintifiknya macamana doktor? Contohnya bila nak keluar rumah, apabila pintu semua sudah dikunci dan hendak bergerak, saya jadi macam ragu ragu samada saya sudah menutup suis seterika ataupun saya terlupa nak menutupnya.. Maka saya akan berpatah semula ketumah untuk melihatnya. Memang suis tu tertutup.. Perkara tersebut sering berulang2… dalam situasi sedemikian saya ini dikategorikan sebagai pelupa atau terlalu was was. Sama juga dgn suis dapur gas, apabila sudah keluar rumah ,saya akan berpatah semula kerumah untuk memastikan saya sudah menutupnya atau belum… Benda2 macam membuatkan saya jadi letih sbb selalu akan berpatah kerumah … Jadi saya perlukan penjelasan dari doktor, tq doc….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top